Friday, November 26, 2010

Tahun baru nak buat apa?

Alhamdulillah
(calendar ni adalah hadiah dari Abg Din Bujang 5th year sempena hari jadi ana yang ke19, syukran)


Seperti biasa, masuknya tahun baru, kenalah ada azam baru.
Azam atau tekad atau keinginan yang sentiasa diperbaharui akan membuat kita
berfikir luas, berlakunya anjakan paradigma dalam diri, proses mengubah diri dalam pelbagai aspek.

Di sini, berdasarkan pengalaman ana, ana just nak share, walaupun ana tau,
ana bukan lah yg terbaik utk dicontohi, tapi antum juga yg berfikiran cerdik pandai
mampu membezakan yang mana satu betul atau salah,
yang mana satu berhak atau tidak,
yang mana satu patut diutamakan atau tidak,
yang mana satu penting...

maka fikir-fikirkanlah,
yang baik kita contohi, yang buruk kita jauhi.

(apa nak buat 2011 nih?)
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Jadi di sini, ana ingin sarankan kita semua utk perbaharui atau pertingkatkan lagi
segala amal, peranan, tanggungjawab, hasil yang pernah kita lakukan
sepanjang tahun yang lepas...

Tidak lupa juga! untuk kita kenangkan kembali kesilapan atau kekurangan kita
tak kira dari aspek apa sekali pun, we need to list down!

Kadang2 ada perkara yg kita tak sedar, kita boleh tanya org yg berdekatan dgn kita,
mungkin direct atau indirect!

Kalau cara ana sendiri yg indirect, ana tampalkan A4 paper kat dinding bilik ana
mcm kat gambar nih.!


(ni tahun lepas punya, dah lama, saja bagi contoh)


Setelah diambil kira secara kasar utk perkara yg lepas, kita fikirkan
jalan penyelesaian, yang memerlukan sokongan yg kuat
terutama pada diri sendri, itu lah dikatakan 'azam'.

Dengan azam baru, kita bercita-cita utk mengejar sesuatu,
adanya matlamat, membuat kita belajar menghargai masa.
Harap antum dapat join sekali utk kita fikirkan tentang masa depan!
Jadi, untuk berazam, apa yang perlu ada? apa yang perlu buat?
mcm mana?




Perlulah strategi.. bab2 ni sering dianggap remeh oleh para remaja seperti ana sendiri.
Dianggapnya pula, 'membuang masa bila fikirkan perkara sebegini'

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Membina Peribadi Diri

Dalam membina strategi, ana cuba bahagikan dalam matlamat dalam 3 aspek:


Mental
'Manusia yang bermasalah adalah manusia yang normal'. Akal fikiran yang dikurniakan sangat berperanan untuk mengawal segala pelakuan seharian kita. Justeru, akal juga perlu dilatih untuk menguatkan lagi daya fikiran dalam menyelesaikan masalah. Sebagai pelajar perubatan di Mesir, ana bertekad untuk menguasai Arab Fushah, kenapa? klik di sini. Kaya dengan ilmu selain dari ilmu perubatan juga amat penting, terutama dalam bidang politik dan agama, yang ana sendiri sedar betapa ceteknya ilmu ana. 'Nak jadi ulat buku!' termasuklah ilmiah dan motivasi. Jadi, untuk laksanakan semua perancangan perlunya pembahagian masa yang betul. InshaAllah ana cuba untuk stick pada jadual harian sendiri untuk tahun ini.

Fizikal
'Latihan mental memerlukan bantuan fizikal'. Pernah juga kita dengar, 'badan cergas otak cerdas'. Umumnya, kita memerlukan riadah atau sukan bagi merehatkan minda kita pula. Dalam bab ini, lebih disarankan untuk mengikuti rasa minat masing-masing. Secara peribadi, ana suka untuk pelajari 'martial arts'. Adalah juga serba sedikit ilmu yang ana ambil dari seni tari silat, tae kwan do dan kungfu. Tapi malangnya, ana bukanlah berguru sehingga tamat pengajian seperti yang dilakukan oleh ahli lain. Biasanya ana pilih jurus yang ana minat sahaja untuk dipelajari. Antara pergerakan yang menarik seperti video di bawah:


(belum boleh lagi utk kick ni, tapi nak latih dalam tahun ni kot)


