Sunday, February 13, 2011

Kejutan di rumah? (Part 6)


9 Feb 2011

Jam 3.00pm, seramai 150 pelajar Mesir tiba di Changi Airport! (termasuk aku)
wow..



Negara termaju di Asia Tenggara!
patutlah carpet terbentang di setiap kawasan dalam Airport, dah macam kat hotel dah.



Hati dah tak sabar nak balik rumah. dah dekat sangat pun. Berbanding dengan pelajar lain, ada yang duk kat Kedah, Kelantan, Terengganu..... aduhai, sampai malam, atau pun esok nya baru sampai ke rumah la jawabnya. Sdihh... huhuh

Tak pelah, Biasanya aku yang susah, turun kat KLIA (pastu nak turun ke Selatan, penat juga), tapi hari ni, memang dipermudahkan sangat2....Alhamdulillah.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Macam biasa, di Singapore kami ke Woodlands (pintu keluar Singapore/emigresen S'pore) dengan menaiki 4buah bus.

Tanpa banyak soal jawab, kami ke imegresen Msia pula (tambak Johor).
Waahh.... bandar JB dah pun kelihatan?



Aku pun terus tanya pada pegawai yang bertanggungjawab dalam bus tu,


Aku: Kak, boleh tak saya turun bas sekarang? Rumah saya dah dekat sangat, saya boleh balik sendiri.
Pegawai: Maaf, saya tak akan lepaskan kamu semua, melainkan ada parents yang datang mengambil kamu.


??? Alamak?!!!
Macam mana ni, bila difikirkan balik, memang betul pun apa yang diperkatakan tu. Memang lah kami ni dibawah tanggungjawab dia. Alaa...... mcm mana nak buat suprise..
hancur semua plan. Cuba juga contact akak (yang ada kat UTM Skudai, Johor), tanya pendapat dia,

Hello, akak? mcm mana nih??..

Kata akak, "Mama tu tengah risau, Izad tak contact apa2 pun. Lagi satu, susahlah nak buat kejutan kat mama, sedangkan nama awak tu dah ada kat internet, dalam senarai nama pelajar yang tiba di Singapore hari ini. Bila2 je boleh terkantoi kat mama"

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Kami (pelajar) dihantar ke Bukit Timbalan, Johor Bahru iaitu perhentian pertama sementara kami diberi makanan, dan bersolat jama' ta'khir di sana. Dan di situ juga para pelajar dibenarkan pulang jikalau ada keluarga yang datang menjemput.

Entah, macam mana, mama call Izad, tergelak ketawa dengan gelagat aku yang tak berjaya buat kejutan. Mama dapat tahu segalanya dari Ummi Mazwati, dan akak pun dah jelaskan perkara sebenar pada mama.

Haha.. tak jadi!! Sedih gembira bercampur baur pada hari itu. Pada hal, kalau ikut plan pun, dah best dah! huhuhuh. It's ok. It's meant to be like that. =.=

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Suprise kat mama dan aqir, memang dah tak jadi.
Tapi apa pula yang berlaku kat rumah? hehe



Apa boleh buat kalau dah 'jet lag', tidur jelah...
Setelah berjam-jam-jam-jam tidur mati, tak sedarkan diri..


"Izad, jangan bangun tau, tidur je, stay dalam bilik ni, sebab abah baru balik, ada kat depan", mama kejut dengan senyuman.


Tak lama kemudian, abah jejakkan kaki dalam bilik dengan nada tinggi/marah/terkejut..

Abah: Eh, kenapa budak ni tak pergi sekolah? Ponteng? (abah terfikir yang Izad ni Aqer (adik))
Mama: Budak tu demam, tak pergi sekolah lah, tak larat. (mama tersengih)


Aku yang berpura2 tidur, hampir tergelak. Tertanya-tanya, 'adakah aku ni kecik sangat macam Aqer? atau Aqer tu dah makin besar macam aku?' huuhu,


Abah: Eh..Eh.(gaya memerhati), Eh..(abah semakin dekat), ini Ijad ke? (muka pelik)
Mama: Aih, anak sendiri pun dah tak kenal? Siapa lagi tu? (mama tersengih lagi)
Abah: Aik, macam mana dia boleh balik sini? Siapa amek dia? Bila dia balik? bila dia sampai sini?.......(x percaya)

Go to fullsize image

ehehehe, penuh dengan tanda soal,
abah seolah-olah tak percaya yang mama mampu drive dari rumah ke KLIA dengan sendiri
(padahal dari rumah ke Bukit Timbalan, Johor. je)






2 comments:

  1. salam alaykum ijad....
    haha... lawak laa ana bace.... nakai juge enta nie ek....hehe~ =D

    makan bagi bnyk sket...baru besaq cepat... hee~
    Jage diri leklok tue... =)

    ReplyDelete
  2. Alaika Salam ya akhi,
    ahahahah...
    yela, dah mcm2 ana makan. mungkin da hendakNya..
    hu2 =.="

    Syukrann....

    ReplyDelete