Saturday, January 5, 2013

Bila nak kahwin?

"Shah, bila nak kahwen?

Aku dengar kau dah plan nak kahwen.

Siapa calon kau?

Bagitahu lah aku, then, aku bagi tahu calon aku pulak. hehe. "

Dialog seperti ini seringkali berlaku dalam kalangan pelajar universiti. Tambah2 lagi, pelajar mesir ni, semakin masuk musim imtihan, semakin banyak kali disembangkan perihal kahwin. Kadang-kadang perkara ni pun membuatkan aku fikir.

Adakah perlu kahwin awal?

Aku dah ada calon ke?

Entah, kalau ada pun, tak kan nak cerita kat sini. public sangat kot! hehe.

Tak tahu kenapa hari ni terdetik nak taip tentang kahwin. Mungkin sejak kebelakangan ni, ramai sangat yang berbincang dan cadang nak kahwin. Takpelah, bincang perkara yang baik, moga Allah permudahkan.

Bagi aku, memang kahwin awal ni memang banyak hikmahnya; antaranya iman kita akan lebih terjaga, hati kita akan lebih terpelihara. Dan kerana itu juga kekasih Allah pernah bersabda, agar kita memilih calon isteri kerana agamanya.

Dalam bab yang paling banyak dibincangkan adalah dalam memilih calon yang terbaik. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, betul ke tindakan ini? betul ke keputusan ini? betul ke pilihan ini?

Dengan izin Allah swt, aku cuba untuk istiqomah dalam menyiapkan diri untuk lebih matang, sematkan ilmu agama secukupnya, dan lazimkan mohon petunjuk dariNya............

Sahabat aku pernah kata, "keputusan yang meyakinkan apabila keputusan itu dibuat secara mudah dan tenang perjalanannya". Tiada keresahan hati? Aku tertanya kembali dalam diri aku. Lalu sehingga kini, aku tetap terus beristikharah menghadap Allah di sepertiga malam.

~to be continued~

Saturday, December 29, 2012

Singgah Sebentar

Bismillah..

Assalamualaikum wbt, apa kabar?

Ada orang ke? Tak pasti lah ada orang baca ni ke tak. Kalau betul ada, Allahu Rabbi... sungguh tak percaya, dan terharu. TERIMA KASIH kerana 'Singgah Sebentar' di ruangan yang sangat lama ni.

Hari ni terdetik nak buka balik blog ni, bila baca balik, scroll down, teringat saat-saat dahulu. Ada saat indah, ada saat duka. Ya Allah, sungguh cepat masa berlalu.

Boleh kata, aku 'tawakufkan' penulisan ini semenjak aku dipilih untuk menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Setahun aku pegang jawatan ni, setahun juga aku tak update blog ni. Muhasabah.

Sebenaranya, bila kita fikirkan balik, dengan penulisan sebegini adalah umpama diari hidup kita. Di sini, kita boleh kenal semula diri kita yang lama melalui bait-bait kata. Allah.... sungguh bila baca balik, tergamam seketika. Termenung sejenak, MUHASABAH ........

Sekali lagi nak tanya, ada orang ke yang baca ni? Haha. Tak kira lah siapa pun yang baca, ini kan blog peribadi aku. Cumanya, sangat RUGI lah kalau kita tak jadikan ini sebagai medan dakwah.

Akhir kalam, nak kongsi hadith yang sangat femes, inshaAllah ramai orang tahu.

Rasulullah saw berkata,

"Orang yang bijaksana adalah orang yang memikirkan kehidupan selepas mati"

MasyaAllah, sangat beruntung kalau kita fokuskan diri kita akan kehidupan di akhirat kelak. Ada sesetengah ulama' menafsirkan juga.... golongan yang bijaksana ini bukan sahaja 'MEMIKIRKAN' tapi mereka juga 'BERSEDIA' untuk kehidupan selepas mati.

Ada juga kalam ulama',

"Orang yang bodoh adalah orang yang yakin dosa-dosanya diampunkan Allah setelah melakukan kesalahan"

Astaghfirullah, sedangkan kekasih Allah yang maksum juga menunaikan solat sunat taubat. Inikan pula kita yang sentiasa lalai dari jalan Allah?


