Memandangkan esok menjelangnya hari pengundian AJKT Perubatan Cawangan Iskandariah, bersamaan 30hb Disember 2011, ana ingin menyeru dan mengajak sahabat-sahabat perjuangan di Iskandariah ini untuk bersama-sama turun mengundi ‘wakil pelajar’ bagi mengetuai dan menjawat jawatan tinggi dalam Persatuan PERUBATAN.
Sebenarnya, hal ini adalah refleksi kehidupan kita di Malaysia kelak. Kenapa ana katakan begitu? Kerana Islam mementingkan hal dalam memilih ‘ketua’. Hatta, dalam kubur nanti bakal disoal oleh Malaikat, “Pemimpin yang bagaimana yang kamu pilih?”. Boleh kata keadaan ini diperkatakan sebagai ‘politik’. Sesungguhnya politik dalam Islam adalah fadhu kifayah, manakala perjuangan menegakkan islam itu adalah wajib. Dan menyokong perkara yang munkar adalah haram. Itulah prinsip yang sepatutnya ada dalam pemikiran ataupun fikrah sahabat-sahabat sekalian.
Dan ana sebagai wakil yang bertanding dalam pilihanraya AJKT Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI), sangat menghargai kepada yang mencadangkan (saudara Fittry) dan menyokong (saudara Fakrul) ana untuk bertanding. Apa yang ana boleh katakan di sini adalah, ana mencuba yang terbaik bagi memenuhi kehendak sahabat dan perjuangkan Islam. inshaAllah, sesunggahnya kalah atau menang itu adat pertandingan dan kita hanya mampu merancang, dan Dialah Perancang terbaik!
Tibalah suatu masa, sahabat ana ada bertanya, “sejauh mana anta berkempen?” Dan dia terus mengatakan, “Macammana kita nak berserah, kalau tak ada usaha?”. Allahu Robbi, terdiam ana seketika, sememangnya kita tidak boleh mengambil remeh tentang amanah dan ana sedar dengan bertanding ini ana membawa harapan sahabat ana juga.
Sebaik sahaja pengucapan dan pembawakan manifesto selesai diutarakan, ada pula usaha sahabat Tahun 3 (Sam, Hasif, Rafsan, Azim, Ismul, Hifzi, Paru dll yang menyokong) yang sanggup meluangkan masa untuk buat video. (mungkin termasuk dalam ‘kempen’ kami) Jutaan terima kasih, jazakumullah khair…..
Akhir kata di sini, undilah yang terbaik. Kerana ini tanggungjawab bersama yang bakal mengubah masa depan PCI dalam memperjuangkan Islam (Islam bukan sekadar agama, tapi sebuah sistem yang merangkumi semua bidang). Sukacita di sini, ana ingin berkongsi kata-kata Saidina Abu Bakar dalam khutbahnya yang berbunyi:
“Aku menjadi pemimpin kerana kamu yang pilih, bukanlah kerana aku yang terbaik, kerana ramai lagi yang terbaik di kalangan kamu……”
Terima kasih semua !
No comments:
Post a Comment