Tuesday, January 11, 2011

Kelas Arab

Hari ni, pagi jumaat. Biasanya aku turun main futsal...
Tapi sekali lagi hujan, sama seperti minggu yang lalu...
Lalu aku sambung kembali ke alam mimpi...

Terjaga kembali, bunyi nya seperti lebat...
Kesejukkan membuatku gigil,
Tekakku semakin kering,
Suaraku serak...sakit,
Selesema ku masih tiada baiknya.
Aku sambung tidur.

Hati ku tak tenang, aku bangun memaksa diri,
rupanya jam tepat menunjukkan 9.25 pagi...

??????????? KELAS ARAB!!!!

Aduih, terlambat lagi aku, 5min lagi nak mula dah..
Tapi biasanya muallim (teacher) tu pun lambat datang jugak..
Lalu, aku terus bersiap, bergegas ke sana............

* * * * * * * * * * *

Belajar arab? adalah perkara yg sangat penting bila kat Mesir ni. Tuk cakap dengan masyarakat, jiran, kawan, penjual, driver bus.... boleh kata dgn semua orang lah. Nak nampakkan lagi kepentingannya, bila masyarakat mesir sendiri tak ramai yg tahu speak English. Nak tak nak kena lah cakap Arab kan.

Agak-agak boleh tak antum bayangkan bila org yg tak tahu nak 'kalam Arabi' kat sini?

Fuiiihhh, susah bila tak ada basic langsung!!!,
kita tak faham orang, orang pun tak faham kita.. kan?

Go to fullsize image
bluurrr....


Kalau kat Mesir ni dorang boleh dikatakan bual bahasa Arab 'kampung' (amiyyah).
Macam kita kat Malaysia lah kan. Takkan nak ckp bahasa buku/baku??

Hee, Tapi ana tetap ikut kelas bahasa Arab Fushah (rasmi).

Kerana apa?
-lughatul jannah-
-bahasa yg digunakan pd zaman Rasulullah saw-
-senang faham Quran-
-bahasa yg difahami di negara2 lain juga-

Haa.. mcm kat Malaysia lah. yang selama ni kita belajar kat sekolah agama, tulah dia.
Tapi malangnya, belajar kat dalam kelas, lepas tu tak praktikkan..
Last2, hanyut mcm tu je ilmu bahasa Arab... haihh, rugii!

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Hari tu, adik ana dapat 5A UPSR! lupa nak cerita kat sini.. heheh..
Tahniah!!

(Raja Muhammad Shahqir Bin Raja Abdul Rashid)

nama dia lagi panjang drpd ana. huhu...
Berhubung dengan kejayaan Aqer ni, ana terus cadang tuk dia amek subjek tmbhn Arab kat sekolah. Kalau tak nak score pun, at least belajar.

Biasa lah, budak2 tak yakin boleh bawak subjek baru. Lagi2 mcm subjek 'asing' drpd orang lain kan. Ana kata belajar kat sekolah agama mmg tak cukup.

Then, bila Aqer tak yakin yg dia boleh bawak subjek tu, apa ana kata?
Ana kata mcm ni,

"Aqer dapat 5A UPSR, tapi Abg Izad dapat 2A je UPSR.
Pastu Abg Izad dapat 7A PMR. kan jauh tu? Cuba Aqer tengok Abg Izad sekarang.
Kat mana? kat Mesir kan?
Maksudnya kat sini, Abg Izad nak Aqer sedar,
yang Aqer ni lagi pintar,
yang Aqer sebenarnya boleh pergi jauh drpd Abg Izad.
Satu kerugian kalau Aqer terhadkan pembelajaran Aqer sedangkan
Aqer MAMPU!"

"When there is a will, there is a way"
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Aqer pun setuju! =.="

So, cmne? nak masuk sekolah mana pulak?
Dah tentu tak nak sekolah asrama. huhuh

Pastu kebetulan kat Jay Bee tu, ada sekolah yg agak terkenal.