~Moga kita berjumpa lagi :) ~

Tuesday, June 12, 2012

Kembali JIHAD

Salamun Alaykum. Apa khabar semua? Allahu Robbi, terlalu lama ana tinggalkan blog ini. Asif Jiddan, semenjak ana semakin sibuk (dari dulu asyik sibuk je) menjawat jawatan sebagai AJKT Perumahan, ana semakin meninggalkan alam penulisan blog ini. Jadi, ada apa2 cerita ke? Hari ini ana sekadar post balik, reactivate blog menandakan ana masih wujud di dunia ini. inshaAllah dari semasa ke semasa ana akan update (walaupun sedikit, tapi kena update juga). Mungkin boleh cerita pengalaman sebagai AJKT? mumkin ? ^-" Bi iznillah.... sekarang pun dah nak habis tahun 3, terlalu cepat masa berlalu. Ya Allah, kau bantulah hamba-hambaMu agar semuanya dapat mengurus masa dengan baik. Bak kata ulamak, hidup sebagai seorang pendakwah atau pejuang Islam, tiada istilah rehat dan masa 24jam diperuntukkan memang tak cukup. Kerana tugas sebagai pendakwah tak pernah selesai....hakikatnya, lihatlah kehidupan di sekeliling kita? Orang bukan Islam yang menjatuhkan Islam. Orang Islam yang tak kenal erti kehidupan Islam. Semua pelbagai ragam. Akhir kalam, ana nak kongsi kata-kata ini.... " JIHAD Perjuangkan Islam wajib mekar di setiap dasar hati yang mencatat لا إله إلا الله محمد رسول الله " Allahu 'Alam.

Tuesday, February 21, 2012

Wali Allah dan Karamahnya [part 1]

Alhamdulillah, waktu winter break ini lah percutian yang paling bermanfaat yang pernah ana lalui. Syukur, Allah datangkan satu jemputan untuk satu program jaulah di Kaherah, menziarahi makam-makam wali Allah swt (>25 makam). Pengalaman yang sangat bermanfaat, bak kata Ustaz Nazrul, menziarahi orang mati seumpama menziarahi orang yang masih hidup. Hikmah dan berkat yang dirasai tak mampu untuk diceritakan pada antum. Sehinggakan terasa kehilangannya bila hendak meninggalkan makam selepas ziarah. Allahu ‘Alam.

InshaAllah, ana cuba kongsikan pengalaman dan ilmu yang ana terima seharian jaulah tersebut, nama Wali Allah dan karamahnya. Subhanallah………


[Al-Fadhil Ustaz Nazrul]

__________________________________________________________________


1.
Sheikh Ahmad Al-Ghumari


Ketika beliau hampir wafat, beliau berusaha untuk bangun (dari tempat yang direhatnya), tetapi muridnya tidak membenarkan agar beliau dapat berehat sebaiknya. Tapi beliau cuba untuk terus bangun, namun muridnya sekali lagi tidak membenarkan. Dan kali yang ke-3 beliau cuba untuk bangun, beliau berjaya untuk bangun dan sempat mengucapkan, “Ahlan wa sahlan Ya Rasulullah”. Rupa-rupanya, Nabi saw (bersama Malaikat maut) datang dan sambut beliau ketika beliau wafat. Dan tak lama selepas itu, beliau terus wafat.

Beliau mendapat gelaran Al-Hadith. Gelaran ini hanya diberi kepada sesiapa yang menghafal lebih dari 300 000 hadith Rasulullah saw.




* * * * *

2. Sidi Abu Muhammad Abdullah



* * * * *

3. Sidi Ali Al-Khoas





Beliau digelar An-Nasabah, kerana antara karamahnya adalah dapat mengetahui nasab Nabi Adam as dan nasab binatang. Ini bermakna apabila beliau bertemu dengan sesiapa sahaja (manusia atau pun binatang) beliau dapat mengetahui asal usul keturunan makhluk tersebut.

Terdapat karamah lain, beliau menerima ilham terus daripada Allah dalam bidang perubatan. Ada juga masyarakat yang mohon beliau untuk menulis kitab tentang perubatan, namun beliau tidak mampu. Kerana hikmah ubat yang diberikan hanya berhasil apabila menerima ilham dari Allah yang Maha Kaya.

