Friday, February 11, 2011

Evakuasi (Part 3)


4/2/2011

Kami diarah utk berkemas dan kumpul di bgnn mara sebelum jam 12pm. Sume student wajib pergi kerana ini satu arahan dari kerajaan Malaysia, di mana semua pelajar diwajibkan balik.

Keadaan penuh sesak di bangunan Mara (iskandariyyah). Suma alexandria student tidak kira jurusan apa sekali pun kene berkumpul (kecuali kepada anak negeri Sabah sahaja yang ada urusan tersendiri dlm pengurusan evakuasi.





1st list name flight ke Jeddah - Akhawat terutamanya bersama 1st year students.
2nd list name flight ke Jeddah - All 2nd year, 3rd year and rest of 1st year students
...


Kami ke mattar(airport El-Nozha) dalam pukul 5.30pm.
Kami berkumpul dalam perkarangan airport, tapi tidak dibenarkan masuk lagi disebabkan 1st group yang nak fly tadi pun, masih stranded di airport. So, kenalah queue........

Agak lama kami stay kat situ, boring....keadaan sangat sejuk....
hujan... lapar....



Sampai kul 11mlm baru lah kami check in. Tp rupanya c449, blum smpi lagi. Kami diminta tgu. Pd mse yg sama kami dibekalkan mknn. Terima kasih walid.




Kami ngntoq dan terus tidur. Sering terjaga dlm jam 2 hingga 4 pg. Akhirnya kedengaran alunan azan berkumandang oleh salah sorg antara kami menandakan masuknya waktu subuh.

Sehingga jam 7am 5/2/2011 masih tiada sebarang berita ttg c449. Kami masih menunggu walau dah. Bermastautin lebih 12jam kat sini


Dalam jam 7.30am,
Kapal charlie mendarat di elnoza
Masing2 teruja x sabar nak naik dan terus terbang.

Kami diarah utk bergerak ke charlie utk
Meletakkan beg2 yg pada mulanya disyaratkan 7kg bg setiap student.

"tentera udara diraja malaysia" tertera di atas badan kapal. Teringat kembali cita2 lama yg kononnya ingin menjadi seorg tentera. Takpelah, ke arah menjadi seorg doc itu inshaAllah takdir yg benar.



Masing2 berpusu2 mengangkut beg, lantas diikat diruangan luas dalam kapal terbang. Keadaan dalam kapal terbang terlalu simple, tanpa kerusi, tingkap nya yg sikit, tapi hanya penuh dgn peralatan tentera udara terikat di setiap dinding kapal. (kami dilarang mengambil sebarang gmbar ketika di dlm kapal terbang C449)



Pelajar2 masuk sedikit demi sedikit memenuhi ruangan yg ada di dalam Charlie. Kami diarah utk bersila rapat tanpa ruang kosong bg membenarkan semua pelajar (lbh kurang 200/ramai) dapat naik bersama. Susun atur beg dan pelajar, toilet service dan lain2 makan masa sehingga 2 jam sebelum kami pesawat berlepas.

Enjin dipanaskan dlm beberapa minit. Pintu masuk pesawat di bhgn belakang ditutup dgn perlahan2. (bagai filem di TV yg mana tentera udara terjun di bhgn belakang pesawat. Sepatah kata kami x dengar hanya bertemankan bunyi enjin yg terlalu kuat dan bising. (rupanya tanpa disedari charlie mula bergerak dlm keadaan laju) Pesawat berlepas kira2 jam 10.30 pagi.

Jam 3pm pesawat pun mendarat. (serius x mcm airplane yg komersial/lagi style cara dia mendarat ;)) Kami disambut oleh urusetia yg menguruskan makanan kami di sana. Kami dibekalkan dgn makann angkatan tentera. (ada juga dibekalkan dgn kampit beras, tin sardin, bebas utk mengambilnya)

Kami beratur masuk je pintu airport beransur2. Agak terkejut bila terlihat ratusan barangkali juga ribuan org malaysia. Ternyata mereka adalah sebahagaian pelajar dari cairo.

