Thursday, April 14, 2011

Apa hikmah ujian?

Salam diucapkan kepada para pembaca yang amat dihargai sekalian. Kaifa halukum? Harap semua sihat wal afiat. Di sini, ana ingin berkongsi satu kisah yang berlaku pada ana di Mesir dalam beberapa hari yang lalu.

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak dugaan yang ana hadapi, kadang-kadang rasa sangat letih, rasa nak lari dari masalah. Sahabat-sahabat ana tak putus menaikkan semangat ana, minta ana untuk sobar dengan ujian. Teringat juga akan kata-kata ini,


“setiap nikmat yang datang didahulukan dengan benteng ujian”


Itulah yang membuatkan ana yakin pastinya hikmah yang akan hadir kelak. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sobar.



* * * * *

Pada malam kedua pertandingan futsal, ana diminta untuk menjadi AJK penggambaran permainan. Ana bersama rakan yang lain bergerak awal sebelum jam 7malam ke Kulliyah Zira’ah. Keadaan agak kelam kabut bagi mengejar masa, dan saat itu juga ana diminta untuk membawa sekali bola futsal. Ketika berada di dalam teksi, handphone ana berdering-dering lantas ana sibuk dengan membelek message. Ketika sampai di destinasi yang tidak kurang jauhnya, keadaan makin celaru dan semakin kabut, kerana mengejar masa. Tangan kiri yang memegang bola, tangan kanan pula memegang duit untuk bayar tambang.


Kami melangkah masuk pintu pagar Kulliyah Zira’ah, ternampak gelagat pelbagai kumpulan yang sedang warming up. Semangat berkobar-kobar, tertanya-tanya kumpulan manakah yang akan bertemu dengan kumpulan ana nanti. Kami bersalaman, ada yang sibuk menyusun strategi, ada yang sibuk menimbang bola, ada juga yang baru sahaja sampai selepas kami.


Tak lama kemudian, ana tersedar yang kocek seluar track ana kosong. Ana terdiam sambil meraba-raba mencari handphone. Muka ana tiba-tiba pucat bak dirasuk, rakan-rakan ana semua terperanjat dengan nasib ana yang kurang baik pada malam itu. Tanpa berbuang masa, ana terus mencari menyusuri jalan sambil mendialkan handphone supaya senang dijumpai. Deringan tonnya ada, tapi tiada kesan bunyi di persekitaran Kulliyah.


Ana teringat akan teksi tadi yang memandu laju, apakah handphone itu ditinggalkan di dalamnya? Tapi, kenapa panggilan handphone ana tidak dijawab? Ana cuba call berkali-kali, terus menanti panggilan itu diterima. Lebih kurang 10 minit ana memanggil, akhirnya operator mengatakan handphone yang dipanggil itu ‘mughlak’. Kenapa dia tutup handphone ana? Macam-macam prasangka buruk bermain di pemikiran..


Tiadalah harapan lagi untuk memanggil panggilan telefon lagi. Kes tertinggal handphone ini sudah menjadi kerap bagi penduduk Malaysia di sini. Rakan-rakan ana sendiri pernah tertinggal handphone Blackberry, Nokia.. Memang terus hilang tanpa dikesan. Berdasarkan pengalaman rakan-rakan ana, biasanya handphone yang tertinggal akan terus dimatikan, dan hilang terus. Mungkin diambil oleh pemandu teksi itu sendiri, mungkin diambil oleh orang awam, dan mungkin juga tercicir di tempat yang lain.


Ana terpaksa redha, tiada apa lagi yang boleh diusahakan untuk dapatkan Nokia 3500C itu kembali. Tetapi, sayangnya akan telefon itu. Terlalu banyak kenangan di dalamnya, termasuklah gambar-gambar keluarga, rakan-rakan, video ana bersilat dahulu dan mesej-mesej lama. Semua hilang begitu sahaja. Ya Rabb. Handphone itu pertama kali diaktifkan semasa ana di asrama Maktab Rendah Sains Mara Pontian. Bila difikirkan balik, degil juga sikap ana yang melanggar peraturan sekolah sedangkan ana sendiri berjawatan tinggi. (takpe lah, rasanya ramai je orang macam tu ^.^ )


* * * * *


Tiga hari selepas kehilangan handphone, Abang Syakrani berjumpa dengan ana. “Anta ada hilang handphone ke?”, tanya dia. Ana pun jelaskanlah apa yang berlaku, dan sudah tentu ramai orang tahu sejak ana post kan status ana di facebook. Sedih juga.