Tambahan pula, syukur ke hadrat illahi, kerana keinginan ana sejak kecil tercapai, iaitu membeli 'punch bag'. (boleh lihat picture bawah) Boleh dikatakan sebagai teman baru dalam rumah, kami (ahlil beit) juga senang dengan adanya barang ni, tak perlu kami untuk beriadah di luar lagi. Malah ia juga tempat untuk kami lepaskan segala stress yang ada. :D




Spiritual
Alhamdulillah, semakin hari ana semakin didedahkan dengan ilmu agama (sirah, tauhid......),
kadang-kadang terasa kesal kerana waktu dulu ana sekolah agama selama tetapi tidak dizahirkan hasil pembelajaran selama 7tahun. Padahal ajarannya yang terlalu luas sehingga merangkumi Ilmu Tauhid, Faraid, Jenayat,.... Bahasa Arab juga selama 7tahun, tapi hakikatnya bagai tak pernah mempelajari langsung. Ya Rabb! Oleh itu, perlulah belajar dari kesilapan iaitu "belajar bukanlah semata-mata untuk imtihan, tapi untuk kehidupan". Dalam membentuk peribadi muslim, perlunya makanan rohani yang berterusan (Hadith dan Quran), kerna Iman pada diri tak selamanya constant, ada juga naik turun, tatkala setinggi mana iman seseorang mampu tergoda dengan keindahan dunia. Bersamalah kita saling mengingatkan.




~InshaAllah~
-tak nak lalai-
-disiplin setiap masa-
-belajar Arab dan mantapkan BI-
-practice futsal-
-kickboxing-
-Quran n Hadith per day-
-kawal kemarahan-
-istighfar 70x sehari-
-ikhlas setiap perkara-
-baik dgn semua orang-
-mumtaz exam tahun ni-
-dakwah kpd, ahli beit, kwn sekeliling, family-
-jaga pelakuan-
-tak nak jadi malas-
-sentiasa bersyukur-
-redha dengan segala yg berlaku-
-membentuk peribadi muslim yg ideal-
~Ameen~


(dengan izin Allah swt)







Sunday, November 14, 2010

NINETEENTH (NOV 13)

Tepat pada pukul 6 petang waktu Mesir, menunjukkan tepatnya pukul 12 tengah malam waktu Malaysia. Beberapa comments atau pun mesej cepat ana terima sebaik sahaja rangkaian sosialFacebook menghebohkan birthday ana hari itu. Thanks for the wished =]

Pada malam itu (waktu mesir), ana sibuk dengan meeting bersama ahli PCI (Perubatan Cawangan Iskandariah) mengenai suatu program khususnya pada pelajar tahun satu Medicmesir. Memandangkan sistem pengurusan yang agak kelam kabut, dan sibuk. Ana pun tidur awal sebelum jam 10malam.

Lama kelamaan.....Shahir masuk dalam bilik ana dan mengejut ana, "Shah, oh Shah. Bangun! Bangun cepat!" Ana pun tersentak, "Kenapa ni Shahir?" Shahir menjawab, "Bangunlah! Ummi datang tu, ummi ada kat depan" Dia menudingkan jarinya ke arah ruangtamu.

Pada masa itu, ana agak terkejut. Kenapa tiba-tiba ummi (pengurus Medicmesir) datang rumah ana? Tambahan, pada lewat malam pula (dalam jam 12malam). Ana pun terfikir, "Oh mungkin ummi ada perkara nak bincang mengenai program 1st year tu kot". Sebabnya, Shahir pun bertanggungjawab sebagai AJK program itu. Jadi, tanpa buang masa, ana terus siap (setting rambut sikit2) dan lari ke depan(ruangtamu). Terlihat ramai orang, dengan penglihatan yang kabur, dengan keadaan ana yang agak mamai (baru bangun tidur kan). Terkejut juga, manalah ummi yang dikatakan tadi itu (padahal mmg ummi takde pun time tu, saja lah tu).

Lalu, ana terdengar satu jeritan suara, "Happy birthday, Shah". Bersama hidangan kek coklat (sedap tau), air gas yang berbotol-botol dan pizza tuna (favourite ana). Terharu rasanya, walaupun ia bersifat sederhana, namun penghargaan seorang kawan yang mengingati itu lebih penting. Terima kasih. Syukran ala kulli hal.


