Thursday, December 29, 2011

Undi yang terbaik

Assalamualaikum wbt

Memandangkan esok menjelangnya hari pengundian AJKT Perubatan Cawangan Iskandariah, bersamaan 30hb Disember 2011, ana ingin menyeru dan mengajak sahabat-sahabat perjuangan di Iskandariah ini untuk bersama-sama turun mengundi ‘wakil pelajar’ bagi mengetuai dan menjawat jawatan tinggi dalam Persatuan PERUBATAN.

Sebenarnya, hal ini adalah refleksi kehidupan kita di Malaysia kelak. Kenapa ana katakan begitu? Kerana Islam mementingkan hal dalam memilih ‘ketua’. Hatta, dalam kubur nanti bakal disoal oleh Malaikat, “Pemimpin yang bagaimana yang kamu pilih?”. Boleh kata keadaan ini diperkatakan sebagai ‘politik’. Sesungguhnya politik dalam Islam adalah fadhu kifayah, manakala perjuangan menegakkan islam itu adalah wajib. Dan menyokong perkara yang munkar adalah haram. Itulah prinsip yang sepatutnya ada dalam pemikiran ataupun fikrah sahabat-sahabat sekalian.


Dan ana sebagai wakil yang bertanding dalam pilihanraya AJKT Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI), sangat menghargai kepada yang mencadangkan
(saudara Fittry) dan menyokong (saudara Fakrul) ana untuk bertanding. Apa yang ana boleh katakan di sini adalah, ana mencuba yang terbaik bagi memenuhi kehendak sahabat dan perjuangkan Islam. inshaAllah, sesunggahnya kalah atau menang itu adat pertandingan dan kita hanya mampu merancang, dan Dialah Perancang terbaik!

Tibalah suatu masa, sahabat ana ada bertanya, “sejauh mana anta berkempen?” Dan dia terus mengatakan, “Macammana kita nak berserah, kalau tak ada usaha?”. Allahu Robbi, terdiam ana seketika, sememangnya kita tidak boleh mengambil remeh tentang amanah dan ana sedar dengan bertanding ini ana membawa harapan sahabat ana juga.



Sebaik sahaja pengucapan dan pembawakan manifesto selesai diutarakan, ada pula usaha sahabat Tahun 3 (Sam, Hasif, Rafsan, Azim, Ismul, Hifzi, Paru dll yang menyokong) yang sanggup meluangkan masa untuk buat video. (mungkin termasuk dalam ‘kempen’ kami) Jutaan terima kasih, jazakumullah khair…..



Akhir kata di sini, undilah yang terbaik. Kerana ini tanggungjawab bersama yang bakal mengubah masa depan PCI dalam memperjuangkan Islam (Islam bukan sekadar agama, tapi sebuah sistem yang merangkumi semua bidang). Sukacita di sini, ana ingin berkongsi kata-kata Saidina Abu Bakar dalam khutbahnya yang berbunyi:

“Aku menjadi pemimpin kerana kamu yang pilih, bukanlah kerana aku yang terbaik, kerana ramai lagi yang terbaik di kalangan kamu……”

Terima kasih semua !

Wednesday, December 21, 2011

Senyumanmu indah :)

Lafaz rindu terbang di angkasa,
bersama burung arus perantara,
manis lagi indah bak sutera,
inginku tuju buat mama tercinta.

Bertemankan burung pun tiada kata,
cahaya terlihat pun sekilas mata,
indah ceria pun kian sementara,
dek musibah yang memekam jiwa.


Semangat terbakar di dalam kata,
namunku lemah apalah daya,
hanya pasrah kerna batasannya,
namunku tahu Allah menilainya.

Senyumlah mama walau terluka,
ku kirimkan doa seribu makna,
tabahnya mama seorang hamba,
kernaku pasti ada hikmah dan jalannya
J

* * * * *



* * * * *

Salam alaykum, mama apa khabar? Moga dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah, hari ini mama sambut hari kelahiran mama yang ke-43 J. Macam yang izad kata sebelum ini, mama punya umur macam tak pernah berubah. Lebihkurang sama je tiap2 tahun. Hehe…

Moga hajat dan segala doa mama termakbul. Dan hari yang bahagia itu inshaAllah akan datang. Izad di sini hanya mampu kirimkan doa buat keluarga. Sama-samalah kita dekatkan diri kepadaNya, dengan laksanakan apa yang disuruh, dan cegah apa yang dilarang. InshaAllah ada ganjarannya, ketenangan jiwa yang selama ini kita inginkan. Dan hanya Dialah yang berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia inginkan….

Sempena sambutan hari lahir mama, bersyukurlah dan bergembiralah dengan segala nikmat yang ada. Maafkan Izad jika tidak mampu buatkan mama gembira… Tapi, senyumlah mama…………

Sesungguhnya, senyumanmu indah
J


Sunday, December 4, 2011

I lost myself

Muhasabah Diri!

Mengapa? Disebabkan kesibukan dunia, seringkali tak cukup masa…. Tak sempat buat itu, tak sempat buat ini…

Sebagai pelajar,

Study macam mana?
Dah berapa banyak topic tangguh?
Study group macammna?
Pelajaran mantee? Perkembangannya?
Boleh ke dapat Mumtaz? Camne dgn target dulu?

Sebagai penghafaz Quran,

Hafazan ke mana?
Berapa hari missed?
Sepatutnya sampai Ayat ke berapa?
Ada mengulang Ayat lepas?
Betul2 jaga Ayat yang telah dihafaz?

Sebagai pendakwah,

Rasa2 dah cukup ke dakwah?
Dah habis penat amar makruf nahi munkar?
Tarbiyyah diri macammne?
Dakwah pd ahli bait, rakan2.. family?
Cukup bersedia utk jihad tentang kemungkaran dengan tangan?

Sebagai anak,

Dah penuhi tuntutan ibubapa sepenuhnya?
Doa untuk keluarga setiap pagi hari? Setiap waktu solat?
Contact kah mereka di kala mereka kesusahan?
Hadir tak diri ini di kala mereka memerlukan?
Dah jadi anak yang soleh?
Ada buat salah lagi dengan mereka?
Dengan mama? Abah? Akak? Aqer?
Apa sumbangan yang paling berharga penah ku beri?

. . . . . . . . . . . . . . . . .


“Allahu Rabbi, mohon ampun yang tak terkira jika aku benar-benar lalai dengan amanah dan tanggungjawabku… sebagai anak, sebagai, pelajar, sebagai muslim yang berkhidmat untuk masyarakat. Diri ini terlalu kecil, hina, yang sering berjauhan denganMu, namun Kau tetap dekat denganKu. Diri ini sering lalai dengan kesenangan dan kesibukan dunia, namun Kau sediakan Syurga yang kekal abadi di sana. Allah…Peliharalah hati ini, agar sering dekat denganMu……

…. Ya Allah, ku mohon agar kau tabahkan hati ini, lebih-lebih lagi hati ibu kandung ku yang tercinta di Malaysia. Kurniakanlah kebahagian, ketenangan, dan segala nikmat yang baik buat mama. Aku terlalu jauh, sehingga hanya mampu mohonkan doa….. Namun ku syukuri dengan rahmatMu wahai Tuhan Maha Mengkabulkan doa.. Terima kasih Allah”

~Ameen~