Friday, March 26, 2010

Jom hafal Al-Quran !!




Assalamualaikum

Teman dan sahabat sekalian,

Bila kita hidup di bumi Mesir ni, sangat rugi lah kalau kita x mendalami ilmu agama. Kat sini, banyak je kelas2 agama, cuma nak dgn tak nak 'join' je..free pula.. Tapi, alhamdulillah, setibanya ana di Mesir ni, mmg berhajat pun untuk mengenal AlQuran dgn lebih mendalam lagi.

Kerana apa??

Ada banyak riwayat Rasulullah saw yg sempat ana baca tentang Al-Quran.
Antaranya:

"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayat Bukhari)

"Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatat yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)

"Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara : Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'an maka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta maka ia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

"Barangsiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat Tarmidzi)

"Berkata Allah swt. : Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi)

"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah swt tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan barangsiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)

macam mana? bagi ana, cara terbaik untuk menguasai ilmu yg terkandung dlm AlQuran, adalah menghafaz. Sebab dgn hafaz, kita akan cube kenal maksud nya, kita akan baca ayat2 atau surah sentiasa. mungkin berhari2. Dari situ, antum boleh sedar betapa byk pahala yg akn diturun kan, mashaAllah.

InshaAllah, ana ada berhajat untuk menghabiskan hafazan AlQuran selama 6 tahun pengajian perubatan Mesir.

Dulu time di Malaysia, ana ada terdengar juga yg mengatakan, "barangsiapa yg hafiz/hafizah 30Juz AlQuran, org tersebut berhak menyelamatkn 7 org(brgkali, ana xsure) dlm kalangan ahli keluarga dari azab seksa api neraka". Adakah riwayat tu betul? kalau sahabat2 sekalian ada apa2 info ttg ni, tlg share dgn ana. Shukran jazilan.

Wednesday, March 24, 2010

Ahlan wa sahlan..

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, ana dah cube edit2 sikit blog ni. Maaf la sbb tak banyak post lagi. Actually, ana pun takde idea nk post apa. Mana lah tau kan, antum/autunna nk bg idea utk post apa2 ke, dialu2kan...
inshaAllah.

Ok, kat atas tu ade picture2 kat mesir yg ana da upload. so, antum leh tgk lah mcm mana keadaan/suasana kat mesir nie...best ke x....

Hati ana tergerak nk buat blog ni pn sbb, teringat rakan2 di Malaysia, yg sebelum nya ingat kan ana utk buat blog, share pengalaman kat sni. InshaAllah, kalau ada kesempatan masa lagi, ana akan cube post la apa2 yg menarik. ok. wassalam.

Wednesday, March 17, 2010

First time..

Salam Alayk.

just utk pengenalan....

bru je buat blog....

insyaAllah....lau ade info2 bermanfaat akn dipost kat cni...

ok. wassalam.