Agak penat di sana. Kami stay dlm airport jeddah hampir 9jam. Dan wktu tgh malam 5feb kami bertolak ke bagnn tabubg haji.

Kami dikumpulkan di situ. Boleh dibayangkan betapa ramainya student malaysia di mesir. Dalam lingkungn 3000 org pd mlm itu, ada yg bermalam di asrama dan kami ditempatkan di dewan. Xpelah kot. Alhamdulillah sbb dpt rehat. Masing2 tidur.

Kami stay di Bangunan Tabung Haji buat beberapa hari.


Wednesday, February 9, 2011

Aku ditahan oleh Askar Mesir (Part 2)

Jam 4.00pm (3/2/2011)

Dari Camp Sheazar, aku terus ke bangunan Mara atas sedikit urusan perlu dilaksanakan. (jumpa walid)

Jam 15.15pm

Hari dah lewat, aku kene berpatah balik ke rumah atas kerja yg sangat penting (berkaitan dgn ad hoc). Tapi dah diingatkan supaya jangan keluar time ni, sbb dah waktu curfew which is start from 5pm. Semua yg tahu ana nak keluar dari bgnn Mara, terus nasihatkan jgn keluar. Tapi, aku ada kerja kene settle kat rumah tu, nak siapkan senarai nama pelajar 2nd year yg masih ada di Alex. Aku pun keluar senyap2, tanpa dilihat oleh orang lain. (cuma ada sorg pakcik tu, diam, tengok je huhu)

Jam 15.20pm

Dalam perjalanan pulang, pada awalnya kami (aku dan pemandu teksi) ditahan oleh sekumpulan anak muda. Seram sejuk dibuatnya. Takut. Dengan keadaan tiada polis. Dengan sambil lewa anak-anak muda tu nak 'paw' aku. Nasib baiklah, kocek jubah hanya bertemankan handphone, tanpa dompet. Alhamdulillah, teksi dibenarkan lalu tanpa banyak soal.

Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi tu sering menanyakan passport dan kerneh(card ID/lln). Betapa pentingnya 'IC' masing2 utk dibawa andai kata disoal jwb oleh orang awam. Makin seram aku, kot2 ada lagi yang menahan teksi ni di hadapan.

Tak lama kemudian, di lebuhraya bahagian bahr (laut), ternampak kenderaan tersusun rapi, beratur. Aduh, rasa tak sedap hati. Terlihat juga 2 buah kereta kebal, dikawal rapi oleh sekumpulan tentera bersama senjata. Jantung berdegup laju. Pemandu teksi minta aku utk bertenang dan keluarkan kerneh. Aku dah kata, aku tak bawak apa2 kerneh.

Sehingga tibalah giliran teksi di garisan pertahanan tentera. Salah seorg yg menjaga menanya dan meminta kerneh/passport/lesen kepada pemandu teksi. Mereka melihatku dgn musykila, sambil tertanya "man hua?"

Aku terdiam, mmg benar tanya pasalku. Pemandu teksi tu try back-up, dia terangkan segalanya yang aku ni datang 'kosong' tiada passport dan apa2 kerneh, kerna ditinggalkan di beit(rumah).
Setelah habis berbicara. Aku diarahkan keluar dari pintu teksi. Dan diarahkan untuk berjumpa dengan seorang askar yg berpangkat tinggi berhampiran dgn kereta kebal.

Ya Allah, aku ni dah la keseorangan, kalau ditahan mmg nahas lah aku. Sebelum ni ada je pelajar Malaysia yg ditahan sebab keluar pd waktu 'curfew', tapi diorang beramai-ramai. Okay lagi lah cmtu. tak seram sangat. Tapi camne dengan aku sekarang nih?

