Thursday, September 30, 2010

2nd year life makin BUSY

pejam celik pejam celik
dah hampir 2 minggu ana kat mesir..

MESIR lagi? ya Allah, mcm xde perkembangn je kat alex ni..
masih lagi kedengaran 'pooya-pooya',
masih lagi kedengaran 'teen-teen',
adui.. serabut bila tgk orang arb ni..

Tapi ada satu perkara yg nampak makin maju,
skg ni da ramai student sekolah dia pakai uniform..
lau x, sebelum ni boleh kata semua pakai seluar jean bila
pegi sekolah..

_____________________________________________

tak pe lah tu sume tak lah penting pun,
life ana sendiri x terurus kat sini,

sampai2 je Alex, terjumpa ramai junior..
oooh, musyrif lagi?
tak pe lah, x kesah pn..
mcm ana juga last year..
ada yg musyrif tolong2...
______________________________________________

Tapi, ada bnde yg lagi penting..
as a student yg dah ponteng 4 hari x g university!
haa.... 12 jam lecture, TBL, 2practical habis tertinggal..
STRESS bila kene study sendiri..

Yelah, ana ni bukan lah jenis yg 'genius'
boleh cepat faham n hafal...
masih lagi cm student yg kat 'kelas hujung'

but, here I stand...to catch up all of 'em,
Alhamdulillah, it's progressing...

___________________________________

sampai satu hari tu,
ada buat perlantikan baru utk SR(student representative) baru
utk Lecture B.!

haa...masing2 cadang kan nama...
entah kenapa... tiba2 kedengaran nama ana tercalon sekali,
aduih!
biar betul ni...sapa tu yg cadangkan?
then... setelah diambil undian...
ana juga yg terpilih utk jadi SR BARU!

hati jadi makin tak tenteram, boleh ke handle ni?
dah la nk guide 1st year, study byk lagi x habis,
huisy... tapi masih cm x percaya, yang ana ni jadi SR.

Tapi, syukur lah sebab kawan2 bagi kepercayaan kat ana
yang boleh laksanakan tugas...
inshaAllah boleh je..

Walau cmne pn, ana tetap give up utk pegang jwtn SR.
kenapa ye?

sebab ana lebih selesa handle Medicmesir student,
boleh jadi wadah utk berdakwah,
(ha betul kata ummi)

lagi,sebab nk catch up study,
uisy, lagi 10hari nk exam lah!
TAKUT!!

lastly, sebab ana juga masih tak de TAJAAN,
masih tgu jawapan dari Mara, yayasan negeri, baitulmal...
kalau masih x dapat, cmne nak bayar 2nd year?
(terpaksa quit study ke?)

. . . . . . . . . . . .

Bila fikir pasal tajaan?
Ya Allah, hanya Kau yg maha Mengetahui,
betapa risau nya hati ini,
Tabahkan lah aku dalam menuntut ilmu
di bumi Mesir ini..
-Ameen-


Sunday, September 12, 2010

Puasa Enam?? Bila nak kena buat?

Puasa 6? puasa apa tu? bila nak kene buat??
xpnh tau pun...


haa. itu lah persoalan yg timbul di fikiran ku time syawal 2thn lepas.
dapat tau 'puasa 6' pun dari kwn yg puasa masa raya.

Aku terperanjat sgt, bila dapat tau kawan aku puasa time raya.
"Eh, kenapa kau puasa? Kan ramadan da habis.. time ni lah nk beraya..
pergi rumah org, dapat makan2,..."

_______________________________________________


Bila difikirkan balik.. ya Allah, kenapa aku begitu jahil ttg agama?
padahal puasa itu lah yg 'normal' dalam islam,
tetapi aku tetap fikirkan 'x normal' bgi ku dulu..

_______________________________________________


Tapi aku syukur, sepanjang ku di Mesir, aku rasa diri ku di'bimbing',
aku rasa diri ku 'berhijrah',
aku rasa 'bagai kan baru mengenal islam',

_______________________________________________

Hati ini berbisik:
"Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang benar"

Dan aku bertekad untuk tunaikan puasa enam pd Syawal kali ini
kerana...

Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang puasa pada Ramadan kemudian diikutinya dengan puasa enam hari pada Syawal, maka ia seperti puasa sepanjang tahun."
(Riwayat Muslim drpd Abu Ayyub)

Dan ada juga seorang insan yang berilmu menasihati aku masa ramadan yang lepas, beliau berkata:

"buat lah puasa enam, kerana kamu bagaikan peroleh kemenangan sedangkan orang lain tidak melakukannya"

________________________________________________

OK lah, kali ni x kira apa pun, aku mmg nak buat puasa 6,
tapi.. syawal tu sebulan, bila masa nya nk puasa??

Tak pe, mungkin kalian juga ada yg confuse utk bila nya nak berpuasa enam..
so,
macam mana ni? bila agaknya? perlukah disegerakan atau dilambatkan?

Allah SWT telah berfirman:

"Maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan"
(Surah al-Maaidah, ayat 48)

Menurut Imam Ibnu Kathir, dalam ayat ini,

"Allah SWT menganjurkan agar bersegera dan berlumba-lumba membuat kebajikan"

So, jelas lah kita sepatutnya menyegerakan puasa enam kerana melambat-lambat kan boleh membawa pelbagai masalah, (mcm study lah, x kan nk bertangguh, problem nanti)
Ini adalah pandangan Imam al-Syafie dan Hambali tetapi masih diboleh kan kita
sempurnakan shingga p'tengahan atau akhir bulan.

Imam al-Nawawi berkata:

"Sahabat kami(Mazhab al-Syafie) berkata bahawa disunatkan berpuasa enam hari Syawal kerana ia ada disebutkan dalam hadith. Mereka berpendapat, sunat berpuasa secara berturut-turut. Tetapi, jika seseorang melewat-lewatkannya, ini dibolehkan kerana ia masih mengikut panduan hadis. Kami tidak mempertikaikan pandangan ini, malah ia juga pandangan Ahmad dan Abu Daud."
(kitab al-Majmu' Syarh al-Muhazzab)

__________________________________________________

Sebenarnya, bukanlah menjadi syarat puasa itu dilakukan berturut-turut. Kalau berasingan pun tak apa. Diboleh kan, inshaAllah.
Lebih cepat kita sempurnakan, maka lebih baik lah kan. ^.^

Tetapi andai kata kebetulan ada tetamu atau kita berada dalam MAJLIS MAKAN masa kita puasa,
maka hukumnya HARUS untuk kita berbuka time tuh.

Rasulullah SAW bersabda:

Maka telah datang Abu Darda' dan dia membuat sedikit makanan untuk Salman.

Abu Darda' : "Makanlah kerana aku berpuasa."
Salman : "Aku tidak akan makan sehingga kamu makan."

Maka Abu Darda' pun makan.... dan

Salman : " Tuhanmu mempunyai hak ke atas kamu, rohmu mempunyai hak ke atas tubuhmu dan keluargamu mempunyai hak atasmu. Maka berilah hak kepada mereka yang berhak"

Kemudian, Abu Darda' berjumpa Rasulullah SAW dan memberitahu Baginda akan hal itu dan Rasulullah SAW berkata: "Salman benar".


Thursday, September 9, 2010

Syawal menjelang lagi..



Syukur..Syukur..Syukur..
Alhamdulillah
selesai sudah ibadah puasa..
ibadah terawih..
dan
syukur sangat bila sempat khatam kan pmbacaan Quran sepanjang Ramadan.,



"O Allah, Thank you very much"

Tanpa disedari,
Ramadan pergi,

Syawal datang kembali,
kuih raya diberi,

Setiap insan jadi 'happy',
Syaitan pula jadi 'free',

Kemalangan jalan raya berlaku sana sini,
bersama kita ingat kepada mati,

Orang beraya ziarah menziarahi,
Salah silap bersama dimaafi.


Get This from CyArena.com

Send to Friends email