Sunday, February 13, 2011

Kejutan di rumah? (Part 6)


9 Feb 2011

Jam 3.00pm, seramai 150 pelajar Mesir tiba di Changi Airport! (termasuk aku)
wow..



Negara termaju di Asia Tenggara!
patutlah carpet terbentang di setiap kawasan dalam Airport, dah macam kat hotel dah.



Hati dah tak sabar nak balik rumah. dah dekat sangat pun. Berbanding dengan pelajar lain, ada yang duk kat Kedah, Kelantan, Terengganu..... aduhai, sampai malam, atau pun esok nya baru sampai ke rumah la jawabnya. Sdihh... huhuh

Tak pelah, Biasanya aku yang susah, turun kat KLIA (pastu nak turun ke Selatan, penat juga), tapi hari ni, memang dipermudahkan sangat2....Alhamdulillah.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Macam biasa, di Singapore kami ke Woodlands (pintu keluar Singapore/emigresen S'pore) dengan menaiki 4buah bus.

Tanpa banyak soal jawab, kami ke imegresen Msia pula (tambak Johor).
Waahh.... bandar JB dah pun kelihatan?



Aku pun terus tanya pada pegawai yang bertanggungjawab dalam bus tu,


Aku: Kak, boleh tak saya turun bas sekarang? Rumah saya dah dekat sangat, saya boleh balik sendiri.
Pegawai: Maaf, saya tak akan lepaskan kamu semua, melainkan ada parents yang datang mengambil kamu.


??? Alamak?!!!
Macam mana ni, bila difikirkan balik, memang betul pun apa yang diperkatakan tu. Memang lah kami ni dibawah tanggungjawab dia. Alaa...... mcm mana nak buat suprise..
hancur semua plan. Cuba juga contact akak (yang ada kat UTM Skudai, Johor), tanya pendapat dia,

Hello, akak? mcm mana nih??..

Kata akak, "Mama tu tengah risau, Izad tak contact apa2 pun. Lagi satu, susahlah nak buat kejutan kat mama, sedangkan nama awak tu dah ada kat internet, dalam senarai nama pelajar yang tiba di Singapore hari ini. Bila2 je boleh terkantoi kat mama"

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Kami (pelajar) dihantar ke Bukit Timbalan, Johor Bahru iaitu perhentian pertama sementara kami diberi makanan, dan bersolat jama' ta'khir di sana. Dan di situ juga para pelajar dibenarkan pulang jikalau ada keluarga yang datang menjemput.

Entah, macam mana, mama call Izad, tergelak ketawa dengan gelagat aku yang tak berjaya buat kejutan. Mama dapat tahu segalanya dari Ummi Mazwati, dan akak pun dah jelaskan perkara sebenar pada mama.

Haha.. tak jadi!! Sedih gembira bercampur baur pada hari itu. Pada hal, kalau ikut plan pun, dah best dah! huhuhuh. It's ok. It's meant to be like that. =.=

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Suprise kat mama dan aqir, memang dah tak jadi.
Tapi apa pula yang berlaku kat rumah? hehe



Apa boleh buat kalau dah 'jet lag', tidur jelah...
Setelah berjam-jam-jam-jam tidur mati, tak sedarkan diri..


"Izad, jangan bangun tau, tidur je, stay dalam bilik ni, sebab abah baru balik, ada kat depan", mama kejut dengan senyuman.


Tak lama kemudian, abah jejakkan kaki dalam bilik dengan nada tinggi/marah/terkejut..

Abah: Eh, kenapa budak ni tak pergi sekolah? Ponteng? (abah terfikir yang Izad ni Aqer (adik))
Mama: Budak tu demam, tak pergi sekolah lah, tak larat. (mama tersengih)


Aku yang berpura2 tidur, hampir tergelak. Tertanya-tanya, 'adakah aku ni kecik sangat macam Aqer? atau Aqer tu dah makin besar macam aku?' huuhu,


Abah: Eh..Eh.(gaya memerhati), Eh..(abah semakin dekat), ini Ijad ke? (muka pelik)
Mama: Aih, anak sendiri pun dah tak kenal? Siapa lagi tu? (mama tersengih lagi)
Abah: Aik, macam mana dia boleh balik sini? Siapa amek dia? Bila dia balik? bila dia sampai sini?.......(x percaya)

Go to fullsize image

ehehehe, penuh dengan tanda soal,
abah seolah-olah tak percaya yang mama mampu drive dari rumah ke KLIA dengan sendiri
(padahal dari rumah ke Bukit Timbalan, Johor. je)






Friday, February 11, 2011

Dari Jeddah ke Johor ? (part 5)

8 FEB 2011

Lebih kurg jam 4ptg, list name tuk next flight dah tertulis. (No. giliran sehingga 2091)

Masih belum lagi giliranku. Aduih, bila lagi ni. Tinggal aku, kubong, wan hasif n ali. Zikri, shahir, ismul, bony, meo, alif, udie n aizat dah gerak ke airport.
Makin boringla jwbnya. Apa boleh buat, balik ke gudang(tmpt tidur kami) biasalah suasana kat sana, semua org 'bergelimpangan' terbaring x tentu arah, sunyi, gelap, suram,, suma org tidur. Tmbah2 keadaan pelajar yg da makin kurg kat dlm tu. aku pun tidurrr..


