Boleh dikatakan sepanjang seminggu ku habiskan tengahhariku di Convention Center, Faculty of Medicine atas urusan permohonan tasdiq/syahadah/certificate dan resit yuran pembelajaran tahun lepas.
Ramai yang tertanya-tanya kenapa? semuanya sebab duit la.........
Hanya tuhan yang tahu betapa banyaknya jasa bagi orang yang meminjamkan duit untukku meneruskan pembelajaran di Mesir. May Allah bless them. Jadi antara langkah untuk membayar balik, kami(keluarga) cuba mengeluarkan KWSP dan mohon bantuan baitulmal Johor.
Bagi melengkapkan dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran KWSP, aku terpaksa naik turun ke pejabat agar dipercepatkan urusan. Maklumlah kalau berurus dengan orang Arab nih agak payah, asyik-asyik bukroh! Entah bila bukroh nya pun tak tahu!
Tapi Alhamdulillah segalanya settled, jadi tinggal contact dengan mama di Malaysia untuk teruskan berurusan dengan pihak tersebut. inshaAllah, Mohon segalanya dipermudahkan.....
* * * * *
Rusuhan berlaku lagi??
Dalam gambar ini, pelajar-pelajar Mesir Kulliyah Tibb, berkumpul! Thaurah! gara-gara menunjukkan perasaan 'tidak setuju' dengan Vice Dean, Faculty Of Medicine (apa yang difahamkan begitulah).
Ingatkan pelajar Malaysia sahaja yang terfikir sedemekian, rupanya sependapat dengan warga Mesir juga. Setakat ini, demonstrasi ini belum lagi ada akhirnya, mungkin diselesaikan dengan cara baik atau mungkin juga berlaku yang lebih agresif? Agaknya.... Mohon keadaan tenang secepat mungkin agar sesi pembelajaran tidak terganggu kelak. inshaAllah..
No comments:
Post a Comment