View Image
[sekolat sultan ismail, johor bahru]

sebab ada kawan ana yg sebelum ni amek Arab komunikasi kat sini.
si Shahqir ni pun suka nak masuk sekolah ni, ramai kawan dia ada situ,
Okay, daftar lah!

(",)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Tapi, sampai satu masa, hari pendaftaran sekolah....
Hati rasa SEDIH, KECEWA, HAMPA, DUKACITA...

View Image
sebab pada hari tu, baru jelas bahawa sekolah tu hanya open kelas bahasa Arab tuk perempuan sahaja.

aikk, pelik je? tak adil langsung!!
padahal sekolah tu memang campur laki perempuan.
Tapi sampai bahasa Arab je, kenapa perempuan shj???

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Nak buat mcm mana kan.. dah sistem sekolah tu cmtu..
agak sedihla sebenarnya..
pasti ada hikmahnya....

Tak apa lah Aqer, belajar pandai2....
cuma hafaz Quran tu jangan la tinggal. (",)

(Two Heart Brothers)




Monday, January 3, 2011

2011 menjelang..

Lama dah x post blog kat sini...
Kadang2 tu...banyak je idea nak taip, tapi takde kesempatan masa yg cukup...
Takpelah, buat masa yg ada ni, ana taip je apa2 yg sempat.... inshaAllah...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Bismillah,


Bulan lepas (Disember 2010), ana ter'join' satu program besar, yg diringkas pada satu tajuk, "B.O.O.M." yg membawa maksud "blooming out of mediocrity". Kenapa ana kata 'terjoin'?
Sebabnya mmg la nak ikut program ni, sebab mcm best katanya. Tapi masa tu ana x sure program apa BOOM nih.. x sure berapa lama makan masa utk program nih...


Dapat tahu semua ni, bila dah jadi ahli...iaitu selama 2mggu, di mana selepas tamat 2mggu prgram ni adalah 'Final exam module'. Aduhh, tertiba frust, tension, stress.. time majlis perasmian program tu. Mmg cadangnya nak tarik diri. Tapi, bila difikirkan balik, tak baik lah kalau keluar sedangkan ramai lagi yg nak join program ni, tapi tak terpilih. Mgkin mmg ana yg ditakdirkan utk ke program ni. Ok, takpe.. teruskan..

. . . . . . . . . . . . . .

Program bermula dgn sesi ceramah motivasi, sesi pengenalan (ta'aruf), sesi LDK... dan banyak lagi... Sepanjang program juga, ada pertandingan yg dijalankan cthnya: debat/debate, public speaking, quiz general/medics/sudoku dll, dan persembahan umum.

Haaa.... dapat tau je pasal debat, mmg konfem x nak! sbb perlu lebih lagi persediaan yg byk makan masa, sedangkan terikat dgn program2 lain, inikan pula dengan pertandingan. Begitu juga dgn yg lain, mmg lemah la kalau nak join apa2 pun. Cuma, setelah difikir panjang, memandangkan ramai org mengambil bahagian, ana pun terus memilih utk mengetuai persembahan umum.

Rasa2nya persembahan apa yg akan ana buat? Of coz la DRAMA! (",).. Alhamdulillah, sebelum ni ana byk sertai pertandingan dlm bidang lakonan, ada lah juga belajar tatacara main pentas,
contact with audience.. cm2 lagi lah.

Then, we (my team in BOOM) decided to make a short movie before we perform on the stage. Sangat best sebab dapat pengalaman dalam mengarah satu cerita walaupun ringkas. Baru terasa mcm mana indah dan puasnya, bila satu cerita yg kita bayangkan dalam dunia khayalan dapat disampaikan pada masyarakat melalui gambaran dan lakonan. Seolah2 itulah hasil kejayaan.
Baru terasa mcm mana menjadi 'pengarah filem'.