Selain itu, beliau sangat teliti dalam perniagaannya iaitu dengan menjual minyak wangi. Sifat waraknya terserlah ketika jualbeli berlangsung, beliau sapukan tisu (atau sejenis kain kecil) kepada bekas minyak buat timbangan minyak yang dijualnya kepada pembeli, kerana kesan minyak yang tertinggal di bekas itu juga adalah hak kepunyaan pembeli.

* * * * *

4. Sheikh Ramly

Beliau merupakan seorang yang fakih dalam Mazhab Imam Syafi’e. Hampir kesemua ilmunya diajarkan pada anaknya.




Baru-baru ini, makamnya runtuh akibat tanah mendap. Jadi, tindakan yang diambil adalah dengan memindahkan jasadnya ke makam yang baru. Ketika itu, Allah yang Maha Agung zahirkan jasad dan wajahnya, dan kelihatan janggutnya yang masih sempurna. Bak kata ulama’, “Allah swt telah haramkan bumi makan jasad para Anbia”.



* * * * *

5. Imam Sya’rani




Beliau merupakan murid kepada Sidi Ali Al-Khoas dan juga menjadi guru kepada Imam Munawi. Beliau juga berfatwa dengan kesemua mazhab (Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi).


Pada suatu majlis ilmu beliau, terdapat kehadiran seekor anjing (jelmaan jin) yang sedang menggigit kertas. Anjing itu membawa beberapa soalan-soalan yang tidak dapat dijawab oleh ulama’-ulama’ jin dan ingin disampaikan pada Imam Sya’rani untuk dijawabnya. Pada mulanya, orang ramai tidak membenarkan anjing itu masuk ke dalam majlis ilmu tersebut. Namun, hakikat anjing itu adalah jin, dan ia jalan terus menembusi dinding untuk mendekati Imam Sya’rani. Dan beliau mampu menjawab soalan-soalan itu. (sejarah lengkap mengenai soalan-soalan dari anjing (jin) itu boleh dirujuk kitab karangan Imam Munawi, kalau tidak silap)



Terdapat satu lagi kisah dalam majlis ilmu, ketika beliau bersama murid-muridnya. Sebaik sahaja beliau menyentuh satu bekas makanan di dalam majlis tersebut, bekas makanan itu pun bercakap(suara), “Apabila wali Allah sudah menyentuhku, maka aku tidak benarkan sesiapa pun selepas itu”. Tak lama kemudian, bekas itu pecah dengan sendirinya. Karamah wali Allah ini disaksikan oleh murid-murid Imam Sya’rani.

* * * * *

6. Sheikh Ali Nuruddin


Beliau merupakan orang yang pertama mengadakan majlis selawat berjemaah di Masjid Azhar. Antara amalan harian beliau adalah selawat ke atas Nabi saw sebanyak 10 000 kali. Beliau mula berselawat pada waktu Isyak sehingga waktu Subuh.

Dan antara karamah yang diceritakan adalah dalam peristiwa kapal tenggelam. Dalam peristiwa itu, sekumpulan yang turut tenggelam bersama kapal, datang pada Sheikh Ali Nuruddin dan mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan mereka. Beliau berapa pelik kerana tiada satu pun usahanya menyelamatkan mangsa-mangsa kapal tenggelam itu. Namun mereka tetap yakin bahawa Sheikh itu yang menyelamatkan mereka. Hakikatnya, Allah yang Maha Pemurah telah menyelamatkan mereka dengan menzahirkan seorang yang menyerupai Sheikh Ali Nuruddin untuk tarik mereka keluar dari ditenggelami air.

* * * * *

7. Imam Sultan Hanafi

Gelaran ‘sultan’ diberikan padanya, apabila orang ramai lebih mengikuti kata-katanya dari mengikuti kata-kata pembesar (raja/sultan/ketua) pada waktu itu. Anak-anak murid beliau juga adalah Wali Allah. Hal ini apabila Sultan Hanafi ingin memanggil semua anak muridnya, beliau hanya meninggikan suara dan anak-anak muridnya akan hadir padanya tidak kira sejauhmana jarak tempat dan masa. Allah swt permudahkan perjalanan wali-waliNya.

