Sunday, September 12, 2010

Puasa Enam?? Bila nak kena buat?

Puasa 6? puasa apa tu? bila nak kene buat??
xpnh tau pun...


haa. itu lah persoalan yg timbul di fikiran ku time syawal 2thn lepas.
dapat tau 'puasa 6' pun dari kwn yg puasa masa raya.

Aku terperanjat sgt, bila dapat tau kawan aku puasa time raya.
"Eh, kenapa kau puasa? Kan ramadan da habis.. time ni lah nk beraya..
pergi rumah org, dapat makan2,..."

_______________________________________________


Bila difikirkan balik.. ya Allah, kenapa aku begitu jahil ttg agama?
padahal puasa itu lah yg 'normal' dalam islam,
tetapi aku tetap fikirkan 'x normal' bgi ku dulu..

_______________________________________________


Tapi aku syukur, sepanjang ku di Mesir, aku rasa diri ku di'bimbing',
aku rasa diri ku 'berhijrah',
aku rasa 'bagai kan baru mengenal islam',

_______________________________________________

Hati ini berbisik:
"Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang benar"

Dan aku bertekad untuk tunaikan puasa enam pd Syawal kali ini
kerana...

Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang puasa pada Ramadan kemudian diikutinya dengan puasa enam hari pada Syawal, maka ia seperti puasa sepanjang tahun."
(Riwayat Muslim drpd Abu Ayyub)

Dan ada juga seorang insan yang berilmu menasihati aku masa ramadan yang lepas, beliau berkata:

"buat lah puasa enam, kerana kamu bagaikan peroleh kemenangan sedangkan orang lain tidak melakukannya"

________________________________________________

OK lah, kali ni x kira apa pun, aku mmg nak buat puasa 6,
tapi.. syawal tu sebulan, bila masa nya nk puasa??

Tak pe, mungkin kalian juga ada yg confuse utk bila nya nak berpuasa enam..
so,
macam mana ni? bila agaknya? perlukah disegerakan atau dilambatkan?

Allah SWT telah berfirman:

"Maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan"
(Surah al-Maaidah, ayat 48)

Menurut Imam Ibnu Kathir, dalam ayat ini,

"Allah SWT menganjurkan agar bersegera dan berlumba-lumba membuat kebajikan"

So, jelas lah kita sepatutnya menyegerakan puasa enam kerana melambat-lambat kan boleh membawa pelbagai masalah, (mcm study lah, x kan nk bertangguh, problem nanti)
Ini adalah pandangan Imam al-Syafie dan Hambali tetapi masih diboleh kan kita
sempurnakan shingga p'tengahan atau akhir bulan.

Imam al-Nawawi berkata:

"Sahabat kami(Mazhab al-Syafie) berkata bahawa disunatkan berpuasa enam hari Syawal kerana ia ada disebutkan dalam hadith. Mereka berpendapat, sunat berpuasa secara berturut-turut. Tetapi, jika seseorang melewat-lewatkannya, ini dibolehkan kerana ia masih mengikut panduan hadis. Kami tidak mempertikaikan pandangan ini, malah ia juga pandangan Ahmad dan Abu Daud."
(kitab al-Majmu' Syarh al-Muhazzab)

__________________________________________________

Sebenarnya, bukanlah menjadi syarat puasa itu dilakukan berturut-turut. Kalau berasingan pun tak apa. Diboleh kan, inshaAllah.
Lebih cepat kita sempurnakan, maka lebih baik lah kan. ^.^

Tetapi andai kata kebetulan ada tetamu atau kita berada dalam MAJLIS MAKAN masa kita puasa,
maka hukumnya HARUS untuk kita berbuka time tuh.

Rasulullah SAW bersabda:

Maka telah datang Abu Darda' dan dia membuat sedikit makanan untuk Salman.

Abu Darda' : "Makanlah kerana aku berpuasa."
Salman : "Aku tidak akan makan sehingga kamu makan."

Maka Abu Darda' pun makan.... dan

Salman : " Tuhanmu mempunyai hak ke atas kamu, rohmu mempunyai hak ke atas tubuhmu dan keluargamu mempunyai hak atasmu. Maka berilah hak kepada mereka yang berhak"

Kemudian, Abu Darda' berjumpa Rasulullah SAW dan memberitahu Baginda akan hal itu dan Rasulullah SAW berkata: "Salman benar".


No comments:

Post a Comment