(13~11~2010)

Ya Allah, sungguh aku bersyukur kepadaMu,
Kini usiaku semakin meningkat,
semakin banyak dugaan dan cabaran akanku hadapi,
semoga dengan Rahmat dan Petunjuk dariMu,
aku lebih yakin untuk terus berdiri,
dan terus maju sebagai khalifah,
untuk menegakkan agamaMu,..

~Alhamdulillah, InshaAllah~


Wednesday, November 10, 2010

Malaysia for 12 days

MALAYSIA TANAH AIRKU

"Tak sampai sebulan pun kat Mesir, dah balik Malaysia. Mcm dekat je kan Jad?" kata mama.
Itulah kata mama semasa kami on the way balik ke Johor, dari KLIA. Yela, bukan senang nak balik ke Malaysia, dengan terpaksa ponteng kelas, nak sediakan duit untuk tiket kapal terbang lagi. Semuanya atas sebab melengkapkan dokumen2 Pinjaman Mara. Apa-apa pun, Alhamdulillah ana sempat siapkan semuanya bersama Zik, sahabat ana. Kasihan dengan Zik, barangkali dia akan pulang ke Mesir sebulan lagi. Atau mungkin lebih lama dari itu. Tapi macam mana dia nak belajar? imtihan lagi? Ya Allah, permudahkanlah urusannya..


HATI GEMBIRA

Dalam kerisauan tertinggalnya pelajaran selama 2minggu, tipu lah kalau ana kata boring bila tinggal di rumah. Tambahan pula, akak yang sedang cuti kerana study week dan Aqir yang baru saja beli X-BOX 360! Apa lagi, ana yang bukan kaki game pun dah terikut sama. Hihihi..

Tapi agak lucu sebenarnya bila Aqir kekurangan duit tuk beli X-BOX 360, dia terpaksa minta sedikit dari akak dan ana juga. Kena bagi free ke? Huhh, tak mungkin free tanpa syarat! Lalu ana dan akak pun letakkan lah syarat yang bertepatan in black n white paper. Jadi, ana pun mintalah Aqir supaya berusaha untuk hafaz Quran juzuk terakhir dalam tempoh setahun. Memang benar menghafaz itu susah bagi kanak-kanak yang jarang mengaji, inikan pula menghafaz. Tapi itu bukan lah satu alasan bagi mereka yang berusaha. Maka, berUSAHAlah!!


SEDIH

Dalam keriangan hati bersama keluarga tercinta, timbul jua konflik yang tak disangka-sangka. Berlaku malam yang semakin suram, hati kecewa tak terkata. Kenapa? Sangatcomplicateduntuk diterjemahkan. Sebak di hati mengundang air mata, berlinang tak berlagu.
Tapi inilah dikatakan ujian, ujian yang menggambarkan kesalahfahaman yang amat berat dalam sesebuah keluarga. Namun, ujian ini diakhiri dengan pelukan yang mampu merapatkan lagiukhuwah family. Alhamdulillah..

"Izad sayangkan keluarga ni, mama, abah, akak dan Aqir"


DOKUMEN MARA

Ucapan 'terima kasih' yang tidak terkira buat Ummi Mazwati, yang telah banyak membantu ana dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Sewaktu di KL, ummi menumpangkan ana dan Zik untuk bermalam di rumahnya dan kami sempat membuat last check dokumen bersama ummi sebelum hantar ke pejabat Mara. Syukur ke hadrat illahi atas segalanya selesai dan dokumen2 ana diterima oleh Mara, namun kasihan lagi kepada Zik kerana terdapat sedikit kesalahan dalam surat perjanjian Mara dan dokumennya yang masih belum lengkap. "Tak apa Zik, sabar je. Lepas ni pos terus ke pejabat mara bila siap habis edit "


TERDETIK AZAM BARU

Suasana damai dan bertemankan sunyi, itulah keadaan rumah ummi. Teringat kata cikgu sekolah dulu, "bising bagai di pasar, sunyi bagai di perpustakaan". Ada juga, "sunyi bagai di perkuburan". Ternyata dan terlihat banyak kitab dan buku tersusun di almari, ilmu terkandung diterima pakai oleh 'si ulat buku'. Siapakah itu? Merekalah family ummi, yang berani ana katakan 'kaya dengan ilmu'. Mungkin juga (in the process of becoming) ulul albab,keranadengan adanya ilmu khususnya berteraskan Quran dan saintifik, dapat memupuk aql berfikir dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul.

