Saturday, August 6, 2011

Terawih di Iskandariah

Sibuk berjalan di kala puasa,
Menahan diri menanti buka,
Hari ni hari keenam puasa,
Ucapan salam buat pembaca.


Salam Ramadan!

Lama ana tak update blog. Ma’alish kawan-kawan. Tapi ana ada pengalaman menarik untuk dikongsi buat pembaca di Malaysia.

* * *

Pernahkah anda mendengar ‘Islam’ di Malaysia tak sama dengan ‘Islam’ di Mesir?

Pernahkah anda terfikir Malaysia adalah bukan sebuah Negara Islam seperti Negara-negara Islam yang lain?

Pernahkah anda bertanya tentang komuniti Islam sebenar?


Ana sendiri tak pernah memikirkan persoalan sedemikian ketika berada di Malaysia dahulu. Biasanya, apa yang kita boleh gambarkan kehidupan Islam adalah dengan mempelajari Sirah. Sejarah Islam menunjukkan kesatuan umat tidak kira kaya atau miskin, pangkat atau pun darjat. Berbeza dengan zaman sekarang, realitinya sekarang Islam itu adalah sekadar agama yang tertulis di Mykad.

Dalam kehidupan di Malaysia, kebanyakan masyarakat tidak menyedari bahawa Islam itu sangat meluas merangkumi apa sahaja. Apa yang masyarakat tahu hanyalah, sembahyang, bulan puasa, hari raya, maulud….. Tapi hanya segelintir yang memikirkan tentang puasa sunat isnin/khamis, bangun malam, menutup aurat dengan sempurna, penerapan unsur-unsur agama dalam setiap perkara…

Semestinya yang berilmu seperti ustaz dan para ulama’ menyedari tentang perkara ini. Apa yang ana cuba sampaikan di sini adalah setiap yang beragama Islam sewajibnya mempunyai ilmu tentang agama Islam. Bukan khusus kepada ustaz (misalnya) sahaja. Kenapa? Kerana kita yang memilih Islam, seharusnya kita tahu segala tentangnya.


* * *


Meriahnya pesta ibadah di Mesir

Apa yang menarik terawih di Mesir?
- Jemaah yang sangat-sangat ramai
- Kebanyakan masjid menghabiskan 1juz dalam solat isyak dan 8 rakaat terawih
- Golongan tua pun bersemangat berjemaah dalam menghabiskan 1juz semalam (lebih kurang 3jam di kawasan masjid)
- Diselitkan tazkirah selepas habis 2 salam pertama terawih
- Sesetengahnya memberi sumbangan air minuman untuk para jemaah semasa tazkirah
- Makmum yang tersangat ramai sehinggakan jalanraya menjadi sesak (ramai tak terkira)



(sementara tunggu solat qiam)

(sewaktu tazkirah)

(kawasan dalam masjid dan pekeliling masjid penuh)

(sedikit jualan; minyak atar, sejadah, kayu sugi...)


(salah seorang pakcik tolong mengedarkan air minuman sebaik sahaja habis salam ke2 terawih)

No comments:

Post a Comment