Thursday, July 21, 2011

Menjaga maruah


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, syukur Alhamdulillah. Selesai jawab paper CVS (cardiovascular system). Ada lagi 2paper akan dijawab. inshaAllah kheir..

Dalam kesibukan mengurus masa, sangat bersyukur sebab dapat lagi update blog ni setelah kian lama tak diusik. Jadi hari ini, ana nak berkongsi sedikit tentang penjagaan maruah atau nama baik atau pun kehormatan diri kita dan juga orang lain.

* * * * *
Maruah dan nama baik adalah perkara yang sangat penting dalam Islam. Islam menegah perbuatan menghina dan memperlekehkan orang lain kerana ia akan menjatuhkan maruah seseorang. Tambahan pula, adakah orang yang suka diperlekehkan? ada kah orang yang suka dingumpat? adakah orang yang suka dihina dan diceritakan sifat buruknya pada orang lain?

Tentu sekali jawapannya TIDAK! (bagi orang yang waras). Tetapi apa yang berlaku, contohnya di YouTube. Ada V-logger yang buat 'parody' tentang orang lain, sikap ajuk-mengajuk, hasat dengki.. Terlalu banyak video yang sedemikian. (Harap mereka bukan dari kalangan pembaca lah :) )


Hadith :
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil." [Riwayat Muslim]

Tiga golongan yang disebutkan dalam hadith ini, boleh dikatakan mempunyai nilai yang tinggi di sisi masyarakat dan harus dihormati. Rasanya ana tak perlu lagi terangkan kenapa orang tua (termasuk ibubapa) perlu dijaga nama baiknya. Itu dah selalu common. Cuma di sini, ana nak tegaskan golongan yang 'berilmu'. Siapakah mereka yang berilmu, berada dekat di keliling kita? Boleh jadi rakan-rakan seperjuangan kita. Bukan sahaja mereka yang ada Ph.D , bergelar Dr. / Ir ... mungkin juga seorang pelajar yang masih menuntut ilmu.

Sudah menjadi kebiasaan di sekolah mahupun di universiti, ada sahaja yang bersikap ingin menjatuhkan rakan sendiri. Mereka terlupa, bahawa orang yang teraniaya, doanya mudah dimakbulkan oleh Allah.

Lebih-lebih lagi, kepada mereka yang masih menuntut ilmu (mithal nya), facing exams.... Takut benar kalau balasan dariNya hadir di saat akhir imtihan. Mungkin balasannya semasa menjawab atau pun dengan result yang rendah. (mungkin jadi)

* * * * *

Jadi? Tak mau lah gaduh2 ni kawan....
kita hormati diri kita, keluarga kita, rakan-rakan kita, pemimpin kita....

Tapi kena ingat, segala yang SALAH kita CEGAH dengan cara yang BAIK!
BUKAN dengan cara menJATUHkan :)

Thursday, July 7, 2011

Rumah terbuka kecil-kecilan


Terima kasih diucapkan pada yang hadir semalam. Syukur, Alhamdulillah ramai yang datang rumah ana semalam. Tapi, ana tak jemput semua orang, sebab rumah ana kecik je. InshaAllah kalau ada rezeki lebih nanti ahli rumah ana try manage untuk jemput ramai orang lagi. Majlis semalam pun lebih menjemput kepada yang tolong-tolong kami berpindah dulu. Syukran ^.^


Rumah baru ana, 3 ahlil beit je. Ahli rumah lama dah split. Inilah pemandangan luar rumah, orang kata macam kat asrama pun ada, macam kat Malaysia pun ada!



Rumah ni antara rumah yang termurah kat Alex. Kenapa? sebab rumah sewa ni kosong/fadi.
Tanpa perabot. Jadi kami bertungkus lumus menghias rumah kosong ni dengan modal lebih dari 1000LE seorang. Banyak kan? Manalah nak cari semua duit tu. Tapi apa guna PCI jalankan tabung kasih sayang? Time ni lah ana pinjam. Bayar beransur2 sementara bayar sewa bulanan pun murah. Alhamdulillah.


Nampak tak ada router kat tepi pintu ? Nak bgtau, internet rumah ni 2mb untuk 3orang. Of coz, laju internet. Dan rezeki kami jugak, dapat promotion hari tu. 'If pay for 3months service, will get another 3months service for free. And if pay for 1year service, we'll get another one year service for FREE!' Alhamdulillah, we paid for ONE YEAR to get one year FREE! (",)


Ini bilik ana dengan roomate yang baru (Amirul Mukminin), terasa agak luas bilik nih, bila guna double decker.. Agak2 sape yang tidur katil atas? hehe.


'Kadang-kadang dah jadi habit untuk letak something kat atas kepala'


Berdekatan dengan almari tu, ada banyak tie. Semua koleksi ana kecuali satu yg warna merah, roomate yang punya.! 'Kalau perempuan suka koleksi tudung, ana suka koleksi slim tie'


Hall yang masih kosong. Hanya ada rak kasut. Dan bakal diletakkan rak buku. Dan cadangnya nak letak frame gambar Masjidil Haram yang besar (kebetulan dinding luas ke arah kiblat). inshaAllah


Dapur jelah kecik sikit. Tapi tak de masalah pun, 3orang je yang duduk rumah ni. Dan yang selalu jadi chef pun sorang je. huhu


Haa. nampak tak kat atas tu apa? itu stor buatan sendiri. Teringat kat kampung, rumah papan/kayu buat sendiri. Jadi, terfikir idea tu untuk buat kat sini. Kreatif kan? ^.^

Itu saja untuk post kali ni. Sekadar bercerita. Wallahualam..

Friday, July 1, 2011

Willingness

Salam, sahabat sekalian! Apa khabar? Sibuk study ke? Tapi semestinya tak semua orang study. Ada yang masih berhibur, relax-relax lagi. Kenapa ya? Sebenarnya, yang membezakan kita ada ‘kesungguhan’ atau pun ‘willingness’ yang ada pada diri masing-masing.

Mengapa kita perlu bersungguh-sungguh??!

“Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.” [QS Al-Anbiyaa 21:16]

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa Tuhan itu bersifat sungguh-sungguh. Dan realitinya, bukan tuhan sahaja, malah malaikat, para nabi dan orang-orang yang percaya(beriman) juga bersifat sungguh-sungguh.

Bagaimana pula dengan ayat ini:

“Iblis berkata, ‘Oleh kerana Engkau menyebabkan aku tersesat, demi SESUNGGUHNYA aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (daripada menjalani) jalanMu yang lurus.” [QS Al-A’raf 7:16]

Syaitan juga turut bersungguh-sungguh dalam menyesatkan kita. Sudah tentu tidak mahu kalah dengan kesungguhan syaitan merosakkan potensi, prestasi, dan kredibiliti kita melalui keputusan lemah yang kita lakukan. Kita tentu mahu membuktikan kepada Tuhan bahawa kita mencintai sifatNya yang bersungguh-sungguh, dengan cara bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu Allah (sebagai contoh).

Kita tidak mahu meletakkan mood sebagai raja di hati, kerana kita sedar kesan yang akan ditinggalkan oleh keputusan yang dibuat mengikut mood.

Nabi Muhammad telah mengajarkan kita doa yang hebat ini.

“Wahai Tuhan yang memalingkan hati-hati, tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.” [Dirriwayatkan oleh Tirmidzi]

Insya Allah, apa sahaja usaha yang kita lakukan dengan tekad dan kesungguhan atas nama agamaNya, akan beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Jadi, muhasabahlah diri kita semula, renew and upgrade our iman, focus to our aim and be excellent.