~Revolusi Mesir~
Sebaik sahaja aku turun dari pintu kapal terbang Oman Airways, rasa bagai ribut melanda. Aku tertanya, “ini angin dari kipas kapal terbang atau cuaca kat sini?”. Naik bulu roma, tak menyangka Mesir masih lagi Winter.
Lebih sejuk lagi, pabila kami berhenti di sebuah Masjid untuk Jama’ Ta’khir. Ya Allah, sejuknya air. Gigil menggeletar mengangkat takbir.
Keadaan di Iskandariyah tenang seperti waktu ketika dulu, tapi masih lagi terlihat kereta kebal di kawasan al-bahr (tepian laut). Apa tandanya? Mungkin itu satu langkah keselamatan. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami melihat anak-anak muda mengibarkan bendera Mesir, ada yang menjual peralatan atau barangan yang bertemakan negaranya (macam souvenir) di tepian jalanraya berdekatan dengan Gami’ Ibrahim, dan tiang-tiang lampu jalanraya habis dicat bercorakkan warna bendera Mesir.
Ini lah semangat juang penduduk Mesir!!
Pelbagai reaksi warga Mesir melihat orang Malaysia di perjalanan.
1) Ada yang menyambut kami dengan baik.
2) Ada yang bertanyakan bila rakan-rakan lain akan kembali ke Mesir.
3) Ada yang kelihatan gembira di kedai-kedai, barangkali dapat membantu micro-economy penduduk sini.
4) Ada juga yang berkata, 'POOYA! pooyaa....!' (perangai tetap sama)