Wednesday, March 30, 2011

Sahabat



~Buat semua sahabat, teman, kawan dan rakan~

* * * * *

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra


Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama


Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku


Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa


Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama


Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku


Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama



Terima kasih kerana sering menanyakan daku, membantu ku, menemani ku,
di kala aku keseorangan, kesepian, kekeliruan,
di kala aku dalam masalah, di kala aku sedih, di kala aku stress.


Kau hadir dengan kata-kata hikmah,
kata-kata muhasabah,
serba sedikit lega terasa.


* * * * *

Ampuni daku kerana sering menyepi, menjauhi,
namun kau tetap dalam ingatan.


Rasa rindu zaman dahulu,
Zaman sekolah STAR 2, SAB, MRSM dan MATRIKS JOHOR,
takkala mekar di perairan Mediteranean. But whatever it is,
wish you all the best for what you are doin.

May we meet again in the future,
with His willing.


* * * * *





May Allah bless you (",)

Friday, March 25, 2011

Macam-macam masalah kat Mesir

Walaupun perkara ni telah lama berlaku tapi ana rasa memang nak cerita jugak pada semua orang. Sepanjang cuti wajib semua pelajar ke Malaysia akibat rusuhan tempoh hari, telah berlaku macam-macam perkara buruk. Masalah apa tu? Yelah, ramai orang katakan yang pelajar-pelajar ni beruntung sebab dapat lalui pengalaman yang sebegitu, yakni dapat rasa susah payah dalam menyelamatkan diri semasa berlaku rusuhan, ikut arahan kerajaan dan evakuasi ke Jeddah, suasana bagai dalam tahanan atau pelarian, bagai rasakan perang sedang berlaku di bumi Mesir.

Memang benar itu hikmahnya, dapat balik ke Malaysia dengan percuma lagi. Tapi adakah orang kesah dengan keadaan rumah di Mesir setelah semua selamat pulang ke Malaysia? Adakah semua orang rasa selamat dirinya bersama harta yang ada di rumah (Mesir)? Apa kan daya, kurang bernasib baik bagi sesetengah antara kami.

Antaranya, ada rumah yang habis dipecah masuk. Hilang macam-macam barang. Laptop hilang, camera hilang, baju-baju hilang.... Ada yang lagi pelik, tiada sebarang kesan pecah masuk, barangkali pencuri memegang kunci rumah tersebut, ada yang suspect tuan rumah. Tapi Wallahualam... (tiada hak untuk menuduh tanpa bukti).

Di bangunan Mara sendiri (Alexandria), khabarnya TV plasma di tingkat 8 hilang entah ke mana. Pelik, sedangkan jarang Arab naik ke atas (asrama pelajar perempuan).

Namun begitu, ana bersyukur rumah ana tidak senasib dengan mereka. Cuma ada suatu ketika dulu, saat genting, rusuhan yang sedang menjadi di Cairo, saat polis berkurangan, saat penjenayah berlaku di sana sini, sebelum kami di evakuasi kan ke Jeddah... barang-barang ana yang hampir bernilai RM400 (dalam kotak) habis dirampas dengan Askar Mesir. Waktu tu, UmmiMazwati yang membantu bawakan barang kiriman ana dari Malaysia; (terima kasih Ummi!), lalu dipaskan pada UmmiMM untuk dibawa ke Alexandria.

Ketika dalam perjalanan, kereta UmmiMM ditahan dengan askar lalu dirampas segala barang yang ada di dalamnya termasuk barang ana juga. Yang mengecewakan lagi, dalam kotak tu diselitkan juga dengan hadiah suprise dari famili ana, namun tiada rezeki buat ana...sob2...

Cerita ini pun ana dapat tahu semasa di Malaysia, dan mak ana yang beritahu barang-barang yang sepatutnya buat kejutan buat ana (terima kasih ma)... jadi tak apalah, bukan rezeki ana, ana Redha dengan hendakNya... (",)

Wednesday, March 23, 2011

Rusuhan di universiti?

Boleh dikatakan sepanjang seminggu ku habiskan tengahhariku di Convention Center, Faculty of Medicine atas urusan permohonan tasdiq/syahadah/certificate dan resit yuran pembelajaran tahun lepas.