Kebiasaannya, ikhwah memang ada sifat malas untuk membaca khususnya ana sendiri. Sejak zaman sekolah lagi, tak pernah habiskan 100% bacaan novel walaupun tahu ianya wajib untuk belajar di sekolah. Tapi alhamdulillah, hasil dari galakkan ummi, ana cuba untuk minat membaca. Tambah2 lagi, diberinya hadiah dengan buku-buku ilmiah dan motivasi. InshaAllah ana akan cuba yang terbaik untuk ke arah yang lebih baik.

"Terima kasih, ummi."


(di KLIA)



Sunday, October 31, 2010

Kain putih


Ada satu kisah seorang ayah bersama anak nya.. Anak nye yg sulong kini belajar di tadika,
serba sedikit belajar membaca, mengaji dan cara2 utk solat.


Sampai satu ketika, si anak pun bertanya,

"Papa, kenapa along x penah nampak papa sembahyang?"

"Ala, Papa kan penat, hari2 papa pegi kerja."

"Tapi kan Papa.. cikgu kata, lau kita x sembahyang, nanti masuk neraka"

"Ha'ah mmg betul." (si ayah pun termenung)

Si anak bertanya lagi,

"Kalau along tak sembahyang jugak boleh x, papa?"

(si ayah kini terdiam sambil memikirkan jwpn)


* * * * *


Lihatlah dialog di atas, rasa2 nya papa tu akan jwb apa ye? Bila difikirkan balik, betul lah kata orang Melayu dulu....

"Anak-anak umpama kain putih, ibu bapa adalah pencoraknya"

"Bapa borek anak rintik"

"Bagaimana acuan begitulah kuihnya"

"Bagaimana contoh begitulah gubahannya"

"Bagaimana ditanam, begitulah dituai"

dan sebagai satu nasihat,

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"


* * * * *


maka si ayah pun menjawab,

"Tak boleh la along, sebenarnya papa yg salah sebab x sembahyang. Lepas ni, kita akan sembahyang sama2..ok"

[kisah benar yg telah diubahsuai]

_________________________________________________


Firman Allah s.w.t:

"Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah
dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan terbantut..."
(surah Al-A'raaf ayat 58)


[nasihat ini lebih khusus kpd yg bakal menjadi ayah, bakal bekeluarga, bakal berumahtangga,
boleh jadi kepada yg bujang, agar berfikir seawal2 nya :) ]

Thursday, October 28, 2010

"Path to Paradise"

Every Friday afternoon, after the Jumma prayers, the Imam and his eleven year old son would go out into their town and hand out "PATH TO PARADISE" and other Islamic literature.


This particular and fortunate Friday afternoon
, as the time came for the Imam and his son to go to the streets with their booklets, it was very cold outside, as well as pouring rain.

The boy bundled up in his warmest and driest clothes and said, 'OK, dad, I'm ready!'

His dad asked, 'Ready for what' 'Dad, it's time we go out and distribute these Islamic books.'

Dad responds, 'Son, it's very cold outside and it's pouring rain.'

The boy gives his dad a surprised look, asking, 'But Dad, aren't people still going to hell, even though it's raining?'

Dad answers, 'Son, I am not going out in this weather..'

Despondently, the boy asks, 'Dad, can I go Please'

His father hesitated for a moment then said, 'Son, you can go. Here are the booklets. Be careful son.'

'Thanks, Dad!'

And with that, he was off and out into the rain. This eleven year old boy walked the streets of the town going door to door and handing everybody he met in the street a pamphlet or a booklet.


* * * *

After two hours of walking in the rain, he was soaking, bone-chilled wet and down to his VERY LAST BOOKLET. He stopped on a corner and looked for someone to hand a booklet to, but the streets were totally deserted.

Then he turned toward the first home he saw and started up the sidewalk to the front door and rang the door bell. He rang the bell, but nobody answered..

He rang it again and again, but still no one answered. He waited but still no answer.

Finally, he turned to leave, but something stopped him.

Again, he turned to the door and rang the bell and knocked loudly on the door with his fist. He waited, something holding him there on the front porch!

He rang again and this time the door slowly opened.

Standing in the doorway was a very sad-looking elderly lady. She softly asked, 'What can I do for you, son?' With radiant eyes and a smile that lit up her world, this little boy said, 'Ma'am, I'm sorry if I disturbed you, but I just want to tell you that ALLAH REALLY LOVES AND CARES FOR YOU and I came to give you my very last booklet which will tell you all about God, the real purpose of creation, and how to achieve His pleasure.'