Abang Syak: “Sebenarnya pemandu teksi tu, call ana tau.”

Ana: “Eh, yeke? Kenapa dia call anta?”

Abang Syak : “Entah, ana pun tahu. Tapi ana ada cuba cakap untuk pulangkan handphone tu balik. Ana mintak sorang pakcik Arab untuk berbual dengan dia supaya dia dapat bagi balik”

Ana: “Oo..maksudnya anta dapat tahu handphone ana hilang, sebab dia call ke? Jadi, macammana dengan handphone tu?”

Abang Syak: “Haa, esok pukul 8 malam jumpa di kedai buku syari’ Por Saiid. Itulah apa yang pakcik tu perkatakan. Harap-harap pemandu teksi tu betul-betul nak datang dan pulangkan.”


Alhamdulilllah, ana macam tak percaya perkara ini akan berlaku. Sedangkan pada awalnya panggilan telefon ana tidak dijawab, dan dimatikan pula akhirnya. Waktu ini, hanya perlu berdoa pada Allah agar dibukakan hati pemandu teksi itu untuk betul-betul hadir dan memulangkan handphone tersebut.


* * * * *


Keesokkan harinya, kami hadir ke kedai itu dan diberitahu untuk ke situ lagi pada jam 10 malam pula. Hati semakin tak sedap. Sedangkan dijanjinya jam 8 malam pada awalnya. Pakcik kedai itu cuba menghubungi lagi pemandu teksi tersebut. Nampak perbualan mereka seperti tinggi nadanya, harapan ana semakin tipis. Pemandu teksi itu bertanyakan bukti-bukti yang ana pemilik handphone tersebut, dengan meminta resit beli dan kotak handphone itu sendiri. Memanglah tiada di sini, tambahan barang-barang itu dah lama, mungkin dah terbuang. Tapi ana katakan, “ada gambar ana di dalamnya”. Itu boleh meyakinkan semua orang, inshaAllah.


Jadi, kami hadir lagi pada jam 10 malam. Kelihatan ramai orang Arab sedang berkumpul di hadapan kedai buku pakcik. Dan ana ternampak wajah pemandu teksi yang sama, ana masih cam mukanya. Tanpa membuang masa dia mengeluarkan handphone berwarna biru seakan sama dengan ana punya. Tetapi, memang jelaslah itu bukan handphone ana, mungkin saiz yang lebih kurang sama, warna yang sama, jenama nya pula jelas berbeza. Dan bahasa yang tertera pula bahasa Arab (it should be in English). Ana kata,”Ini bukan ana punya, mungkin ini dah tukar dengan handphone yang lain. Ana punya betul berwarna biru, tetapi model Nokia 3500C.”


Muka pemandu teksi itu seakan tak puas hati. Dan dia keluarkan satu lagi handphone dari kocek kanannya. “Haa, itulah henset ana”, ana berteriak. Masing-masing bergelak ketawa melihat gelagat ana. Mungkin itulah caranya untuk menguji bahawa ana benar-benar pemilik handphone itu dan memang ternyata hanphone sebelumnya yang berwarna biru juga adalah milik pemandu teksi tersebut.


Kami bersalaman. Ana dan Abang Syak cuba memberi sedikit sumbangan padanya yang baru sahaja datang dari Miami, baiid awi (jauh sangat). Tetapi pemandu teksi itu enggan menerimanya, sehinggakan pakcik kedai buku turut memujuknya untuk menerima.


* * * * *



YaAllah, aku bersyukur dengan nikmat-Mu dan rezeki-Mu. Ampunilah daku ya Ghaffar, sesungguhnya aku tahu sebahagian dari prasangka itu dosa. Aku mohon dari-Mu rezeki serta perlindungan ke atas pemandu teksi tersebut yang berhati mulia, dan juga para sahabat yang membantuku di kala kesusahan. Tempatkanlah mereka serta keluarganya bersama dengan golongan orang-orang yang beriman. Amiin Ya Rabbal Alamiin.”


Apa pengajaran dari kisah ini?

1. Belajar untuk redha akan segala ketentuanNya.

2. Belajar untuk mensyukuri segala yang kita punyai.

3. Doa itu juga adalah usaha, sedangkan Dia yang merancang dan menentukan sesuatu.

4. Jauhilah dari prasangka buruk terhadap orang lain.

5. Hargailah orang yang terdekat (membantu) kita di kala kesusahan.

Wallahualam.


No comments:

Post a Comment