Tepat pada pukul 6 petang waktu Mesir, menunjukkan tepatnya pukul 12 tengah malam waktu Malaysia. Beberapa comments atau pun mesej cepat ana terima sebaik sahaja rangkaian sosialFacebook menghebohkan birthday ana hari itu. Thanks for the wished =]
Pada malam itu (waktu mesir), ana sibuk dengan meeting bersama ahli PCI (Perubatan Cawangan Iskandariah) mengenai suatu program khususnya pada pelajar tahun satu Medicmesir. Memandangkan sistem pengurusan yang agak kelam kabut, dan sibuk. Ana pun tidur awal sebelum jam 10malam.
Lama kelamaan.....Shahir masuk dalam bilik ana dan mengejut ana, "Shah, oh Shah. Bangun! Bangun cepat!" Ana pun tersentak, "Kenapa ni Shahir?" Shahir menjawab, "Bangunlah! Ummi datang tu, ummi ada kat depan" Dia menudingkan jarinya ke arah ruangtamu.
Pada masa itu, ana agak terkejut. Kenapa tiba-tiba ummi (pengurus Medicmesir) datang rumah ana? Tambahan, pada lewat malam pula (dalam jam 12malam). Ana pun terfikir, "Oh mungkin ummi ada perkara nak bincang mengenai program 1st year tu kot". Sebabnya, Shahir pun bertanggungjawab sebagai AJK program itu. Jadi, tanpa buang masa, ana terus siap (setting rambut sikit2) dan lari ke depan(ruangtamu). Terlihat ramai orang, dengan penglihatan yang kabur, dengan keadaan ana yang agak mamai (baru bangun tidur kan). Terkejut juga, manalah ummi yang dikatakan tadi itu (padahal mmg ummi takde pun time tu, saja lah tu).
Lalu, ana terdengar satu jeritan suara, "Happy birthday, Shah". Bersama hidangan kek coklat (sedap tau), air gas yang berbotol-botol dan pizza tuna (favourite ana). Terharu rasanya, walaupun ia bersifat sederhana, namun penghargaan seorang kawan yang mengingati itu lebih penting. Terima kasih. Syukran ala kulli hal.
(13~11~2010)
Ya Allah, sungguh aku bersyukur kepadaMu,
Kini usiaku semakin meningkat,
semakin banyak dugaan dan cabaran akanku hadapi,
semoga dengan Rahmat dan Petunjuk dariMu,
aku lebih yakin untuk terus berdiri,
dan terus maju sebagai khalifah,
untuk menegakkan agamaMu,..
~Alhamdulillah, InshaAllah~
No comments:
Post a Comment