With that, he handed her his last booklet and turned to leave.

She called to him as he departed. 'Thank you, son! And God Bless You!'
* * * *

Next week on Friday afternoon after Jumma prayers, the Imam was giving some lectures. As he concludes the lectures, he asked, 'Does anybody have questions or want to say anything?'

Slowly, in the back row among the ladies, an elderly lady's voice was heard over the speaker.

'No one in this gathering knows me. I've never been here before. You see, before last Friday I was not a Muslim, and thought I could be. My husband died few years ago, leaving me totally alone in this world.. Last Friday, being a particularly cold and rainy day, i was contemplating suicide as i had no hope left.

So I took a rope and a chair and ascended the stairway into the attic of my home.. I fastened the rope securely to a rafter in the roof then stood on the chair and fastened the other end of the rope around my neck. Standing on that chair, so lonely and broken-hearted I was about to leap off, when suddenly the loud ringing of my doorbell downstairs startled me. I thought, I'll wait a minute, and whoever it is will go away.

I waited and waited, but the ringing doorbell seemed to get louder and more insistent, and then the person ringing also started knocking loudly....

I thought to myself again, 'Who on earth could this be? Nobody ever rings my bell or comes to see me.' I loosened the rope from my neck and started for the front door, all the while the bell rang louder and louder.

When I opened the door and looked I could hardly believe my eyes, for there on my front porch was the most radiant and angelic little boy I had ever seen in my life. His SMILE, oh, I could never describe it to you! The words that came from his mouth caused my heart that had long been dead TO LEAP TO LIFE as he exclaimed with a cherub-like voice, 'Ma'am, I just came to tell you that ALLAH REALLY LOVES AND CARES FOR YOU!'


Then he gave me this booklet, Path To Paradise that I now hold in my hand.

As the little angel disappeared back out into the cold and rain, I closed my door and read slowly every word of this book. Then I went up to my attic to get my rope and chair. I wouldn't be needing them any more.

You see? I am now a Happy Vicegerent of the One True God. Since the address of your congregation was stamped on the back of this booklet, I have come here to personally say THANK YOU to God's little angel who came just in the nick of time and by so doing, spared my soul from an eternity in hell.'

* * * *

There was not a dry eye in the mosque. The shouts of TAKBIR...ALLAH AKBAR.. rented the air.

Imam-Dad descended from the pulpit to the front row where the little angel was seated....

He took his son in his arms and sobbed uncontrollably.

Probably no jama'at has had a more glorious moment, and probably this universe has never seen a father that was more filled with love and honor for his son... Except for One. This very one...

* * * *

Blessed are your eyes for reading this message.

Don't let this message die, read it again and pass it to others. Heaven is for His people!
Remember, God's message CAN make the difference in the life of someone close to you.
Please share this wonderful message

Spread His Word, help Him and you'll see His hand in everything you do...

Q 5:3: This day I've perfected your religion for you, and completed my favor on you, and chose Islam for you as religion.... .


With prayers,

Friday, October 22, 2010

Pintu rezeki terbuka kunci

Khamis 21 october, surat tawaran pinjaman Mara
selamat sampai di peti surat beramalat

"No.1 Jalan Mariamah 80100 Johor Bahru, Johor"

Lalu bunyi lah hon dari motor yg membawa kotak
pos laju. Ternyata itu lah posmen yg menyampaikan
'amanah' dari pihak Mara.

"oh, Alhamdulillah, dapat jugak pinjaman Mara ni"

tertulis tempoh 2minggu utk siapkan borang yg diberi..
termasuk medical checkup yg dibuat di hospital kerajaan,
sign2 perjanjian,
cari penjamin..
dan banyak hal lagi..

yang m'buatkan parents risau sekiranya xdpt dilengkapkan
dengan tempoh yg singkat
(walaupun ramai org kata boleh minta tangguh dgn Mara)

waktu tu pun ana confused dan dilemma
sama ada kena balik Malaysia atau pun uruskan sendiri kat Mesir..

Cuba juga minta pendapat dari kwn2..

. . . . . . . . . .

Rakan A: Eh, kau balik jelah. alang2 dapat tawaran tu teruskan je. x rugi pun sebab kau akan dapat lagi banyak pas ni.

