Walaupun perkara ni telah lama berlaku tapi ana rasa memang nak cerita jugak pada semua orang. Sepanjang cuti wajib semua pelajar ke Malaysia akibat rusuhan tempoh hari, telah berlaku macam-macam perkara buruk. Masalah apa tu? Yelah, ramai orang katakan yang pelajar-pelajar ni beruntung sebab dapat lalui pengalaman yang sebegitu, yakni dapat rasa susah payah dalam menyelamatkan diri semasa berlaku rusuhan, ikut arahan kerajaan dan evakuasi ke Jeddah, suasana bagai dalam tahanan atau pelarian, bagai rasakan perang sedang berlaku di bumi Mesir.
Memang benar itu hikmahnya, dapat balik ke Malaysia dengan percuma lagi. Tapi adakah orang kesah dengan keadaan rumah di Mesir setelah semua selamat pulang ke Malaysia? Adakah semua orang rasa selamat dirinya bersama harta yang ada di rumah (Mesir)? Apa kan daya, kurang bernasib baik bagi sesetengah antara kami.
Antaranya, ada rumah yang habis dipecah masuk. Hilang macam-macam barang. Laptop hilang, camera hilang, baju-baju hilang.... Ada yang lagi pelik, tiada sebarang kesan pecah masuk, barangkali pencuri memegang kunci rumah tersebut, ada yang suspect tuan rumah. Tapi Wallahualam... (tiada hak untuk menuduh tanpa bukti).
Di bangunan Mara sendiri (Alexandria), khabarnya TV plasma di tingkat 8 hilang entah ke mana. Pelik, sedangkan jarang Arab naik ke atas (asrama pelajar perempuan).
Namun begitu, ana bersyukur rumah ana tidak senasib dengan mereka. Cuma ada suatu ketika dulu, saat genting, rusuhan yang sedang menjadi di Cairo, saat polis berkurangan, saat penjenayah berlaku di sana sini, sebelum kami di evakuasi kan ke Jeddah... barang-barang ana yang hampir bernilai RM400 (dalam kotak) habis dirampas dengan Askar Mesir. Waktu tu, UmmiMazwati yang membantu bawakan barang kiriman ana dari Malaysia; (terima kasih Ummi!), lalu dipaskan pada UmmiMM untuk dibawa ke Alexandria.
Ketika dalam perjalanan, kereta UmmiMM ditahan dengan askar lalu dirampas segala barang yang ada di dalamnya termasuk barang ana juga. Yang mengecewakan lagi, dalam kotak tu diselitkan juga dengan hadiah suprise dari famili ana, namun tiada rezeki buat ana...sob2...
Cerita ini pun ana dapat tahu semasa di Malaysia, dan mak ana yang beritahu barang-barang yang sepatutnya buat kejutan buat ana (terima kasih ma)... jadi tak apalah, bukan rezeki ana, ana Redha dengan hendakNya... (",)
No comments:
Post a Comment