Tuesday, April 12, 2011

Sekadar untuk memori

Ucapan salam pembuka bicara,
Bertanya khabar seperti biasa,
Post kali ini memang tak sama,
Sekadar memori buat saya.


* * * * *

Harap para pembaca tidak terkilan, kerana penulisan kali ini kurang berunsur ilmiah
untuk dikongsi buat bersama. Cuma sekadar pengalaman yang lebih kepada penghargaan.

Macam mana tu? Tak apa lah, mungkin orang yang terdekat sahaja yang mengerti untuk post kali ini.

* * * * *

DB-E30-1AV
(lebih kurang inilah jamnya)

Izad pernah dapat hadiah seutas jam tangan Casio sewaktu ketika dulu, sempena Hari Ulangtahun ke 12, (kalau tak silap, sebelum upsr). Dan seperti yang ramai orang tahu jam Casio ni tahan lama. "Battery's life for 10years". Memang sesuai sangatlah untuk seorang pelajar pakai jam tangan yang tahan lama. Kerana itulah, yang menjadi hadiah, supaya tidak ditukarganti dengan jam tangan lain pada hari-hari persekolahan.


Izad guna jam Casio sehingga sekarang. Lama juga, tapi masih battery perlu ditukar ganti (taklah kerap kali) dan talinya yang sering 'patah', akibat terkena air dan cuaca panas yang silih berganti, akhirnya digantikan dengan tali jam tangan yang 'murah'.


Tak apalah, yang penting jam Casio tu sendiri. Masih ingat lagi, betapa jakunnya diri ini bila dapat gunakan 'data bank' di dalam jam tersebut untuk simpan no. fon rakan-rakan sekolah dulu. (masa tu belum ada henset lagi). Tambah-tambah lagi ada 'world time'. Lagi lah, rasa macam mengarut je dulu, sebab macam tak de function. But now, I'm using it, as it appears to be in Egypt time. Tak perlu nak adjust lagi. :)


* * * * *

Tapi, hari Isnin, 11 April 2011, satu kejadian berlaku. Waktu malam yang sibuk dengan perlawanan futsal piala Sabah, besi jam tertanggal. Besi yang cover jadi frame untuk jam tu dah tertanggal. Sedih, sebab perasan kecacatan jam tangan tu setelah tiba di rumah, selepas permainan futsal. Ya Allah, tiada serinya lagi pada luaran jam tangan, cuma fungsi jam itu sendiri yang tinggal... Cuba juga hari keesokkannya, untuk ke tempat gelanggang futsal tapi tetap tiada dalam penglihatan, hilang terus besinya.....




(rupa dia jadi buruk, frame dia hilang, pastu ada kesan pasir2 lepas maen futsal)


Minta maaf, ma abah... Tapi Izad akan tetap pakai jam ni, mungkin untuk harian saja :)


Ye lah, nasib baik hadiah hari jadi tahun lepas dapat jam tangan gak, mungkin itu lah hikmahnya, sebagai pengganti jam untuk ke Kelas! ^.^





No comments:

Post a Comment