Rakan B: Balik je, sekarang ni ramai yg mohon. tapi kalau kau uruskan cepat, lagi cepat lah settle semua ni. berbanding dgn orang lain. kan?

Rakan C: Balik lah weyy, pastu leh mohon zakat n yayasan johor utk duit sara hidup kat sini.

Rakan D: Ha'a! bagus lah, nanti boleh la ktorg kirim barang dari Malaysia :D

. . . . . . . . . .

Setelah dibincangkan.. ana buat keputusan utk balik ke Malaysia.
inshaAllah hari isnin balik lah kot.
tapi xla cuti lama sgt sebab nnt nk catch up study lagi!!

aduihh.! takpe.! nanti minta kawan2 ajarkan :)

Balik ni pun, xnk lah jadi zalim, minta mak ayah lagi utk bayarkan tiket..
tapi ana guna yg dikumpul2,
duit yg dapat dari
sedara mara sebelum ni...
dan ada org lain juga sudi bantu topup kan sikit utk flight.

~ "Terima kasih. Semoga tuhan memanjangkan umur dan murahkan lagi
rezeki kalian.. Amiin" ~


Thursday, September 30, 2010

2nd year life makin BUSY

pejam celik pejam celik
dah hampir 2 minggu ana kat mesir..

MESIR lagi? ya Allah, mcm xde perkembangn je kat alex ni..
masih lagi kedengaran 'pooya-pooya',
masih lagi kedengaran 'teen-teen',
adui.. serabut bila tgk orang arb ni..

Tapi ada satu perkara yg nampak makin maju,
skg ni da ramai student sekolah dia pakai uniform..
lau x, sebelum ni boleh kata semua pakai seluar jean bila
pegi sekolah..

_____________________________________________

tak pe lah tu sume tak lah penting pun,
life ana sendiri x terurus kat sini,

sampai2 je Alex, terjumpa ramai junior..
oooh, musyrif lagi?
tak pe lah, x kesah pn..
mcm ana juga last year..
ada yg musyrif tolong2...
______________________________________________

Tapi, ada bnde yg lagi penting..
as a student yg dah ponteng 4 hari x g university!
haa.... 12 jam lecture, TBL, 2practical habis tertinggal..
STRESS bila kene study sendiri..

Yelah, ana ni bukan lah jenis yg 'genius'
boleh cepat faham n hafal...
masih lagi cm student yg kat 'kelas hujung'

but, here I stand...to catch up all of 'em,
Alhamdulillah, it's progressing...

___________________________________

sampai satu hari tu,
ada buat perlantikan baru utk SR(student representative) baru
utk Lecture B.!

haa...masing2 cadang kan nama...
entah kenapa... tiba2 kedengaran nama ana tercalon sekali,
aduih!
biar betul ni...sapa tu yg cadangkan?
then... setelah diambil undian...
ana juga yg terpilih utk jadi SR BARU!

hati jadi makin tak tenteram, boleh ke handle ni?
dah la nk guide 1st year, study byk lagi x habis,
huisy... tapi masih cm x percaya, yang ana ni jadi SR.

Tapi, syukur lah sebab kawan2 bagi kepercayaan kat ana
yang boleh laksanakan tugas...
inshaAllah boleh je..

Walau cmne pn, ana tetap give up utk pegang jwtn SR.
kenapa ye?

sebab ana lebih selesa handle Medicmesir student,
boleh jadi wadah utk berdakwah,
(ha betul kata ummi)

lagi,sebab nk catch up study,
uisy, lagi 10hari nk exam lah!
TAKUT!!

lastly, sebab ana juga masih tak de TAJAAN,
masih tgu jawapan dari Mara, yayasan negeri, baitulmal...
kalau masih x dapat, cmne nak bayar 2nd year?
(terpaksa quit study ke?)

. . . . . . . . . . . .

Bila fikir pasal tajaan?
Ya Allah, hanya Kau yg maha Mengetahui,
betapa risau nya hati ini,
Tabahkan lah aku dalam menuntut ilmu
di bumi Mesir ini..
-Ameen-


Sunday, September 12, 2010

Puasa Enam?? Bila nak kena buat?

Puasa 6? puasa apa tu? bila nak kene buat??
xpnh tau pun...


haa. itu lah persoalan yg timbul di fikiran ku time syawal 2thn lepas.
dapat tau 'puasa 6' pun dari kwn yg puasa masa raya.