Kadang2 tu, ada je terasa marah, tension, bila cameraman dah ada, janji pada suatu masa dan tempat, tapi pelakon nya pula ada yg tak datang, lambat datang. mmg menguji kesabaran..... itu lah yg dialami oleh pengarah-pengarah filem biasanya. Sebab tu, perlunya kerjasama dalam apa2 aktiviti dalam satu kumpulan! Apa yg penting?? KERJASAMA!!!

. . . . . . . . . . . . .

Tibalah masa yg dinanti2 kan, utk mempersembahkan drama yg ada kurangnya latihan, tapi lengkap persediaan pada hari terakhir majlis BOOM! Antara perkara yg membanggakan kami semua (kumpulan ana), semua peserta mengambil bahagian masing2 dlm persembahan, utk setiap scene. Tanpa rehat, di mana semua ada tangguhjwb masing2 setiap kali scene diteruskan hingga ke penutup drama.

Ketika itu, kami menghadapi satu mslh besar,.... pentas yg disediakan bukan seperti yg kami jangkakan. Kami bayangkan pentas yg kosong, lapang.. yg dapat mudahkan kami susunatur pentas dgn props.. tapi malangnya, lain pula..... pentas tu penuh dgn meja besar...komputer...
But in the end, walaupun ada gnguan pentas...kami dapat tamatkan dgn jayanya. inshaAllah.. nanti lau dah upload video tu, ana share kat blog ni. Okaylah... tak menang pun, sbb lebih masa 8minit. Tak kesah pun, sbb logiknya drama kat stage mmg lama, standard time utk drama contest 30minit.tapi dlm progrm ni hanya 10minit. Mcm mana kan?? then,Cuba jelah yg terbaik!

[pictures n video to be uploaded here]

Friday, November 26, 2010

Tahun baru nak buat apa?

Alhamdulillah
(calendar ni adalah hadiah dari Abg Din Bujang 5th year sempena hari jadi ana yang ke19, syukran)


Seperti biasa, masuknya tahun baru, kenalah ada azam baru.
Azam atau tekad atau keinginan yang sentiasa diperbaharui akan membuat kita
berfikir luas, berlakunya anjakan paradigma dalam diri, proses mengubah diri dalam pelbagai aspek.

Di sini, berdasarkan pengalaman ana, ana just nak share, walaupun ana tau,
ana bukan lah yg terbaik utk dicontohi, tapi antum juga yg berfikiran cerdik pandai
mampu membezakan yang mana satu betul atau salah,
yang mana satu berhak atau tidak,
yang mana satu patut diutamakan atau tidak,
yang mana satu penting...

maka fikir-fikirkanlah,
yang baik kita contohi, yang buruk kita jauhi.

(apa nak buat 2011 nih?)
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Jadi di sini, ana ingin sarankan kita semua utk perbaharui atau pertingkatkan lagi
segala amal, peranan, tanggungjawab, hasil yang pernah kita lakukan
sepanjang tahun yang lepas...

Tidak lupa juga! untuk kita kenangkan kembali kesilapan atau kekurangan kita
tak kira dari aspek apa sekali pun, we need to list down!

Kadang2 ada perkara yg kita tak sedar, kita boleh tanya org yg berdekatan dgn kita,
mungkin direct atau indirect!

Kalau cara ana sendiri yg indirect, ana tampalkan A4 paper kat dinding bilik ana
mcm kat gambar nih.!


(ni tahun lepas punya, dah lama, saja bagi contoh)


Setelah diambil kira secara kasar utk perkara yg lepas, kita fikirkan
jalan penyelesaian, yang memerlukan sokongan yg kuat
terutama pada diri sendri, itu lah dikatakan 'azam'.

Dengan azam baru, kita bercita-cita utk mengejar sesuatu,
adanya matlamat, membuat kita belajar menghargai masa.
Harap antum dapat join sekali utk kita fikirkan tentang masa depan!
Jadi, untuk berazam, apa yang perlu ada? apa yang perlu buat?
mcm mana?




