Jam 4.00pm (3/2/2011)
Dari Camp Sheazar, aku terus ke bangunan Mara atas sedikit urusan perlu dilaksanakan. (jumpa walid)
Jam 15.15pm
Hari dah lewat, aku kene berpatah balik ke rumah atas kerja yg sangat penting (berkaitan dgn ad hoc). Tapi dah diingatkan supaya jangan keluar time ni, sbb dah waktu curfew which is start from 5pm. Semua yg tahu ana nak keluar dari bgnn Mara, terus nasihatkan jgn keluar. Tapi, aku ada kerja kene settle kat rumah tu, nak siapkan senarai nama pelajar 2nd year yg masih ada di Alex. Aku pun keluar senyap2, tanpa dilihat oleh orang lain. (cuma ada sorg pakcik tu, diam, tengok je huhu)
Jam 15.20pm
Dalam perjalanan pulang, pada awalnya kami (aku dan pemandu teksi) ditahan oleh sekumpulan anak muda. Seram sejuk dibuatnya. Takut. Dengan keadaan tiada polis. Dengan sambil lewa anak-anak muda tu nak 'paw' aku. Nasib baiklah, kocek jubah hanya bertemankan handphone, tanpa dompet. Alhamdulillah, teksi dibenarkan lalu tanpa banyak soal.
Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi tu sering menanyakan passport dan kerneh(card ID/lln). Betapa pentingnya 'IC' masing2 utk dibawa andai kata disoal jwb oleh orang awam. Makin seram aku, kot2 ada lagi yang menahan teksi ni di hadapan.
Tak lama kemudian, di lebuhraya bahagian bahr (laut), ternampak kenderaan tersusun rapi, beratur. Aduh, rasa tak sedap hati. Terlihat juga 2 buah kereta kebal, dikawal rapi oleh sekumpulan tentera bersama senjata. Jantung berdegup laju. Pemandu teksi minta aku utk bertenang dan keluarkan kerneh. Aku dah kata, aku tak bawak apa2 kerneh.
Sehingga tibalah giliran teksi di garisan pertahanan tentera. Salah seorg yg menjaga menanya dan meminta kerneh/passport/lesen kepada pemandu teksi. Mereka melihatku dgn musykila, sambil tertanya "man hua?"
Aku terdiam, mmg benar tanya pasalku. Pemandu teksi tu try back-up, dia terangkan segalanya yang aku ni datang 'kosong' tiada passport dan apa2 kerneh, kerna ditinggalkan di beit(rumah).
Setelah habis berbicara. Aku diarahkan keluar dari pintu teksi. Dan diarahkan untuk berjumpa dengan seorang askar yg berpangkat tinggi berhampiran dgn kereta kebal.
Ya Allah, aku ni dah la keseorangan, kalau ditahan mmg nahas lah aku. Sebelum ni ada je pelajar Malaysia yg ditahan sebab keluar pd waktu 'curfew', tapi diorang beramai-ramai. Okay lagi lah cmtu. tak seram sangat. Tapi camne dengan aku sekarang nih?
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Perbualan antara askar denganku (terjemahan dengan sikit olahan)
Aku: Assalamualaikum
Askar: Waalaikumussalam
Askar: Siapa kamu? (dia bertanya sambil senyum)
Aku: Nama saya Shahrizad. (aku terus jawab)
Askar: Ada passport?
Aku: Tiada tuan, saya tinggalkan di rumah, Camp Shezar. Maaf tuan.
(Dia buat muka pelik, tapi aku yakin dia baik orangnya)
Askar: Mahu ke mana?
Aku: Ke rumah, Camp Shezar (sekali lagi ku ulang dengan nada yang sangat takut)
Askar: Kamu belajar mana?
Aku: Kuliah perubatan, Gama'ah Iskandariyyah.
(Gayanya seperti ingin menahanku, cuak, seram, takut, tertanya2 bila agaknya aku dilepaskan)
Askar: Kamu ke mari menaiki apa?
(aku terdiam, agak lambat nak fahami apa yg dipersoalkan, makin cemas.... dia pun menunjukkan ke arah longgokkan kereta yang ditahan di belakangku, bertambah cemas lagi, aku melihat tiada lagi teksi yang ku naiki tadi... Ya Rabb, hanya kau bersamaku pd saat ini.)
Aku: Eh, mana teksi?
Askar: Mana kenderaannya?
Aku: Haa....SANA!!
(Alhamdulillah, terlihat teksi itu parkir jauh sedikit di kawasan tentera, sambil pemandunya melambai2 kan tangan)
Askar: Pergilah.
Aku: Syukran. (",)
Askar: Afwan.
Aku: Jazakallahu khair.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Syukur, memang pengajaran penting yang ku dapat. Waktu yang sangat genting, dalam menguruskan hal penting, sambil terlupa soal keselamatan. Aku terus pulang ke rumah, dengan rasa kesal tak akan keluar lagi waktu diperintahkan berkurung tanpa identiti diri.