Tuesday, March 15, 2011

Roti Canai

Ana tertarik dengan kata Opah tempoh hari,


belajarlah buat roti canai, mana tahu boleh buat niaga kat sana(Mesir)” .


Nasib baik sempat ana pelajari cara-cara menguli tepung, menebar roti dan ramuan yang diperlukan, segala ilmu dari Opah dan Abang Man (seorang penebar roti di sebuah warung yang tak kurang sedapnya). Walaupun masa yang ana pelajari begitu terhad, tanpa berkesempatan buat di rumah(Malaysia), namun ana masih teringin cuba buat di Mesir. Memandangkan ia memakan masa yang agak lama untuk menguli, memerap, dan menebar tanpa bantuan sesiapa, inilah menjadi pengisi masa lapang ana di Iskandariyah. Sementara menunggu rakan-rakan lain kembali dari Malaysia.


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


Ya, hari ini 15/03/2011 mungkin juga boleh jadi kebanggaan Opah di Malaysia kerana dengan izin Allah swt, Alhamdulillah.. Cubaan Roti Canai Pertama Berjaya!! Sungguhpun, sukatan ramuan terlari sedikit, namun saudara Afiq Hadry (pembantu memasak roti sebaik sahaja habis ditebar) berkata, “ada yang tebal, ada yang garing, tapi rasa tu ada!” ^.^





Alhamdulillah, ana berjaya menyiapkan 7 keping roti kosong dan 3 keping roti telur, dan itu lah yang menjadi sarapan kami. Cuma yang kurangnya, serunding daging menggantikan kuah dal/kari/sambal sebagai peneman roti.


(macam kat warung mamak tau)

(with serunding)

(banyak sangat makan, sampai ke malam pun tak habis lagi)


Tapi tak apa, inshaAllah lepas ini nak cuba untuk buat kuah dal dan latih lagi dalam menguli dan menebar roti! Bi iznillah……..

5 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Wahhh...terer gak ko eh. Aku pon tak lepas nak uli roti canai lagi. Huhuhuhu. Cayalahhhh!!!! >_<

    ReplyDelete
  2. Wah... perkembangan yang positif.. baru kali pertama buat sendiri.. terus jadi.. opah mesti suka.. nanti akak sampaikan.. hehee =)

    ReplyDelete
  3. Nagya:

    Wassalam..ahaha! Alhamdulillah, cuba2 je, then tetiba jadi, cm x sangka gak. huhuh!!

    Akak:

    Iyaa.. sampaikan salam sekali, pasni buat kuah dal pulak!! ^.^

    ReplyDelete
  4. opah dah baca tau blog izad ni.. opah senyum bangga.. abg man je belum..

    ReplyDelete
  5. Oh, ye? huhu.. tapi rasanya cam x baik lagi la cara menebar roti ni. kene blaja lebh dgn abg Man.
    haa...nanti lau dorang view blog ni.. suh la tulis comment sikit kak..

    ReplyDelete