Imam Sultan Hanafi merupakan seorang yang sangat pemurah. Pada suatu hari, ketika beliau pulang dari Mekah dan membawa pulang air zamzam, terdapat seorang insan datang kepadanya dan meminta air zamzam tersebut. Dengan sifat pemurah yang ada pada beliau, beliau merelakan pemberian air zamzamnya pada insan itu. Dan setibanya beliau di rumah, anak-anak beliau bertanyakan tentang air zamzam. Sebagai seorang ayah dan seorang yang kaya dengan sifat pemurah, beliau tidak menjawab bahawa ‘air zamzam itu sudah tiada’. Antara langkah yang diambilnya adalah dengan berdoa pada Allah, memohon pertolongan.

Dengan keizinan Allah yang Maha Pemurah, terpancutlah satu mata air, yang mana rasa airnya itu seumpama air zamzam sebenar. Allah itu Maha Kuasa, telaga air itu masih wujud di masjid Sultan Hanafi yang berada di Kaherah. Dan sesiapa yang datang menziarahi makamnya, bolehlah minum dan rasai air dari telaga itu.



* * * * *

8. Saidatina Zainab Binti Saidina Ali

Beliau merupakan kakak kepada saidina hasan dan husin.



* * * * *


9. Muhammad Bin Sirin


Terdapat ulama’ yang bermimpi bahawa kubur Sheikh Muhammad Sirin terletak di Kaherah (merujuk kepada gambar). Namun makamnya yang sebenar berada di Basrah.


Antara kata-kata beliau adalah, “Barangsiapa yang mimpi berjumpa dengan Allah, maka dia akan masuk ke syurga”.

* * * * *

10. Saidatina Nafisah





Saidatina Nafisah adalah cucu baginda, Muhammad saw. Berdekatan dengan maqamnya, terdapat tempat khalwat wali Allah yang lain.

Terdapat suatu kisah yang menarik, sewaktu pinangan suaminya (Ishak Muktaman) ditolak oleh penjaga Saidatina Nafisah. Ishak Muktaman berasa kecewa atas ketidakpenerimaan pinangannya, lalu beliau pergi ke makam Nabi Muhammad saw. Beliau mengatakan bahawa pinangannya itu bukanlah atas dasar lain melainkan agama yang ada pada Saidatina Nafisah. Selepas itu, Nabi saw hadir dalam mimpi penjaga Saidatina Nafisah agar dikahwinkan bersama Ishak Muktaman. Maka, kahwinlah mereka seperti yang perkatakan oleh Nabi saw (dalam mimpi itu). Seperti pendapat para ilmuan, tiada siapa yang boleh ingkar, kalau itulah suruhan dari kekasih Allah, Muhammad saw.




Menurut pendapat para ulama’, di kawasan makam Saidatina Nafisah adalah tempat mustajab bagi doa yang khusus berkenaan jodoh.




Pernah seketika dahulu, suaminya ingin memindahkan jasad (mayat) Saidatina Nafisah ke Madinah. Namun orang-orang Mesir pakat ramai-ramai untuk memujuk Ishak Muktaman agar tidak dipindahkan jasad itu, dan moga ada barakah jatuh di Mesir. Dan Nabi saw juga turut hadir dalam mimpi Ishak Muktaman, mengatakan perkara yang sama. Moga ada barakahnya di bumi Mesir, inshaAllah.



Thursday, December 29, 2011

Undi yang terbaik

Assalamualaikum wbt

Memandangkan esok menjelangnya hari pengundian AJKT Perubatan Cawangan Iskandariah, bersamaan 30hb Disember 2011, ana ingin menyeru dan mengajak sahabat-sahabat perjuangan di Iskandariah ini untuk bersama-sama turun mengundi ‘wakil pelajar’ bagi mengetuai dan menjawat jawatan tinggi dalam Persatuan PERUBATAN.

