Thursday, April 7, 2011

Sheikh Muhammad Hassan




* * * * *


Kisah ini berlaku kelmarin,


Dalam jam 11pagi, ana bersama sahabat hendak ke Convention Center, Faculty of Medicine, sebaik sahaja kami habis kuliah Anatomy. Keadaan seperti biasa, perpustakaan yang sunyi tanpa ramai orang, tapi kelihatan ramai orang berbaris di hadapan pintu besar seolah-olah menanti ketibaan tetamu yang istimewa.


Bersama alunan Selawat yang kuat diperdengarkan dari pembesar suara yang berdekatan. Sangat ganjil, kerana ini merupakan kali pertama dengan adanya sekumpulan insan yang berpurdah hitam seperti adanya majlis yang bakal berlangsung. Tapi tiada pula iklan atau risalah yang diterima bagi kami sebagai pelajar international.



Kelihatan ramai pemuda ataupun syabab Mesir mengambil wuduk sedangkan jauh lebih awal kumandang athan Zohor. Pelik sungguh.


Lama-kelamaan semakin ramai syabab yang hadir di dewan pintu masuk bangunan. Ana dan sahabat tertanya-tanya, siapakah gerangan yang bakal tiba sehingga ramai yang menantikan. Ada yang sibuk bergaduh di hadapan pintu pagar, keadaan semakin riuh dan sesak.
Lantas, ana bertanya pada salah seorang ahli yang bertanggungjawab akan program yang bakal dilaksanakan.

Katanya, ".......Sheikh Muhammad Hassan...." , ana terpinga, sedangkan baru terlihat beliau di siaran TV. Apakah itu benar-benar berlaku dengan siaran langung di sini? Mungkin ya....


* * * * *

Sungguhpun ana tak berapa kenal dan baru sahaja kenal beliau di siaran TV, tapi terasa karamahnya pabila lihat wajah beliau. Terkejut dengan syabab Mesir yang semakin ramai berlari, berpusu-pusu masuk mendapatkan tempat bagi dengar syarahannya.





(solat Zohor di dewan kuliah)



Bolehkah antum fikirkan, adakah semangat seperti ini di Malaysia? Jiwa pemuda Mesir sangat kuat. Terlalu ramai yang hadir, sehinggakan jalanraya sesak. Hadirin bersolat Zohor di kawasan orang ramai dan dewan bangunan kerana tiada kesempatan untuk ke Masjid.


(berebut mendapatkan tempat)


Keadaan sangat sesak, Subhanallah! Keadaan seperti ini tidak dijumpai di Malaysia. Pemuda Mesir kuat jiwanya tentang agama. Hadirin yang sangat ramai, boleh kata ribuan yang datang dan security yang mantap bagi menjaga laluan tetamu kehormat tersebut. Kalau di Malaysia, hanya artis yang dilayan sedemikan dan diminati ramai. (teruknya rasa)





MashaAllah, ini kali pertama ana berjumpa dengan ulama' sungguhpun tidak bersemuka, tapi sedikit sebanyak terasa barakahnya. Di sini ana ada share video kat bawah (dan kat atas sebagai peringatan), bagi sesiapa yang belum mengenali beliau. Beliau adalah ulama' Mesir!








1 comment:

  1. bagusnya kalau situation cmtu happen kt m'sia..baru la bangga duduk m'sia as negara islam ni..moga2,suatu hari nt akn lahirnya ramai lg org islam yg berjiwa muslim sejati..insyaAllah..ameen

    ReplyDelete