Dalam perjalanan pulang, aku tersesat keliru dengan arah mana ku tuju. Keretaku terpusing entah ke utara, selatan, timur atau pun barat. Keadaan semakin kabut pabila angin meniup kencang, langit bergelap, cahaya pun hilang.
Jalan-jalanraya terhakis, menyebabkan kebanyakan kenderaan pun terbenam. Ada perkara yang asing lagi berlaku pabila jalan-jalanraya itu sendiri terapung beralun seolah-olah ada gelombang yang sedang laju ke arahku. Bangunan kiri dan kanan ku bergegar, runtuh yang semakin tambah gempanya.
Di kala memandu kereta, aku terus memecut laju entah mana hendak dituju. Degupan jantung usah dicerita, barangkali seribu denyut seminit. Perasaan takut semakin membuak, panik, dengan keadaan semakin sesak gempanya, entah ke mana lagi hendakku lari.
Hanya berbalik pada Rabbil ‘Alamiin, yang menentukan segalanya. Hati ini tak henti-henti memohon keampunan pabila terdetiknya akal tentang kiamat. Adakah hari ini pengakhir segala hari? Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Dalam kekeliruan ku memandu kereta, ku terus ke arah sebuah bangunan(hospital) yang hampir (jalanku buntu).
Setibanya di dalam bangunan tersebut, ku terlihat segolompok orang awam yang kononnya selamat dari bencana yang sedang berlaku di luar sana. Ku bersyukur, dalam kebuntuan dan ketakutan yang ku alami sendirian akhirnya ada bertemankan ramai orang. (mungkin semua sedang berlindung)
Secara tiba-tiba bangunan ini terasa ‘dibolak-balikkan’, di mana graviti pun asyik bertukar dan beralih arah. Ada yang ke kanan, ke atas, ke belakang, semua pergerakan tak dapat dikawal. Keadaan semakin bising, serabut dan kini tiada lagi kudrat untuk mengelak atau melarikan diri…..
Hatiku menjerit takut, ya Allah selamatkanlah hambaMu ini..
Dan akhirnya, aku terjaga dari mimpi, kira-kira jam 3.30am yang riuh dengan jam loceng tuk bangun subuh. Alhamdulillah, mungkin inilah gambaran apa yang bakal berlaku kelak, malah akan berlaku perkara yang lebih dasyat lagi seperti apa yang difirmankan oleh Allah swt dalam Al-Quran.
“Astaghrirullah..” ku terlafaz, dan aku terus bangun dari tempat tidur.
Assalamualaikum Izad
ReplyDeleteDulu, masa Ummi belajar kat USA, Ummi pernah bermimpi sebuah bandar pelancungan yang besar di hapus oleh ombak sangat-sangat-sangat besar yang lebih tinggi daripada bangunan tinggi hotel mewah tepi pantai...Pada 26 Disember 2004 berlaku...sama macam dalam mimpi Ummi...dan ada lagi satu mimpi ngeri Ummi yang Ummi simpan hingga ke hari ini...
Semoga ia menjadi pengajaran dan ingatan bahawa Allah boleh mengambil sesuatu dalam hanya sekelip mata.
Love ya dear.