Sebenarnya, hal ini adalah refleksi kehidupan kita di Malaysia kelak. Kenapa ana katakan begitu? Kerana Islam mementingkan hal dalam memilih ‘ketua’. Hatta, dalam kubur nanti bakal disoal oleh Malaikat, “Pemimpin yang bagaimana yang kamu pilih?”. Boleh kata keadaan ini diperkatakan sebagai ‘politik’. Sesungguhnya politik dalam Islam adalah fadhu kifayah, manakala perjuangan menegakkan islam itu adalah wajib. Dan menyokong perkara yang munkar adalah haram. Itulah prinsip yang sepatutnya ada dalam pemikiran ataupun fikrah sahabat-sahabat sekalian.


Dan ana sebagai wakil yang bertanding dalam pilihanraya AJKT Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI), sangat menghargai kepada yang mencadangkan
(saudara Fittry) dan menyokong (saudara Fakrul) ana untuk bertanding. Apa yang ana boleh katakan di sini adalah, ana mencuba yang terbaik bagi memenuhi kehendak sahabat dan perjuangkan Islam. inshaAllah, sesunggahnya kalah atau menang itu adat pertandingan dan kita hanya mampu merancang, dan Dialah Perancang terbaik!

Tibalah suatu masa, sahabat ana ada bertanya, “sejauh mana anta berkempen?” Dan dia terus mengatakan, “Macammana kita nak berserah, kalau tak ada usaha?”. Allahu Robbi, terdiam ana seketika, sememangnya kita tidak boleh mengambil remeh tentang amanah dan ana sedar dengan bertanding ini ana membawa harapan sahabat ana juga.



Sebaik sahaja pengucapan dan pembawakan manifesto selesai diutarakan, ada pula usaha sahabat Tahun 3 (Sam, Hasif, Rafsan, Azim, Ismul, Hifzi, Paru dll yang menyokong) yang sanggup meluangkan masa untuk buat video. (mungkin termasuk dalam ‘kempen’ kami) Jutaan terima kasih, jazakumullah khair…..



Akhir kata di sini, undilah yang terbaik. Kerana ini tanggungjawab bersama yang bakal mengubah masa depan PCI dalam memperjuangkan Islam (Islam bukan sekadar agama, tapi sebuah sistem yang merangkumi semua bidang). Sukacita di sini, ana ingin berkongsi kata-kata Saidina Abu Bakar dalam khutbahnya yang berbunyi:

“Aku menjadi pemimpin kerana kamu yang pilih, bukanlah kerana aku yang terbaik, kerana ramai lagi yang terbaik di kalangan kamu……”

Terima kasih semua !

Wednesday, December 21, 2011

Senyumanmu indah :)

Lafaz rindu terbang di angkasa,
bersama burung arus perantara,
manis lagi indah bak sutera,
inginku tuju buat mama tercinta.

Bertemankan burung pun tiada kata,
cahaya terlihat pun sekilas mata,
indah ceria pun kian sementara,
dek musibah yang memekam jiwa.


Semangat terbakar di dalam kata,
namunku lemah apalah daya,
hanya pasrah kerna batasannya,
namunku tahu Allah menilainya.

Senyumlah mama walau terluka,
ku kirimkan doa seribu makna,
tabahnya mama seorang hamba,
kernaku pasti ada hikmah dan jalannya
J

* * * * *



* * * * *

Salam alaykum, mama apa khabar? Moga dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah, hari ini mama sambut hari kelahiran mama yang ke-43 J. Macam yang izad kata sebelum ini, mama punya umur macam tak pernah berubah. Lebihkurang sama je tiap2 tahun. Hehe…

Moga hajat dan segala doa mama termakbul. Dan hari yang bahagia itu inshaAllah akan datang. Izad di sini hanya mampu kirimkan doa buat keluarga. Sama-samalah kita dekatkan diri kepadaNya, dengan laksanakan apa yang disuruh, dan cegah apa yang dilarang. InshaAllah ada ganjarannya, ketenangan jiwa yang selama ini kita inginkan. Dan hanya Dialah yang berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia inginkan….

Sempena sambutan hari lahir mama, bersyukurlah dan bergembiralah dengan segala nikmat yang ada. Maafkan Izad jika tidak mampu buatkan mama gembira… Tapi, senyumlah mama…………

Sesungguhnya, senyumanmu indah
J


Sunday, December 4, 2011

I lost myself

Muhasabah Diri!

