Tuesday, September 6, 2011

Sekadar hajat

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Pejam celik pejam celik,
Tanpa disedari,
8 Syawal pun kini.

Belum terlambat untuk ana ucap Salam Lebaran. Kalau di Singapore, diucap pula ‘Eid Mubarak’. Mohon maaf salah dan silap, zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ana. Semoga hubungan kita semasa Muslim berkekalan hingga ke Jannah kelak.

Tanpa disedari juga, semakin dekat hari untuk pulang ke Mesir. Ya Rabbi, berat sungguh hati ingin pulang dengan masalah yang tak pernah selesai di sini. Kalau antum tanya, ‘masalah apa?’ Ana tak pasti untuk menjawabnya. Hanya Allah yang Maha Tahu akan nasib hambaMu ini. Permudahkanlah ya Allah…
Kalau diizinkan, inshaAllah ana akan ceritakan segalanya di sini nanti…

Selain itu juga, syukur ana satu hajat dah pun selesai.
J Hajat apa tu ya? Nak tahu? Hehe..
Hajat apa lagi kalau berkenaan dengan hajat seorang anak lelaki yang bujang. Ana sempat mengatakan pada Abah semasa bersalaman di pagi raya sambil berkata “….3 atau 4 tahun lagi ”. Riak mukanya agak terkejut. “K***i* ??? “ Abah pun diam dan tersenyum saja.
J

Tak salah kalau berhajat, yang lain terserahlah padaNya yang mengaturkan perjalanan hidup kita. Kalau sampai masanya, tiba jodohnya, adalah hikmahnya. inshaAllah

Okay, setakat ini saja,


"Ya Allah, kalau seseorang itu bukan jodohku, mohon dijauhkannya dariku dan digantikan dengan yg lebih baik. Dan jika memang dia jodohku maka berikahlah petunjukMu supaya didekatkan dengan caraMu dan aturanMu"



Thursday, August 18, 2011

Amalan di akhir Ramadan

Salam Ramadaan!

Bertemu lagi kita hari berpuasa ke-19. Dan jarang sekali untuk update blog. Biasalah, cuti di Malaysia ni cuti panjang. Blog pun turut cuti!
J

Jadi hari ini, saya ingin mengajak anda semua untuk terus kuatkan lagi semangat serta momentum untuk terus beramal dalam 10 malam terakhir Ramadan. Sebabnya, ia menjadi hakikat bahawa semangat untuk beraya turut bersemarak di akhir Ramadan bagi ummat Islam di Malaysia. Tanpa disedari, amalan di bulan yang penuh barakah ini juga turut berkurangan.

Antara amalan Nabi Muhammad SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:

1. Melakukan qiamullail;

2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;

3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);

4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;

5. Iktikaf dalam masjid.

Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)

Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan khusus kepada malam terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul qadar yang disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai: “Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”

Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: “Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu”.

Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan keluarganya pada 10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan yang dewasa yang mampu melakukan solat.

Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat dituntut ke atas Muslim ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.

Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf juga harus kita contohi. Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi SAW pernah mandi sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian Abu Huzaifah mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat gemar mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk iktikaf.

Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya.”

Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.

Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”

Dalam zikir kita,
“Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah, yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar.”

Selain itu, tambahan juga bagi lelaki dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan silaturahim.”

Friday, August 12, 2011

Balik Jaybee lagi!


[naik gulf air]

Bila difikirkan balik, dalam masa dua tahun ana belajar kat Mesir, empat kali ana balik ke Malaysia. 4 kali? Ahahah. Mesti ramai yang tertanya-tanya, rasa pelik. Tak kan homesick kot. Lepas tu, ada pula orang yang tanya, ada ke duit untuk beli tiket? Ada orang kata yang aku ni banyak ‘sources’. Aiihhh…

Payah-payah nak menjawabnya. Semua ni rezeki Allah… Dan atas sebab tertentu , terpaksa pulang ke Malaysia. Pelbagai urusan yang perlu diurus. Urusan apa? Biarlah rahsia… Terlalu personal untuk diceritakan. Heheh

Setibanya di rumah, WOW.. banyak perubahan rumah ni.. pokok banyak dah kene tebang…..nampak halaman makin luas, bot pun tinggal satu (ada yang dah dijual), ada tambah garaj (nak beli kereta baru ke?)…. [rumah under renovation]

* * * * *

Dah hampir seminggu ana meninggalkan Mesir, kadang-kadang tu terasa rindu juga untuk terawih di sana. Suasana nya dah tak sama macam kat Malaysia sekarang. Apa-apa pun, bersyukur juga lepas rindu pada keluarga ^.^

Nasib akak pun tengah cuti, menanti masa untuk ‘grad’ bulan 9 nanti! Aqer yang semakin membesar hampir sama tinggi dengan ana. Cehyt bangga lah tu. Abah semakin kelihatan sakit, mungkin terlampau penat bekerja. Mama pun okay je…Biasa lah, ana selalu sembang tentang k*h**n dengan mama ^.^

* * * * *

Sebenarnya tak banyak modal pun untuk dipost kat sini. Saja update. Nanti ada orang kata dah lama tak update kan. inshaAllah nanti adalah perkara menarik untuk di share kat sini.



Ramadan Kareem!!