Ramai yang tertanya-tanya kenapa? semuanya sebab duit la.........



Hanya tuhan yang tahu betapa banyaknya jasa bagi orang yang meminjamkan duit untukku meneruskan pembelajaran di Mesir. May Allah bless them. Jadi antara langkah untuk membayar balik, kami(keluarga) cuba mengeluarkan KWSP dan mohon bantuan baitulmal Johor.


Bagi melengkapkan dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran KWSP, aku terpaksa naik turun ke pejabat agar dipercepatkan urusan. Maklumlah kalau berurus dengan orang Arab nih agak payah, asyik-asyik bukroh! Entah bila bukroh nya pun tak tahu!


Tapi Alhamdulillah segalanya settled, jadi tinggal contact dengan mama di Malaysia untuk teruskan berurusan dengan pihak tersebut. inshaAllah, Mohon segalanya dipermudahkan.....


* * * * *

Rusuhan berlaku lagi??



Dalam gambar ini, pelajar-pelajar Mesir Kulliyah Tibb, berkumpul! Thaurah! gara-gara menunjukkan perasaan 'tidak setuju' dengan Vice Dean, Faculty Of Medicine (apa yang difahamkan begitulah).


Ingatkan pelajar Malaysia sahaja yang terfikir sedemekian, rupanya sependapat dengan warga Mesir juga. Setakat ini, demonstrasi ini belum lagi ada akhirnya, mungkin diselesaikan dengan cara baik atau mungkin juga berlaku yang lebih agresif? Agaknya.... Mohon keadaan tenang secepat mungkin agar sesi pembelajaran tidak terganggu kelak. inshaAllah..

Tuesday, March 22, 2011

6 Soalan Imam Ghazali

6 SoaLan...



1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?



Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:



PERTAMA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.



KEDUA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.



KETIGA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179



KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.



KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.



KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.



p/s: Ingatah sahabat dunia nie penuh dgn ujian dan cobaan.....

Jom sama2 Muhasabah diri...(^_~)


Tuesday, March 15, 2011

Roti Canai

Ana tertarik dengan kata Opah tempoh hari,


belajarlah buat roti canai, mana tahu boleh buat niaga kat sana(Mesir)” .


Nasib baik sempat ana pelajari cara-cara menguli tepung, menebar roti dan ramuan yang diperlukan, segala ilmu dari Opah dan Abang Man (seorang penebar roti di sebuah warung yang tak kurang sedapnya). Walaupun masa yang ana pelajari begitu terhad, tanpa berkesempatan buat di rumah(Malaysia), namun ana masih teringin cuba buat di Mesir. Memandangkan ia memakan masa yang agak lama untuk menguli, memerap, dan menebar tanpa bantuan sesiapa, inilah menjadi pengisi masa lapang ana di Iskandariyah. Sementara menunggu rakan-rakan lain kembali dari Malaysia.


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


Ya, hari ini 15/03/2011 mungkin juga boleh jadi kebanggaan Opah di Malaysia kerana dengan izin Allah swt, Alhamdulillah.. Cubaan Roti Canai Pertama Berjaya!! Sungguhpun, sukatan ramuan terlari sedikit, namun saudara Afiq Hadry (pembantu memasak roti sebaik sahaja habis ditebar) berkata, “ada yang tebal, ada yang garing, tapi rasa tu ada!” ^.^





Alhamdulillah, ana berjaya menyiapkan 7 keping roti kosong dan 3 keping roti telur, dan itu lah yang menjadi sarapan kami. Cuma yang kurangnya, serunding daging menggantikan kuah dal/kari/sambal sebagai peneman roti.


(macam kat warung mamak tau)

(with serunding)

(banyak sangat makan, sampai ke malam pun tak habis lagi)


Tapi tak apa, inshaAllah lepas ini nak cuba untuk buat kuah dal dan latih lagi dalam menguli dan menebar roti! Bi iznillah……..

Monday, March 14, 2011

Nationalism of Egypt

~Revolusi Mesir~

Sebaik sahaja aku turun dari pintu kapal terbang Oman Airways, rasa bagai ribut melanda. Aku tertanya, “ini angin dari kipas kapal terbang atau cuaca kat sini?”. Naik bulu roma, tak menyangka Mesir masih lagi Winter.