Mengapa? Disebabkan kesibukan dunia, seringkali tak cukup masa…. Tak sempat buat itu, tak sempat buat ini…

Sebagai pelajar,

Study macam mana?
Dah berapa banyak topic tangguh?
Study group macammna?
Pelajaran mantee? Perkembangannya?
Boleh ke dapat Mumtaz? Camne dgn target dulu?

Sebagai penghafaz Quran,

Hafazan ke mana?
Berapa hari missed?
Sepatutnya sampai Ayat ke berapa?
Ada mengulang Ayat lepas?
Betul2 jaga Ayat yang telah dihafaz?

Sebagai pendakwah,

Rasa2 dah cukup ke dakwah?
Dah habis penat amar makruf nahi munkar?
Tarbiyyah diri macammne?
Dakwah pd ahli bait, rakan2.. family?
Cukup bersedia utk jihad tentang kemungkaran dengan tangan?

Sebagai anak,

Dah penuhi tuntutan ibubapa sepenuhnya?
Doa untuk keluarga setiap pagi hari? Setiap waktu solat?
Contact kah mereka di kala mereka kesusahan?
Hadir tak diri ini di kala mereka memerlukan?
Dah jadi anak yang soleh?
Ada buat salah lagi dengan mereka?
Dengan mama? Abah? Akak? Aqer?
Apa sumbangan yang paling berharga penah ku beri?

. . . . . . . . . . . . . . . . .


“Allahu Rabbi, mohon ampun yang tak terkira jika aku benar-benar lalai dengan amanah dan tanggungjawabku… sebagai anak, sebagai, pelajar, sebagai muslim yang berkhidmat untuk masyarakat. Diri ini terlalu kecil, hina, yang sering berjauhan denganMu, namun Kau tetap dekat denganKu. Diri ini sering lalai dengan kesenangan dan kesibukan dunia, namun Kau sediakan Syurga yang kekal abadi di sana. Allah…Peliharalah hati ini, agar sering dekat denganMu……

…. Ya Allah, ku mohon agar kau tabahkan hati ini, lebih-lebih lagi hati ibu kandung ku yang tercinta di Malaysia. Kurniakanlah kebahagian, ketenangan, dan segala nikmat yang baik buat mama. Aku terlalu jauh, sehingga hanya mampu mohonkan doa….. Namun ku syukuri dengan rahmatMu wahai Tuhan Maha Mengkabulkan doa.. Terima kasih Allah”

~Ameen~

Saturday, November 12, 2011

20-an


Alhamdulillah, hari ini genap 20 tahun. Ana masih bernafas dengan nikmat yang paling besar yang Allah kurniakan. Nikmat apakah itu? Nikmat Islam dan Iman. Terima kasih Allah
J

Sebenarnya, beberapa hari sebelum, ana teringat juga… ‘ dah dekat rupanya dengan 13/11,..’ . Tapi masa berlalu begitu pantas, tanpa disedari.. Wish yang paling special ana terima dan wish yang pertama sampai pada ana (hari ini) :

“HAPPY BIRTHDAY IZAD…..ma sentiasa doakan yg terbaik utk anak ma….jaga diri ya…ma sayang izad…..luv u n miss u so much…..”

…dari bonda tercinta dari Malaysia (Mama). <3

*copy n paste from etisalat msg*

Aduhai, membaca msg dari phone sambil mendengar sirah (dalam kelas), ana tersenyum, terharu…. Memang tak sedar dah 20 tahun rupanya. Terima kasih Mama
J

* * * * *

Sempena hari ulangtahun ke 20 ini, inshaAllah dengan izin Allah, dengan niat dan azam yang baru terbuku di hati. Ana berhajat untuk terus berhijrah ke arah yang lebih baik. Bila kita nak berubah, kita perlukan role model. Siapalah orang yang sebetulnya berhak untuk dijadikan role model ? Artis Malaysia? Artis orang puteh? Pemimpin Negara? Ibu bapa? Benar sekali terdapat ramai orang yang mengatakan ‘ya’. Tapi sungguh ana nak share kepada antum semua dengan sepotong Ayat dari Kalam Allah, kitab Al-Quran:




Say, [O Muhammad], "If you should love Allah , then follow me, [so] Allah will love you and forgive you your sins. And Allah is Forgiving and Merciful."