-lebih krg jam 6pm-

"shah.. Oo shah! Bangun2 cepat. Shah!! Bangunlah.. List name kita dah kuar kat situ. Kene gerak skrg!!"

"list utk flight balik msia ke? (mamai)"

"yelahhh, JOM Kita kemas brg weih"

-me and kubong-

Kelam kabut dibuatnya, dah la baru bgn tido.. Terus g mandi jap.. Pastu kemas barang yg agk bersepah.. Nasib bek on time kumpul kat depan blok C Bangunan Asrama Tabung Haji.


Siap semua naik bus, kami terus ke airport Jeddah yg x kurang cantiknya (jikalau nak dibandingkan international airport el-noza alexandria, boleh dikatakan bagai langit dgn bumi)

(di Airport Jeddah)

.........................................................



Tibanya di sana kami menerima tiket utk ke Singapore naik Saudi Arabian Airlines.


(flight ticket)

"eh, jap2. Kalau kita ke singapore, camne nak ke Msia?"

"tapi bagus jugaklah, senang aku nak balik rumah. Dah dekat sgt dah tu ngn singapore!!" (",)

"Tapi camne ni, kredit dah habis. Topup lupa letak mana. Tak sempat contact mama n abah. Cmne nak amek Izad kat Cangi Airport Singapore???"

Sedangkan dah janji ngn mama nak
Sms before fly....
Aduiih..
Pening..
Risau..
Buntu..

Tapi rupa-rupanya, semua pelajar akan dihantar ke KLIA dgn menaiki bus dari Singapore directly ke sana.

Haaaa...
Tiba2 timbul satu idea..

"Apa kata kalau aku ikut je bus dgn student lain otw ke KL, tapi aku drop kat bandar jay bee. Then, nek taxi ke rumah.."

"WOW!!! Ni yang best buat mama terkejut, tiba2 tengok anak bujangnya berdiri kat depan rumah!!"

SUPRISE!!!!!! =.="

(inshaAllah plan okay dah kot)

-written on airplane-

(Saudi Arabian Airlines)


Confuse di Jeddah (part 4)

7 FEB 2011 [asrama bangunan tabung haji]

Terkadang ku terasa bagai di Maahad.
Terkadang ku terasa bagai di Shopping Complex.
Terkadang rasa gembira sebab keadaan benar2 di bumi Jeddah.
Terkadang rasa sedih sebab rasa bagai di Malaysia.

Kenapa?

Seolah2 dua jenis golongan yg asing dikumpulkan di satu tempat.
Seolah2 ada yg dah nikah, ada yg belum nikah.

Tatkala ada yg berkopiah,
Tatkala ada yg perang rambutnya,
Tatkala ada yg berpurdah,
Tatkala ada yg terjuntai rambutnya.

Pelik benar..

Waktu yg sebegini masih lagi diambil kesempatan utk ber'dating'. Tak kesah lah kalau mereka yg dah berkahwin.

Sehinggakan terlafaznya kata2 larangan dari salah seorang yg mengurus di situ.

Keadaan agak sukar utk dikawal,
Fenomena 'couple' semakin menjadi2...

..................................................


Abu Daud dan at-Tirmidzi

Hadith yang diriwayatkan oleh
Abu Daud dan at-Tirmidzi
:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya."

Huraian
1. Seorang muslim mukmin yang sebenar sepatutnya menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar serta mencegahnya, bukan terus duduk bersama orang yang berbuat maksiat kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa mereka redha dengan maksiat dan kekufuran yang dilakukan.
2. Membiarkan perlakuan maksiat merupakan satu maksiat (dosa). Perbuatan ini akan mengundang bala daripada Allah SWT yang akan menimpa bukan sahaja ke atas pelaku maksiat semata tetapi terhadap semua anggota masyarakat.
3. Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan adalah satu bentuk tanggungjawab sosial. Ini bukanlah untuk menjaga hal ehwal (tepi kain) orang lain melainkan untuk memelihara kepentingan bersama kerana keharmonian dan ketenteraman dalam masyarakat hakikatnya dapat menjamin kehidupan yang aman dan damai bagi seluruh penduduk sekitarnya.