Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Pejam celik pejam celik,
Tanpa disedari,
8 Syawal pun kini.
Belum terlambat untuk ana ucap Salam Lebaran. Kalau di Singapore, diucap pula ‘Eid Mubarak’. Mohon maaf salah dan silap, zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ana. Semoga hubungan kita semasa Muslim berkekalan hingga ke Jannah kelak.
Tanpa disedari juga, semakin dekat hari untuk pulang ke Mesir. Ya Rabbi, berat sungguh hati ingin pulang dengan masalah yang tak pernah selesai di sini. Kalau antum tanya, ‘masalah apa?’ Ana tak pasti untuk menjawabnya. Hanya Allah yang Maha Tahu akan nasib hambaMu ini. Permudahkanlah ya Allah…
Kalau diizinkan, inshaAllah ana akan ceritakan segalanya di sini nanti…
Selain itu juga, syukur ana satu hajat dah pun selesai. J Hajat apa tu ya? Nak tahu? Hehe..
Hajat apa lagi kalau berkenaan dengan hajat seorang anak lelaki yang bujang. Ana sempat mengatakan pada Abah semasa bersalaman di pagi raya sambil berkata “….3 atau 4 tahun lagi ”. Riak mukanya agak terkejut. “K***i* ??? “ Abah pun diam dan tersenyum saja. J
Tak salah kalau berhajat, yang lain terserahlah padaNya yang mengaturkan perjalanan hidup kita. Kalau sampai masanya, tiba jodohnya, adalah hikmahnya. inshaAllah
Okay, setakat ini saja,
"Ya Allah, kalau seseorang itu bukan jodohku, mohon dijauhkannya dariku dan digantikan dengan yg lebih baik. Dan jika memang dia jodohku maka berikahlah petunjukMu supaya didekatkan dengan caraMu dan aturanMu"
Aku copy paste doa, aku baca semula.. kita aminkan sama2 ek..haha
ReplyDeletehahah...ok2. Mohon diperkenankan ya Tuhan :)
ReplyDelete