"Katakanlah, 'Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), pasti Allah menyintaimu dan Dia akan mengampunikan dosa-dosa kamu.' Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Ali Imran, ayat 31)

Ya, bagindalah seorang yang terbaik untuk dijadikan ‘role model’. Tak kiralah dari segi apa sekali pun, akhlak baginda, cara baginda berdakwah, cara baginda memimpin. Semuanya tertib dan hampir sempurna. Secara tak langsung, pahala sunnah ke atas kita, inshaAllah. Betulkan rakan-rakan? Apa lagi, tepuk dada masing-masing, tanyalah diri sendiri. Mohonlah hidayah dariNya. Tak perlu berubah secara drastik, kerana mungkin terkucil di kala mendaki. Biar perlahan tapi berterusan ke arah yang lebih baik.

~Terima kasih Semua~

Thursday, November 10, 2011

Eid-ul-Adha

Assalamualaikum,

Seperti biasa, sihat semua? Dan seperti biasa juga, nak kata memang yang ana ini sedang sibuk. Maklumlah, ana dilantik untuk jadi pengarah program sambutan Aidiladha di bumi Iskandariah, Mesir.




Sajalah nak share pengalaman ana sepanjang mengarah dan melaksanakan program. Masa mula-mula ana diberi kertas kerja, ana agak terkejut ‘kenapalah ana yang dipilih, bukan orang lain?’ , kawan-kawan ana juga yang cadangkan nama ana. Tapi ana tak kesah, ana terima saja. Cuma, masalah awal yang ana nampak dan mungkin masalah yang agak berat adalah….. pengurusan ibadah korban! Ini bermaksud ana kena berurusan dengan orang Arab tentang harga binatang, tentang ternakan, tentang tempat penyembelihan. Nak mencari orang Arab yang menguruskan binatang korban pun satu hal lagi. Allahu Robbi. Tapi tak apa lah, ana cuba sedaya upaya untuk menguruskannya… Hal ini kerana….


Allah telah berfirman di Akhir Ayat Surah Al-Baqarah:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….”

Ya, ana sambut tugasan yang diberi. Dan bermulalah perjumpaan pertama bersama AJK2 lain. Dalam masa 2minggu sebelum majlis, kami sempat merangka program 3hari…

6hb Nov 2011 - Solat sunat aidiladha, khutbah dan jamuan untuk 300 orang
7hb Nov 2011 - Ibadah korban (ikhwah) dan rewang untuk jamuan (akhawat)
8hb Nov 2011 – Jamuan hari raya untuk 1500 orang (keseluruhan penduduk iskandariah perubatan)

Dalam proses kami merangka program, timbullah lagi satu masalah baru yang sangat berat. Ya3ni, kekurangan bajet. Apa tidaknya, kalau hidangan untuk seorang itu bernilai 10LE, berapa totalnya kalau untuk 1500 orang? 15000LE? Ya Rabb…. Mana mau cari semua dana ni…

Tapi Allah itu Ar-Rahman…Allah itu Ar-Rahim. Kami dibantu oleh seorang senior yang sukarela untuk membantu dalam pengurusan ibadah korban. Dan kami menerima bantuan dari Mara, Restoran KSP, tabung infak pelajar dan bilangan binatang untuk dikorbankan saja dapat mampu menampung lauk-pauk jamuan hari raya 8hb Nov. Alhamdulillah……
J

Secara keseluruhan, majlis berjalan lancar, meriah dan mendapat sambutan yang agak ramai. Jazakumullahu khairan kathiran kepada timbalan ana dan AJK2 lain……….
J







( More videos and photos will be uploaded soon inshaAllah)

Sunday, October 30, 2011

Kembali menulis

Salam alaykum.

Mengharap berkat sepertiga malam,
Kerna manusia hakikatnya hamba,
Kini blog pun semakin suram,
Kerna penulis selalunya lupa.

