Alhamdulillah
(calendar ni adalah hadiah dari Abg Din Bujang 5th year sempena hari jadi ana yang ke19, syukran)
Seperti biasa, masuknya tahun baru, kenalah ada azam baru.
Azam atau tekad atau keinginan yang sentiasa diperbaharui akan membuat kita
berfikir luas, berlakunya anjakan paradigma dalam diri, proses mengubah diri dalam pelbagai aspek.
Di sini, berdasarkan pengalaman ana, ana just nak share, walaupun ana tau,
ana bukan lah yg terbaik utk dicontohi, tapi antum juga yg berfikiran cerdik pandai
mampu membezakan yang mana satu betul atau salah,
yang mana satu berhak atau tidak,
yang mana satu patut diutamakan atau tidak,
yang mana satu penting...
maka fikir-fikirkanlah,
yang baik kita contohi, yang buruk kita jauhi.
(apa nak buat 2011 nih?)
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Jadi di sini, ana ingin sarankan kita semua utk perbaharui atau pertingkatkan lagi
segala amal, peranan, tanggungjawab, hasil yang pernah kita lakukan
sepanjang tahun yang lepas...
Tidak lupa juga! untuk kita kenangkan kembali kesilapan atau kekurangan kita
tak kira dari aspek apa sekali pun, we need to list down!
Kadang2 ada perkara yg kita tak sedar, kita boleh tanya org yg berdekatan dgn kita,
mungkin direct atau indirect!
Kalau cara ana sendiri yg indirect, ana tampalkan A4 paper kat dinding bilik ana
mcm kat gambar nih.!
(ni tahun lepas punya, dah lama, saja bagi contoh)
Setelah diambil kira secara kasar utk perkara yg lepas, kita fikirkan
jalan penyelesaian, yang memerlukan sokongan yg kuat
terutama pada diri sendri, itu lah dikatakan 'azam'.
Dengan azam baru, kita bercita-cita utk mengejar sesuatu,
adanya matlamat, membuat kita belajar menghargai masa.
Harap antum dapat join sekali utk kita fikirkan tentang masa depan!
Jadi, untuk berazam, apa yang perlu ada? apa yang perlu buat?
mcm mana?
Perlulah strategi.. bab2 ni sering dianggap remeh oleh para remaja seperti ana sendiri.
Dianggapnya pula, 'membuang masa bila fikirkan perkara sebegini'
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Membina Peribadi Diri
Dalam membina strategi, ana cuba bahagikan dalam matlamat dalam 3 aspek:
Mental
'Manusia yang bermasalah adalah manusia yang normal'. Akal fikiran yang dikurniakan sangat berperanan untuk mengawal segala pelakuan seharian kita. Justeru, akal juga perlu dilatih untuk menguatkan lagi daya fikiran dalam menyelesaikan masalah. Sebagai pelajar perubatan di Mesir, ana bertekad untuk menguasai Arab Fushah, kenapa? klik di sini. Kaya dengan ilmu selain dari ilmu perubatan juga amat penting, terutama dalam bidang politik dan agama, yang ana sendiri sedar betapa ceteknya ilmu ana. 'Nak jadi ulat buku!' termasuklah ilmiah dan motivasi. Jadi, untuk laksanakan semua perancangan perlunya pembahagian masa yang betul. InshaAllah ana cuba untuk stick pada jadual harian sendiri untuk tahun ini.
Fizikal
'Latihan mental memerlukan bantuan fizikal'. Pernah juga kita dengar, 'badan cergas otak cerdas'. Umumnya, kita memerlukan riadah atau sukan bagi merehatkan minda kita pula. Dalam bab ini, lebih disarankan untuk mengikuti rasa minat masing-masing. Secara peribadi, ana suka untuk pelajari 'martial arts'. Adalah juga serba sedikit ilmu yang ana ambil dari seni tari silat, tae kwan do dan kungfu. Tapi malangnya, ana bukanlah berguru sehingga tamat pengajian seperti yang dilakukan oleh ahli lain. Biasanya ana pilih jurus yang ana minat sahaja untuk dipelajari. Antara pergerakan yang menarik seperti video di bawah:
(belum boleh lagi utk kick ni, tapi nak latih dalam tahun ni kot)
Tambahan pula, syukur ke hadrat illahi, kerana keinginan ana sejak kecil tercapai, iaitu membeli 'punch bag'. (boleh lihat picture bawah) Boleh dikatakan sebagai teman baru dalam rumah, kami (ahlil beit) juga senang dengan adanya barang ni, tak perlu kami untuk beriadah di luar lagi. Malah ia juga tempat untuk kami lepaskan segala stress yang ada. :D
Spiritual
Alhamdulillah, semakin hari ana semakin didedahkan dengan ilmu agama (sirah, tauhid......),
kadang-kadang terasa kesal kerana waktu dulu ana sekolah agama selama tetapi tidak dizahirkan hasil pembelajaran selama 7tahun. Padahal ajarannya yang terlalu luas sehingga merangkumi Ilmu Tauhid, Faraid, Jenayat,.... Bahasa Arab juga selama 7tahun, tapi hakikatnya bagai tak pernah mempelajari langsung. Ya Rabb! Oleh itu, perlulah belajar dari kesilapan iaitu "belajar bukanlah semata-mata untuk imtihan, tapi untuk kehidupan". Dalam membentuk peribadi muslim, perlunya makanan rohani yang berterusan (Hadith dan Quran), kerna Iman pada diri tak selamanya constant, ada juga naik turun, tatkala setinggi mana iman seseorang mampu tergoda dengan keindahan dunia. Bersamalah kita saling mengingatkan.
~InshaAllah~
-tak nak lalai-
-disiplin setiap masa-
-belajar Arab dan mantapkan BI-
-practice futsal-
-kickboxing-
-Quran n Hadith per day-
-kawal kemarahan-
-istighfar 70x sehari-
-ikhlas setiap perkara-
-baik dgn semua orang-
-mumtaz exam tahun ni-
-dakwah kpd, ahli beit, kwn sekeliling, family-
-jaga pelakuan-
-tak nak jadi malas-
-sentiasa bersyukur-
-redha dengan segala yg berlaku-
-membentuk peribadi muslim yg ideal-
~Ameen~
jadi orang baru. :)
ReplyDelete