MALAYSIA TANAH AIRKU
"Tak sampai sebulan pun kat Mesir, dah balik Malaysia. Mcm dekat je kan Jad?" kata mama.
Itulah kata mama semasa kami on the way balik ke Johor, dari KLIA. Yela, bukan senang nak balik ke Malaysia, dengan terpaksa ponteng kelas, nak sediakan duit untuk tiket kapal terbang lagi. Semuanya atas sebab melengkapkan dokumen2 Pinjaman Mara. Apa-apa pun, Alhamdulillah ana sempat siapkan semuanya bersama Zik, sahabat ana. Kasihan dengan Zik, barangkali dia akan pulang ke Mesir sebulan lagi. Atau mungkin lebih lama dari itu. Tapi macam mana dia nak belajar? imtihan lagi? Ya Allah, permudahkanlah urusannya..
HATI GEMBIRA
Dalam kerisauan tertinggalnya pelajaran selama 2minggu, tipu lah kalau ana kata boring bila tinggal di rumah. Tambahan pula, akak yang sedang cuti kerana study week dan Aqir yang baru saja beli X-BOX 360! Apa lagi, ana yang bukan kaki game pun dah terikut sama. Hihihi..
Tapi agak lucu sebenarnya bila Aqir kekurangan duit tuk beli X-BOX 360, dia terpaksa minta sedikit dari akak dan ana juga. Kena bagi free ke? Huhh, tak mungkin free tanpa syarat! Lalu ana dan akak pun letakkan lah syarat yang bertepatan in black n white paper. Jadi, ana pun mintalah Aqir supaya berusaha untuk hafaz Quran juzuk terakhir dalam tempoh setahun. Memang benar menghafaz itu susah bagi kanak-kanak yang jarang mengaji, inikan pula menghafaz. Tapi itu bukan lah satu alasan bagi mereka yang berusaha. Maka, berUSAHAlah!!
SEDIH
Dalam keriangan hati bersama keluarga tercinta, timbul jua konflik yang tak disangka-sangka. Berlaku malam yang semakin suram, hati kecewa tak terkata. Kenapa? Sangatcomplicateduntuk diterjemahkan. Sebak di hati mengundang air mata, berlinang tak berlagu.
Tapi inilah dikatakan ujian, ujian yang menggambarkan kesalahfahaman yang amat berat dalam sesebuah keluarga. Namun, ujian ini diakhiri dengan pelukan yang mampu merapatkan lagiukhuwah family. Alhamdulillah..
"Izad sayangkan keluarga ni, mama, abah, akak dan Aqir"
DOKUMEN MARA
Ucapan 'terima kasih' yang tidak terkira buat Ummi Mazwati, yang telah banyak membantu ana dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Sewaktu di KL, ummi menumpangkan ana dan Zik untuk bermalam di rumahnya dan kami sempat membuat last check dokumen bersama ummi sebelum hantar ke pejabat Mara. Syukur ke hadrat illahi atas segalanya selesai dan dokumen2 ana diterima oleh Mara, namun kasihan lagi kepada Zik kerana terdapat sedikit kesalahan dalam surat perjanjian Mara dan dokumennya yang masih belum lengkap. "Tak apa Zik, sabar je. Lepas ni pos terus ke pejabat mara bila siap habis edit "
TERDETIK AZAM BARU
Suasana damai dan bertemankan sunyi, itulah keadaan rumah ummi. Teringat kata cikgu sekolah dulu, "bising bagai di pasar, sunyi bagai di perpustakaan". Ada juga, "sunyi bagai di perkuburan". Ternyata dan terlihat banyak kitab dan buku tersusun di almari, ilmu terkandung diterima pakai oleh 'si ulat buku'. Siapakah itu? Merekalah family ummi, yang berani ana katakan 'kaya dengan ilmu'. Mungkin juga (in the process of becoming) ulul albab,keranadengan adanya ilmu khususnya berteraskan Quran dan saintifik, dapat memupuk aql berfikir dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul.
Kebiasaannya, ikhwah memang ada sifat malas untuk membaca khususnya ana sendiri. Sejak zaman sekolah lagi, tak pernah habiskan 100% bacaan novel walaupun tahu ianya wajib untuk belajar di sekolah. Tapi alhamdulillah, hasil dari galakkan ummi, ana cuba untuk minat membaca. Tambah2 lagi, diberinya hadiah dengan buku-buku ilmiah dan motivasi. InshaAllah ana akan cuba yang terbaik untuk ke arah yang lebih baik.
"Terima kasih, ummi."
(di KLIA)
No comments:
Post a Comment