Assalamualaikum,
Seperti biasa, sihat semua? Dan seperti biasa juga, nak kata memang yang ana ini sedang sibuk. Maklumlah, ana dilantik untuk jadi pengarah program sambutan Aidiladha di bumi Iskandariah, Mesir.
Sajalah nak share pengalaman ana sepanjang mengarah dan melaksanakan program. Masa mula-mula ana diberi kertas kerja, ana agak terkejut ‘kenapalah ana yang dipilih, bukan orang lain?’ , kawan-kawan ana juga yang cadangkan nama ana. Tapi ana tak kesah, ana terima saja. Cuma, masalah awal yang ana nampak dan mungkin masalah yang agak berat adalah….. pengurusan ibadah korban! Ini bermaksud ana kena berurusan dengan orang Arab tentang harga binatang, tentang ternakan, tentang tempat penyembelihan. Nak mencari orang Arab yang menguruskan binatang korban pun satu hal lagi. Allahu Robbi. Tapi tak apa lah, ana cuba sedaya upaya untuk menguruskannya… Hal ini kerana….
Allah telah berfirman di Akhir Ayat Surah Al-Baqarah:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….”
Ya, ana sambut tugasan yang diberi. Dan bermulalah perjumpaan pertama bersama AJK2 lain. Dalam masa 2minggu sebelum majlis, kami sempat merangka program 3hari…
6hb Nov 2011 - Solat sunat aidiladha, khutbah dan jamuan untuk 300 orang
7hb Nov 2011 - Ibadah korban (ikhwah) dan rewang untuk jamuan (akhawat)
8hb Nov 2011 – Jamuan hari raya untuk 1500 orang (keseluruhan penduduk iskandariah perubatan)
Dalam proses kami merangka program, timbullah lagi satu masalah baru yang sangat berat. Ya3ni, kekurangan bajet. Apa tidaknya, kalau hidangan untuk seorang itu bernilai 10LE, berapa totalnya kalau untuk 1500 orang? 15000LE? Ya Rabb…. Mana mau cari semua dana ni…
Tapi Allah itu Ar-Rahman…Allah itu Ar-Rahim. Kami dibantu oleh seorang senior yang sukarela untuk membantu dalam pengurusan ibadah korban. Dan kami menerima bantuan dari Mara, Restoran KSP, tabung infak pelajar dan bilangan binatang untuk dikorbankan saja dapat mampu menampung lauk-pauk jamuan hari raya 8hb Nov. Alhamdulillah…… J
Secara keseluruhan, majlis berjalan lancar, meriah dan mendapat sambutan yang agak ramai. Jazakumullahu khairan kathiran kepada timbalan ana dan AJK2 lain………. J
( More videos and photos will be uploaded soon inshaAllah)
alhamdulillah :) tima kasih jgk sbb byk menolong :) -widad-
ReplyDeleteprogram yg diadakan bjaya menghidupkan suasana aidil-adha walau kita semua jauh di perantauan. terima kasih semua,pengarah dan ajk2 pelaksana program :)
ReplyDeleteTo Widad:
ReplyDelete- Alhamdllh, terima kasih atas sokongan dan kejesama. inshaAllah nanti kita buat postmortem :)
To Nur Atikah:
- Syukurlillah, sambutan pun meriah. memang suasana itulah yg kita harapkan. jzkk :)
yup, kadang-kadang kita buntu nak selesaikan sesuatu masalah..
ReplyDeletesengaja Allah tetapkan sebegitu jalannya, untuk kita lihat sejauh mana pergantungan kita pdNya..
tatkala Allah mendengar dan menjawab permohonan kita, baru lah kita sedar betapa lemahnya kita dan betapa Pengasihnya Dia..
semoga terus berbakti dan memberi, jzkk
salam.
ReplyDeletesyukran jzz.. maaf dah lama baca cuma baru tergerak nak komen..
maaf kalau sepanjang gerak kerja banyak kekurangan. dan terima kasih sebab sudi bagi tunjuk ajar, banyak belajar dari sini :)
akhir kalam, selamat bertanding utk AJKT nanti.. insyaAllah kami doakan yang terbaik untuk tuan pengarah. hee :)