Salam alaykum ^.^
Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya, sempat lagi ana untuk menaip lagi di sini.
Mesej/ pengumuman ini khusus untuk pelajar perubatan Iskandariah, tapi boleh je kalau orang lain nak baca.
"The APPS" ataupun 'the apprentices' untuk kali keduanya diadakan oleh Mentor Council yang merupakan salah satu lajnah di bawah Unit Pembangunan Insan (UPI) PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Seperti mana masalah yang sedia maklum yang terus menjadi punca kepada ketidaklancaran peranan Smart Circle iaitu kurangnya penyertaan pelajar untuk menjadi mentor lantaran kerana perasaan rendah diri dan juga kurang keyakinan diri untuk bercakap, maka, pihak 'Mentor Council' mengambil inisiatif untuk terus membantu dalam mengatasi masalah tersebut dengan memberikan latihan dan semangat kepada pelajar-pelajar tersebut, seterusnya memilih pelajar-pelajar yang mencapai peringkat tapisan yang disediakan untuk menjadi mentor-mentor smart circle perubatan cawangan iskandariah. Melihatkan juga kepada kesan-kesan positif samada dari segi sambutan mahupun terhadap para mentor sendiri pada sesi yang lalu, UPI mengambil langkah meneruskan program ini pada sesi ini.
لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ : عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه .
Maksudnya : Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara :Ke manakah dihabiskan umurnya , bagaimana ia manafaatkan usia mudanya , dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya . ( Riwayat At- Tarmizi)
Antara objektif program adalah:
1) Memberi peluang atau membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menjadi mentor PERUBATAN
2) Menerang dan memperjelaskan konsep mentor dan sc serta menyelesaikan persoalan yang timbul kepada pelajar bagi menarik minat pelajar untuk menghadiri sc sekaligus untuk menjadi mentorه
3) Memberi pendedahan awal dan mempersiapkan diri pelajar (trainee) sebelum benar-benar bergelar mentor
Tapi pada pendapat ana lah, bagi sesiapa yang betul inferior nak join. Janganlah risau, ana pernah kata dulu, “ untuk menjadi mentor, tak semestinya kena pakai jubah, boleh saja kalau nak pakai jacket. Untuk menjadi mentor juga, tak semestinya kene pakai kopiah, boleh saja kalau nak pakai topi”.
Maksudnya di sini, untuk menjadi mentor (naqib) untuk smart circle(usrah) tak perlu menjadi ustaz semata-mata. Konsep SC itu sendiri meluas, bukan tertumpu pada agama sahaja, bahkan juga pada akademik, sukan, isu semasa dan lain-lain lagi yang bermanfaat.
Kalau kita katakan SC itu sia-sia dan tiada apa-apa makna, seperti masalah SC yang tak aktif. Itu bergantung pada mentor (yang mengetuai) dan mentee (yang menyokong). Tapi kalau masalah itu benar-benar pada mentor yang ‘sibuk’ dengan kerja lain tanpa alasan, memang mentor patut dipersalahkan, bukannya mentee. Jadi, apa peranan kita yang menyedari? Mungkin dengan penglibatan kita dengan program ini, kita dapat mengubah persepsi kebanyakan pelajar tentang SC. Kerana bagi ana sendiri, SC itu bermula pada mentor yang menggerakkan.
..If we want it, we’ll do it.
Mari kita daftar beramai-ramai kepada program ini. Sokong program yang bermanfaat. Bukan sahaja untuk diri kita, malah untuk sahabat-sahabat kita di luar sana.
..we spread dakwah with love..