Aku terperanjat sgt, bila dapat tau kawan aku puasa time raya.
"Eh, kenapa kau puasa? Kan ramadan da habis.. time ni lah nk beraya..
pergi rumah org, dapat makan2,..."

_______________________________________________


Bila difikirkan balik.. ya Allah, kenapa aku begitu jahil ttg agama?
padahal puasa itu lah yg 'normal' dalam islam,
tetapi aku tetap fikirkan 'x normal' bgi ku dulu..

_______________________________________________


Tapi aku syukur, sepanjang ku di Mesir, aku rasa diri ku di'bimbing',
aku rasa diri ku 'berhijrah',
aku rasa 'bagai kan baru mengenal islam',

_______________________________________________

Hati ini berbisik:
"Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang benar"

Dan aku bertekad untuk tunaikan puasa enam pd Syawal kali ini
kerana...

Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang puasa pada Ramadan kemudian diikutinya dengan puasa enam hari pada Syawal, maka ia seperti puasa sepanjang tahun."
(Riwayat Muslim drpd Abu Ayyub)

Dan ada juga seorang insan yang berilmu menasihati aku masa ramadan yang lepas, beliau berkata:

"buat lah puasa enam, kerana kamu bagaikan peroleh kemenangan sedangkan orang lain tidak melakukannya"

________________________________________________

OK lah, kali ni x kira apa pun, aku mmg nak buat puasa 6,
tapi.. syawal tu sebulan, bila masa nya nk puasa??

Tak pe, mungkin kalian juga ada yg confuse utk bila nya nak berpuasa enam..
so,
macam mana ni? bila agaknya? perlukah disegerakan atau dilambatkan?

Allah SWT telah berfirman:

"Maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan"
(Surah al-Maaidah, ayat 48)

Menurut Imam Ibnu Kathir, dalam ayat ini,

"Allah SWT menganjurkan agar bersegera dan berlumba-lumba membuat kebajikan"

So, jelas lah kita sepatutnya menyegerakan puasa enam kerana melambat-lambat kan boleh membawa pelbagai masalah, (mcm study lah, x kan nk bertangguh, problem nanti)
Ini adalah pandangan Imam al-Syafie dan Hambali tetapi masih diboleh kan kita
sempurnakan shingga p'tengahan atau akhir bulan.

Imam al-Nawawi berkata:

"Sahabat kami(Mazhab al-Syafie) berkata bahawa disunatkan berpuasa enam hari Syawal kerana ia ada disebutkan dalam hadith. Mereka berpendapat, sunat berpuasa secara berturut-turut. Tetapi, jika seseorang melewat-lewatkannya, ini dibolehkan kerana ia masih mengikut panduan hadis. Kami tidak mempertikaikan pandangan ini, malah ia juga pandangan Ahmad dan Abu Daud."
(kitab al-Majmu' Syarh al-Muhazzab)

__________________________________________________

Sebenarnya, bukanlah menjadi syarat puasa itu dilakukan berturut-turut. Kalau berasingan pun tak apa. Diboleh kan, inshaAllah.
Lebih cepat kita sempurnakan, maka lebih baik lah kan. ^.^

Tetapi andai kata kebetulan ada tetamu atau kita berada dalam MAJLIS MAKAN masa kita puasa,
maka hukumnya HARUS untuk kita berbuka time tuh.

Rasulullah SAW bersabda:

Maka telah datang Abu Darda' dan dia membuat sedikit makanan untuk Salman.

Abu Darda' : "Makanlah kerana aku berpuasa."
Salman : "Aku tidak akan makan sehingga kamu makan."

Maka Abu Darda' pun makan.... dan

Salman : " Tuhanmu mempunyai hak ke atas kamu, rohmu mempunyai hak ke atas tubuhmu dan keluargamu mempunyai hak atasmu. Maka berilah hak kepada mereka yang berhak"

Kemudian, Abu Darda' berjumpa Rasulullah SAW dan memberitahu Baginda akan hal itu dan Rasulullah SAW berkata: "Salman benar".


Thursday, September 9, 2010

Syawal menjelang lagi..



