Friday, February 11, 2011

Confuse di Jeddah (part 4)

7 FEB 2011 [asrama bangunan tabung haji]

Terkadang ku terasa bagai di Maahad.
Terkadang ku terasa bagai di Shopping Complex.
Terkadang rasa gembira sebab keadaan benar2 di bumi Jeddah.
Terkadang rasa sedih sebab rasa bagai di Malaysia.

Kenapa?

Seolah2 dua jenis golongan yg asing dikumpulkan di satu tempat.
Seolah2 ada yg dah nikah, ada yg belum nikah.

Tatkala ada yg berkopiah,
Tatkala ada yg perang rambutnya,
Tatkala ada yg berpurdah,
Tatkala ada yg terjuntai rambutnya.

Pelik benar..

Waktu yg sebegini masih lagi diambil kesempatan utk ber'dating'. Tak kesah lah kalau mereka yg dah berkahwin.

Sehinggakan terlafaznya kata2 larangan dari salah seorang yg mengurus di situ.

Keadaan agak sukar utk dikawal,
Fenomena 'couple' semakin menjadi2...

..................................................


Abu Daud dan at-Tirmidzi

Hadith yang diriwayatkan oleh
Abu Daud dan at-Tirmidzi
:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya."

Huraian
1. Seorang muslim mukmin yang sebenar sepatutnya menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar serta mencegahnya, bukan terus duduk bersama orang yang berbuat maksiat kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa mereka redha dengan maksiat dan kekufuran yang dilakukan.
2. Membiarkan perlakuan maksiat merupakan satu maksiat (dosa). Perbuatan ini akan mengundang bala daripada Allah SWT yang akan menimpa bukan sahaja ke atas pelaku maksiat semata tetapi terhadap semua anggota masyarakat.
3. Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan adalah satu bentuk tanggungjawab sosial. Ini bukanlah untuk menjaga hal ehwal (tepi kain) orang lain melainkan untuk memelihara kepentingan bersama kerana keharmonian dan ketenteraman dalam masyarakat hakikatnya dapat menjamin kehidupan yang aman dan damai bagi seluruh penduduk sekitarnya.


No comments:

Post a Comment