Kaifa halukum? Apa khabar semua? Harap para pembaca tak lah tersinggung dengan sikap penulis yang sering alpa dalam penulisan blog ini. Hendak dijadikan cerita, sebenarnya, ana agak sibuk kebelakangan ini dengan pengurusan pelbagai program. Antara program yang paling besar dan hampir tiba adalah Majlis Hari Raya Aidil Adha.

Kanda bersila senyum tersipu,
Menanti dinda bawa sarapan,
Lembu dan kambing pasrah menunggu,
Sebab nanti kan nak kena korban.

Sebenarnya, tiada tujuan lain selain menyatakan yang penulis masih lagi menulis di sini. Bukanlah terus berdiam diri, inshaAllah jika ada yang bermanfaat, ana akan kongsikan bersama antum semua. Terima kasih kerana ziarah dan membaca… Semoga Allah rahmati antum.

Tuesday, September 6, 2011

Sekadar hajat

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Pejam celik pejam celik,
Tanpa disedari,
8 Syawal pun kini.

Belum terlambat untuk ana ucap Salam Lebaran. Kalau di Singapore, diucap pula ‘Eid Mubarak’. Mohon maaf salah dan silap, zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ana. Semoga hubungan kita semasa Muslim berkekalan hingga ke Jannah kelak.

Tanpa disedari juga, semakin dekat hari untuk pulang ke Mesir. Ya Rabbi, berat sungguh hati ingin pulang dengan masalah yang tak pernah selesai di sini. Kalau antum tanya, ‘masalah apa?’ Ana tak pasti untuk menjawabnya. Hanya Allah yang Maha Tahu akan nasib hambaMu ini. Permudahkanlah ya Allah…
Kalau diizinkan, inshaAllah ana akan ceritakan segalanya di sini nanti…

Selain itu juga, syukur ana satu hajat dah pun selesai.
J Hajat apa tu ya? Nak tahu? Hehe..
Hajat apa lagi kalau berkenaan dengan hajat seorang anak lelaki yang bujang. Ana sempat mengatakan pada Abah semasa bersalaman di pagi raya sambil berkata “….3 atau 4 tahun lagi ”. Riak mukanya agak terkejut. “K***i* ??? “ Abah pun diam dan tersenyum saja.
J

Tak salah kalau berhajat, yang lain terserahlah padaNya yang mengaturkan perjalanan hidup kita. Kalau sampai masanya, tiba jodohnya, adalah hikmahnya. inshaAllah

Okay, setakat ini saja,


"Ya Allah, kalau seseorang itu bukan jodohku, mohon dijauhkannya dariku dan digantikan dengan yg lebih baik. Dan jika memang dia jodohku maka berikahlah petunjukMu supaya didekatkan dengan caraMu dan aturanMu"



Thursday, August 18, 2011

Amalan di akhir Ramadan

Salam Ramadaan!

Bertemu lagi kita hari berpuasa ke-19. Dan jarang sekali untuk update blog. Biasalah, cuti di Malaysia ni cuti panjang. Blog pun turut cuti!
J

Jadi hari ini, saya ingin mengajak anda semua untuk terus kuatkan lagi semangat serta momentum untuk terus beramal dalam 10 malam terakhir Ramadan. Sebabnya, ia menjadi hakikat bahawa semangat untuk beraya turut bersemarak di akhir Ramadan bagi ummat Islam di Malaysia. Tanpa disedari, amalan di bulan yang penuh barakah ini juga turut berkurangan.

Antara amalan Nabi Muhammad SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:

1. Melakukan qiamullail;

2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;

3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);

4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;

5. Iktikaf dalam masjid.

Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)

Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan khusus kepada malam terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul qadar yang disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai: “Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”

Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: “Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu”.

Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan keluarganya pada 10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan yang dewasa yang mampu melakukan solat.

Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat dituntut ke atas Muslim ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.

Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf juga harus kita contohi. Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi SAW pernah mandi sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian Abu Huzaifah mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat gemar mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk iktikaf.

Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya.”

Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.

Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”

Dalam zikir kita,
“Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah, yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar.”

Selain itu, tambahan juga bagi lelaki dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan silaturahim.”