Perlulah strategi.. bab2 ni sering dianggap remeh oleh para remaja seperti ana sendiri.
Dianggapnya pula, 'membuang masa bila fikirkan perkara sebegini'

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Membina Peribadi Diri

Dalam membina strategi, ana cuba bahagikan dalam matlamat dalam 3 aspek:


Mental
'Manusia yang bermasalah adalah manusia yang normal'. Akal fikiran yang dikurniakan sangat berperanan untuk mengawal segala pelakuan seharian kita. Justeru, akal juga perlu dilatih untuk menguatkan lagi daya fikiran dalam menyelesaikan masalah. Sebagai pelajar perubatan di Mesir, ana bertekad untuk menguasai Arab Fushah, kenapa? klik di sini. Kaya dengan ilmu selain dari ilmu perubatan juga amat penting, terutama dalam bidang politik dan agama, yang ana sendiri sedar betapa ceteknya ilmu ana. 'Nak jadi ulat buku!' termasuklah ilmiah dan motivasi. Jadi, untuk laksanakan semua perancangan perlunya pembahagian masa yang betul. InshaAllah ana cuba untuk stick pada jadual harian sendiri untuk tahun ini.

Fizikal
'Latihan mental memerlukan bantuan fizikal'. Pernah juga kita dengar, 'badan cergas otak cerdas'. Umumnya, kita memerlukan riadah atau sukan bagi merehatkan minda kita pula. Dalam bab ini, lebih disarankan untuk mengikuti rasa minat masing-masing. Secara peribadi, ana suka untuk pelajari 'martial arts'. Adalah juga serba sedikit ilmu yang ana ambil dari seni tari silat, tae kwan do dan kungfu. Tapi malangnya, ana bukanlah berguru sehingga tamat pengajian seperti yang dilakukan oleh ahli lain. Biasanya ana pilih jurus yang ana minat sahaja untuk dipelajari. Antara pergerakan yang menarik seperti video di bawah:


(belum boleh lagi utk kick ni, tapi nak latih dalam tahun ni kot)


Tambahan pula, syukur ke hadrat illahi, kerana keinginan ana sejak kecil tercapai, iaitu membeli 'punch bag'. (boleh lihat picture bawah) Boleh dikatakan sebagai teman baru dalam rumah, kami (ahlil beit) juga senang dengan adanya barang ni, tak perlu kami untuk beriadah di luar lagi. Malah ia juga tempat untuk kami lepaskan segala stress yang ada. :D




Spiritual
Alhamdulillah, semakin hari ana semakin didedahkan dengan ilmu agama (sirah, tauhid......),
kadang-kadang terasa kesal kerana waktu dulu ana sekolah agama selama tetapi tidak dizahirkan hasil pembelajaran selama 7tahun. Padahal ajarannya yang terlalu luas sehingga merangkumi Ilmu Tauhid, Faraid, Jenayat,.... Bahasa Arab juga selama 7tahun, tapi hakikatnya bagai tak pernah mempelajari langsung. Ya Rabb! Oleh itu, perlulah belajar dari kesilapan iaitu "belajar bukanlah semata-mata untuk imtihan, tapi untuk kehidupan". Dalam membentuk peribadi muslim, perlunya makanan rohani yang berterusan (Hadith dan Quran), kerna Iman pada diri tak selamanya constant, ada juga naik turun, tatkala setinggi mana iman seseorang mampu tergoda dengan keindahan dunia. Bersamalah kita saling mengingatkan.




~InshaAllah~
-tak nak lalai-
-disiplin setiap masa-
-belajar Arab dan mantapkan BI-
-practice futsal-
-kickboxing-
-Quran n Hadith per day-
-kawal kemarahan-
-istighfar 70x sehari-
-ikhlas setiap perkara-
-baik dgn semua orang-
-mumtaz exam tahun ni-
-dakwah kpd, ahli beit, kwn sekeliling, family-
-jaga pelakuan-
-tak nak jadi malas-
-sentiasa bersyukur-
-redha dengan segala yg berlaku-
-membentuk peribadi muslim yg ideal-
~Ameen~


(dengan izin Allah swt)