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Perbualan antara askar denganku (terjemahan dengan sikit olahan)

Aku: Assalamualaikum
Askar: Waalaikumussalam
Askar: Siapa kamu? (dia bertanya sambil senyum)
Aku: Nama saya Shahrizad. (aku terus jawab)
Askar: Ada passport?
Aku: Tiada tuan, saya tinggalkan di rumah, Camp Shezar. Maaf tuan.

(Dia buat muka pelik, tapi aku yakin dia baik orangnya)

Askar: Mahu ke mana?
Aku: Ke rumah, Camp Shezar (sekali lagi ku ulang dengan nada yang sangat takut)
Askar: Kamu belajar mana?
Aku: Kuliah perubatan, Gama'ah Iskandariyyah.

(Gayanya seperti ingin menahanku, cuak, seram, takut, tertanya2 bila agaknya aku dilepaskan)

Askar: Kamu ke mari menaiki apa?

(aku terdiam, agak lambat nak fahami apa yg dipersoalkan, makin cemas.... dia pun menunjukkan ke arah longgokkan kereta yang ditahan di belakangku, bertambah cemas lagi, aku melihat tiada lagi teksi yang ku naiki tadi... Ya Rabb, hanya kau bersamaku pd saat ini.)

Aku: Eh, mana teksi?
Askar: Mana kenderaannya?

Aku: Haa....SANA!!

(Alhamdulillah, terlihat teksi itu parkir jauh sedikit di kawasan tentera, sambil pemandunya melambai2 kan tangan)

Askar: Pergilah.
Aku: Syukran. (",)
Askar: Afwan.
Aku: Jazakallahu khair.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Syukur, memang pengajaran penting yang ku dapat. Waktu yang sangat genting, dalam menguruskan hal penting, sambil terlupa soal keselamatan. Aku terus pulang ke rumah, dengan rasa kesal tak akan keluar lagi waktu diperintahkan berkurung tanpa identiti diri.

Wednesday, February 2, 2011

Berjaga malam di Iskandariyah, Misr. (Part 1)

Alhamdulillah.....

Hari ni 2 Feb 2011, jam 4pm kami warga Malaysia berjaya access ke alam internet. Masing2 mengadap laptop, update facebook, baca berita, contact2 orang Msia......Sume orang happy, xlah bosan sgt duk rumah sentiasa(curfew hour).

Sekadar utk laporan di bumi Iskandariyah, Mesir.

Syukur keadaan semakin stabil. Rusuhan pun berlaku di jarak yg jauh sikit dari rumah ana.
Cuma adalah kesan2 bakar kereta, kenderaan polis, bangunan... hangus legam...


(kereta awam hangus)
(Lokasi kebakaran terletak berhadapan dgn Kuliah Tibb(perubatan), Gam'aa Iskandariyah)


(Lori tentera hangus dibakar, masih berasap ketika gambar ambil)


Setelah berlaku rusuhan yg agak aggresif, tentera turut turun padang bersama kereta kebal bagi menjaga keamanan setempat.


(kereta kebal style)


Dan sampai satu masa, polis pun 'hilang' dari kawasan rumah ana.
kenapa? Mungkin dorang takut kene serang dgn masyarakat setempat. So, kwsn rumah ana mmg totally xde polis. Sape2 nak buat jenayah, bebas tiada 'sistem pertahanan'.

Dan ada juga berita mengatakan bahawa 'gudang senjata' telah dipecah masuk oleh orang awam. Dan banduan dari penjara selamat terlepas dari jagaan polis. Then, ? siapa nak jaga keamanan setempat? polis pun dah xde........

Yang bagus nya, kwsan rumah ana sendiri ada cm 'rukun tetangga', golongan syabab(pemuda) dan dewasa masing2 berjaga malam jaga di imarah(bangunan rumah), jalan raya.... Masing2 bertemankan senjata (kayu, besi, pisau, lembing). Terkadang tu, bila dah boring teman2 juga diorng jaga kwsn rumah ni.

Baik lah, sebenarnya bnyk lagi yg nak cerita. inshaAllah, nanti sambung lagi......wassalam.