Lebih sejuk lagi, pabila kami berhenti di sebuah Masjid untuk Jama’ Ta’khir. Ya Allah, sejuknya air. Gigil menggeletar mengangkat takbir.

Keadaan di Iskandariyah tenang seperti waktu ketika dulu, tapi masih lagi terlihat kereta kebal di kawasan al-bahr (tepian laut). Apa tandanya? Mungkin itu satu langkah keselamatan. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami melihat anak-anak muda mengibarkan bendera Mesir, ada yang menjual peralatan atau barangan yang bertemakan negaranya (macam souvenir) di tepian jalanraya berdekatan dengan Gami’ Ibrahim, dan tiang-tiang lampu jalanraya habis dicat bercorakkan warna bendera Mesir.

Ini lah semangat juang penduduk Mesir!!


(lawa dia wat corak 'alun' ombak)

(graffiti pun ada....)



(WE LOVE EGYPT)

(kawasan tempat tinggal;P)

(1st year student punya keje la ni)

Pelbagai reaksi warga Mesir melihat orang Malaysia di perjalanan.

1) Ada yang menyambut kami dengan baik.

2) Ada yang bertanyakan bila rakan-rakan lain akan kembali ke Mesir.

3) Ada yang kelihatan gembira di kedai-kedai, barangkali dapat membantu micro-economy penduduk sini.

4) Ada juga yang berkata, 'POOYA! pooyaa....!' (perangai tetap sama)

Wednesday, March 9, 2011

Menanti Hikmah

Ya Rabb,
lusa ni Sabtu ke?
lusa ni 12 March?
balik Mesir Sabtu ni ??
aaaaaaaaaaaaaaaaarggghhhhhhhhhhh !!

Cepat nya dah kene balik Mesir. Tak sempat nak tengok Cik Jal nikah.. (aka Raja Muhd Rizal). Sedih, skrg ni dah kene beli barang untuk pulang ke sana. Makanan, baju2, segala alat yang perlu. Semua sumbat dalam beg kecik.

Anyway, 6 Mac yang lepas, sorang rakanku yang 'pertama'(boleh dikatakan) bergelar suami!!
Alhamdulillah, setelah habis terbatal plan majlis akad nikah yang pada asalnya dibuat di bumi Mesir (keadaan tidak mengizinkan), majlis diteruskan di Masjid, UIA.. berjalan lancar dan meriah ^.^ ,,


[Qarafi & Nusaibah]

Kepada Cekpi:

"Selamat melangkah ke alam baru, menjadi suami yang soleh dan taat, lepas ni senanglah kalau nak belajar sama2 (tapi bukan dengan aku lagi la kan hihih), tabahkan hati dengan setiap dugaan, moga cinta antum mekar hingga syurga tertinggi, May Allah bless you, buddy! "


Thursday, March 3, 2011

blog saya, diari saya


ye..

Selamat datang kembali kepada para pembaca! Apa khabar?
Harap sihat wal afiat!

Hari ini penulis sengaja dan bersahaja ingin menyatakan bahawa penulisan yang akan dipaparkan selepas ini mungkin yang bermakna, mungkin juga karut,
tapi lebih berunsur peribadi. (hehe)

Padahal sebelum ini pun banyak je berkaitan diri dan keluarga -.-

Tak apa lah, terima kasih bebanyak pada yang sudi membaca blog ini, sungguhpun karya
kurang menarik,
kurang cantik,
kurang 'bahasa',
kurang ilmu,
kurang idea,...
dan apa-apa yang kurang lah
namun anda tetap membuka dan baca blog ini.

* * * * * * * * * *

Dah hampir sebulan kat Malaysia, apa je yang ana buat? Duk rumah, jalan2 pusing bandar,
online, contact kawan2 lama,
baca buku tu adalah sikit2 ^.^

Oh, yea. Hari tu celebrate birthday akak n abah.
tak buat apa pun, just makan2 sama :)



(cam sebaya je sume)
, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Haa lagi satu, list name flight Mara dah kluar hari ni, Alhamdulillah... nama ana tersenarai.
Tak perlu nak fikir banyak lagi. Tinggal tunggu tarikh untuk balik sana jela :)

inshaAllah blk Mesir! Nantikan kepulanganku....