Syukur..Syukur..Syukur..
Alhamdulillah
selesai sudah ibadah puasa..
ibadah terawih..
dan
syukur sangat bila sempat khatam kan pmbacaan Quran sepanjang Ramadan.,



"O Allah, Thank you very much"

Tanpa disedari,
Ramadan pergi,

Syawal datang kembali,
kuih raya diberi,

Setiap insan jadi 'happy',
Syaitan pula jadi 'free',

Kemalangan jalan raya berlaku sana sini,
bersama kita ingat kepada mati,

Orang beraya ziarah menziarahi,
Salah silap bersama dimaafi.


Get This from CyArena.com

Send to Friends email

Wednesday, August 18, 2010

Tuesday, August 10, 2010

Pengalaman 1st Derma Darah!

Kempen derma darah pra-Ramadhan ANSARA

Persatuan Pelajar Lepasan MRSM (ANSARA) telah menganjurkan Kempen Derma Darah Pra-Ramadan tahun ini, bagi membantu Tabung Darah Negara sempena musim perayaan Aidil Fitri.



Alhamdulillah,
ana sempat join group ni, n berkhidmat dgn masyarakat jap. hu3 :D


macam2 ragam orang ni, tapi apa yg ana nmpk lah.. orang cina ramai yg menderma, bak kata dorg '1Malaysia' heh..
caya la..

tapi orang melayu kita mcm mana? hurm.. lalu sambil senyum aja..
entah ramai yg takut agak nya. heh ;P
tapi ada je yg sudi derma.

yg sedih nya pula, ada yg betul2 nak derma..
tapi berat x cukup lah..
anemia lah..
low blood pressure lah..
mcm2 lah..
sbb x lepas syarat..





sedih 2x, xpela..mybe lain time kan..
inshaAllah.. :)

Dalam kempen tu, sempat la ana belajar sikit2 ilmu tambahan psl medic nih.
cthnya: inject local anesthetic, test blood pressure, n mcm2 lagi la..
n ada je bnde2 yg dah belajar, cthnya.. test blood group, hemoglobin level..

haa.. bila dah ada kat kempen tu, rugi lah kalau ana sndiri x mencube nye kan..
bkn yg mengambil darah, tapi yg menderma! huuu...
[padahal segan, sbb yela medic student mane leh takut2 kan]
hee..

kat bawah ni ada video,
cmne procedure amek darah tu, selepas mendapat kelulusan dari doktor kat situ..




tapi makcik yg buat kan tu, pesan "jgn ikut procedure saya, sbb saya x pakai gloove. huhu"

alah, x sakit pun la.. tgk muka ana rilek je kan. hehe..
so pasni sape2 nk cube derma darah tu..cube je la..
inshaAllah, byk pahala nya.

ok. lagi2 sebagai medical student! kene lah rasa dlu cm ne rasa darah tu disedut keluar,
sebelum kita buat kan patient kita nanti! kan?
okey??

" salam ramadan "=.=


Friday, July 30, 2010

Selamat sampai ke Malaysia!





Syukur,
Alhamdulillah..

Tanggal 29 Julai, hari khamis, jam 2.14pm.

Ana jumpa parents ana kat airport. Sementara ana tolak trolley beg2 ana, ana ternampak lambaian tangan bersama senyuman dari ibu yg tercinta (mama) dan abah yang sedang me'record' video semasa ana jalan ke arah pintu keluar. Dan masa tu gk, ana sempat berjumpa dgn Aunt Wan (ibu kpd sectionmate ana) yg sebelum ni hanya kenal lalui internet.

me n mom


Pada jam 8.11pm,

Ana ngn family selamat sampai ke rumah, terlihat Aqer (adik) yang semakin tinggi. tapi, masih kebudakkan. hehe,, datang bersalam dan terus peluk ana. Aduhai, chill la bro. ;)

Tanggal 30 Julai, hari Jumaat, jam 2.15pm,

Setelah habis selesai solat Jumaat, ana terus ke bus stop di mana tmpt turun nya akak yg baru balik dari UTM. heheh..

Pada jam 3.34pm,

haa..ni lah masa yg ditunggu2.. bila semua family members dah ada, barulah ana buka beg yg besar tu (yela, kat dlm tu mcm ada2, masing2 x sabar utk gifts masing2) hihi..
ye... syukur.. masing2 dapat lah bhgn masing2, ada jubah, ada chocolate, ada kurma, ada brg kristal, ada papyrus, ada barakah,..n mcm2 lagi :)

[to be reloaded with pictures]